DIPLOMA PERAKAUNAN @ UiTM SEGAMAT, JOHOR
Entry sebelum ni, DISINI ibu ada cerita tentang kisah ibu masa di zaman persekolahan.
tahun 1996 hingga 2000..
Now ibu nak cerita kisah hidup di universiti pulak...
Sebelum ibu melanjutkan pelajaran di UiTM ni, ibu dapat offer sambung Matrikulasi dalam bidang Perakaunan di Kolej Yayasan Perak, tapi ibu tolak..
sebabnya hanyalah semata2 kerana x nak pakai baju uniform..
Matrikulasi dulu2 kena pakai uniform macam baju sekolah..
Impian ibu nak menjalani hidup seperti siswazah yang berbaju kurung warna/corak bebas seperti di Universiti...hehe..
gambar kat bawah ni masa part 1(2001)
gambar bawah ni masa part 6 kalu x silap, semester akhir (Mac 2004)
ibu macam biasa, aktif quoir dan nasyid sejak sekolah rendah lagi...tapi gambar2 masa sekolah rendah xde dlm simpanan..
maklumlah, dulu siapa yg ada kamera filem tu pun dah kira best giler..hehe
gambar bawah ni masa perarakan Maulidur Rasul..
pertandingan perarakan antara kolej..
bola jaring...
tetap aktif sampai ke universiti..
pertandingan inter wing/kolej/course/class dan lain2.. semua join..
ibu memang suka bersukan berbanding study.. hahah
bawah ni pulak, team main bola tampar..
memang best tiap petang ada latihan bola tampar..
biasanya, ibu x sabar nak tunggu pukul 5ptg sebab nak training..huhu
lepas game bola tampar
ibu & Cik Norul Farida.. sampai sekarang masih single..
dengarnya sekarang dah jadi lecturer
ibu & cik Nur Asma.. sekarang masih single..
bekerja di Audit firm kalu x silap..
geng masa diploma jer.. selepas diploma dia buat ACCA di UiTM Shah Alam..
gambar bawah : kiri sekali, cik Siti Rohaiza..
sekarang ni keje kerajaan sebagai Akauntan W41..
kanan sekali Cik Murni, ada ACCA.. keje swasta di KL..
gambar kat pantai ni masa kami kursus apa ntah.. dah lupa..hahah
kat Pekan Pahang rasanya kalu x silap..
gambar bawah ni pulak masa ibu dah final year..
party wing ibu, WCL1 di kolej Baiduri..
tema : kembali ke zaman persekolahan..
memang happening..
party2 macam ni biasa diadakan untuk meraikan student2 tahun akhir..
dan akhirnya ibu pun konvo dengan jayanya...kalu nak tahu masa ni ibu dah pun berkawen..huhu
plan lepas habis diploma, tapi kami kawen awal sebab arwah toki (bapa ayah) sakit masa tu...
so arwah nak tengok anak bongsunya berkawen sebelum apa2 berlaku... :)
ayah disamping ibu..
kelakar je tengok gambar ayah masa ni.. muda remaja :)
dan masa ni keluarga ibu x dapat ikut sebab adik2 semua masih bersekolah...
keluarga sebelah Terengganu pun x ikut sbb jauh..
masa ni ayah & ibu belum duduk Terengganu lagi.
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PERAKAUNAN @ UiTM SEGAMAT, JOHOR
Tamat diploma bulan Mac 2004 ibu dapat sambung ijazah di universiti yg sama pada Julai 2004..
kena tinggal ayah lagi..
sebenarnya ibu & ayah berkawen di semester akhir diploma...
So ayah bekerja di Johor Bahru, ibu belajar di Segamat..
weekend baru ibu balik jumpa ayah..
sangat terharu bila ingat pengorbanan ayah masa tu..
ayah kata sementara ibu masih muda sambungla belajar..
jangan jadi macam ayah yg hanya sampai SPM...
sayang ayah selamanya :)
gambar bawah ni masa hari Sukan Kelab Persida (Kelab Perakaunan) kalu x silap..
jalan atas terompah beramai2.. johan tu!
bola tampar
gambar bawah : kami berkumpul di rumah lecturer, Cik Raziah..
Tahun 2005.. Beliau belanja makan kot..
Masa ni semester 6, sebelum masing2 pegi buat praktikal semester 7..
bawah ni: Norlaili (kanan) & Elmi Izua (kiri)
antara kawan2 ibu yg rapat & caring ibu masa ibu pregnant di semester akhir degree :)
@ kolej
Masa ni ibu mengandungkan anak ibu yg sulong, Muhammad Haiqal...
termakbul impian ibu nak pregnant masa study...
Alhamdulillah, tiada masalah apa2 mengandungkan Muhammad Haiqal..
even alahan pun xde... maybe baby memahami yg ibunya sedang menuntut ilmu kot :)
cuma pada bulan ke 5 ibu kena kencing manis.. akibat passion sangat makan ice-cream & coklat...
balik Terengganu pulak bedal durian & duku memang x hengat...
maklumlah pokok buah2an tepi rumah jer :)
Raya tahun 2006 di Kg. Tanggol, Terengganu..
masa ni x habis belajar lagi..
naik cuti Raya Aidilfitri terus final exam...
orang sibuk beraya, ibu sibuk study :)
Masa ni pulak berkumpul beramai2 di rumah lecturer, apa ntah namanya.. x ingat...
majlis berbuka puasa...
ni Cik Nadia, dia la yg banyak bersama ibu di semester terakhir...
caring ibu yang sedang mengandung ni..
beliau memang baik hati :)
sekarang dah ada sorang baby girl
gambar bawah ni masa part 4 degree kot.. masa mula2 masuk...
time ni rasanya ada majlis tapi ibu x ingat majlis apa..hehe
dengan Cik Zanariah.. sekarang dah ada sepasang cahaya mata.. mcm ibu jugak :)
ni Cik Suriani... sekarang keje sebagai Penguasa Kastam W41 di Port Klang..
ada twin baby girl lagi.. suka :)
Alhamdulillah, ibu berjaya grad ontime dengan CGPA kelas kedua tinggi...
walaupun x sehebat kelas pertama, tapi sangat2 bersyukur sebab masa ni komitmen ibu besar, dah berkahwen dan mengandung pulak lagi...
Alhamdulillah ibu dah buat yg terbaik.. untuk atok & nenek, juga untuk ayah & anak ibu :)
xde gambar konvo sebab ibu x join pun majlis konvo tahun 2007..
Masa tu ada masalah yg x dapat dielakkan dan ayah pun dah bayar ganti rugi kat ibu RM1,000.. boleh gitu?? hahah
yatt..comel gmbar ko pkai baju skolah tu...hahhaa
ReplyDeleteye ke?? tq.. muda remaja lagi.. skrg dah 3 series :)
ReplyDelete