Ibu ada followers ke??

Monday, April 29, 2013

Kak G dirisik orang

Pada 27.4.2013 yang lalu (Sabtu), telah diadakan Majlis Merisik di rumah makcik..
merisik siapa?? off course la Kak G.. satu2nya anak perempuan kat rumah tu..
seawal 8.00 pagi ibu & anak2 dah ada kat umah makcik, nak tolong2 masak apa yg patut.. 

ayahchik tengah rilek2..
berdebar menanti besan yg nak datang ke rumah..
Kawan Kak G ni orang Kelantan.. Pasir Puteh rasanya kalu x silap..
Namanya Mohd Sarhan, 25 tahun.. bekerja sebagai askar..
Cik Sarhan ni orang ke 3 yang datang ke rumah ni..
Sebelum ni seorang yg bekerja di Pej Pertanian dan sorang lagi polis..
dua2 telah direject.. kesian.. xde jodoh la tu :(
adik senyap2 je amik kamera dalam beg ibu...
ni semua dia la yg snap.. bertuah sungguh :)

ibu yg sibuk di dapur
tok pun ada



hidangan hari itu...
nasi putih, gulai daging, paru tumis pedas, sayur lemak nangka, ikan masin, telur masin, sambal belacan, tembikai, kek buah, cup cake & karipap..
karipap tu kami bergotong royong buat sehari sebelum..

air sunquick & pencuci mulut
kanak2 sekalian sangat behave bila bermain ipad milik Kak G..
Farah la 'kepala'nya..
along dahaga sangat tu
antara buah tangan untuk pihak lelaki..
merisik pun ada hadiah2 jugak ek??

tetamu dah sampai.. seronok nampak Kak G & emaknya :)
Kak G & ibu bapanya serta maklong, satu2nya kakak kepada ayah Kak G..


nampak happy betul makcik nak jumpa besan...
macam ni kot perasaannya kalu dpt menantu ek?? hehe
kalu panjang usia, ibu pun akan rasa suatu hari nanti..huhu


itu la Cik Sarhan, berbaju biru

Kak G, fiza (akan bertunang esok) dan maksu fiza (belah emak)
sikit je pun tetamu yg hadir... sekadar nak berkenal2an 2 keluarga..
keluarga sebelah lelaki


baju belang2 tu pakcik Cik Sarhan... tukang bercakap wakil pihak lelaki..

Cik Sarhan berbaju biru
ibu & tok
si manja ibu :)

Kak G... baju sponsored by ibu.. hehe..
hadiah sempena majlis merisik...

ada ke ibu Cik Sarhan panggil Kak G utk sarung cincin..
dah macam bertunang la pulak..
sepatutnya cincin dibrikan kepada mak perempuan.. x perlu disarungkan..haiyaa
ikut pandai la makcik oii

iklan : Jom kita tengok cincin Kak G.. ramai yg puji cantik...
tengokla siapa yang pilih kan..hahah..
cincin yg tengah2 ni.. ibu kata jangan pilih cincin belah rotan.. 
cincin tu zaman dulu kala jer..
kali ni minta yg moden sikittt..hehe..



kadang2 ipad ni bagus untuk buat kanak2 ini leka supaya tidak mengganggu majlis..hahaha

encik hubby pun ada..

majlis selesai.. tetamu pun dah balik..
Kata putus, majlis pertunangan akan diadakan pada Hari Raya ke 3.. x puas hati betul ibu...
mereka dah berpakat nak buat Raya ke 4/5.. 
Tapi kakak Cik Sarhan la pulak minta Raya ke 3..
Kebetulan Raya tahun ni ibu raya kat Johor.. 
terpaksala ibu balik Terengganu awal... Raya ke 2 dah cabut balik... kesian atok nenek.. x puas nak bermanja dengan along & farah..
haihhh.. x puas ibu nak beraya kat Johor... sedih la jugak dengan keputusan itu..
at least Raya ke 5 atau 6 ke... :(

kek dari Cik Sarhan
Ayahchik

Makcik baru selera nak makan..
habis majlis macam biasa, ibu tolong kemas2 & basuh pinggan kat dapur..
ibu tercari2 jugak along & farah, apa mereka buat kat atas rumah.. senyap jer...
tetiba mereka turun ke dapur buat suprised kat ibu..
taraaaaa.....
''happy birthday ibu... saya sayanggggg ibu''
wahhh.. terharunya....
rupanya ini la yg mereka buat kat atas rumah..
pandai jugak mereka ni melukis..
papan putih ni memang ibu bawa sejak pagi tadi...
supaya mereka x boring & x main kat tanah...
at least boleh gak umpan mereka supaya x mem'babe' kan..


comel jugak kan??
sayang anak2 ibu jugak.. 
time ni ayah dah selamat balik ke rumah..
ibu doakan agar Majlis Pertunangan Kak G & Cik Sarhan akan berjalan lancar pada Hari Raya ke 3 nanti..
ibu x pasti sama ada akan ada atau tidak di majlis tersebut..
keputusan akan dibuat later..

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...