Ibu ada followers ke??

Sunday, May 19, 2013

Festival Tasik Kenyir 2013

17.5.2013.. pepagi buta Kak G call ajak pegi Tasik Kenyir..
katanya ada event.. x pasti event apa..
tapi plan pegi lepas solat Jumaat..
ibu mesej ayah yg sedang bekerja, ayah kata 'bereh'..


 sampai2 jer kami pegi tengok helikopter dulu..
saja la, x pernah tengok helikopter lagi bebudak ni..

along malu2 dok dalam helikopter...adik pulak x nak naik langsung.. takut..

  my family



kami & cik nah & cik yah


  Makcik & Kak G bersama along a.k.a anak angkatnya.. huhu

next.. zoom to jeti.. nak naik bot..
malas nak menyinggah ke gerai2.. 
ramai sangat orang.. crowded.. pening kepala..
hujan gerimis.. payung cuma ada 1..
pandai pulak along share ngan adik dia..
along kata ''dok bawah payung adik, nanti demam pulak'' :)



jauh gak berjalan kaki dari tempat parking ke jeti..
dorang buat one way.. susah nak cari parking...
xpe, exercise sikit..


ramai jugak yg nak naik bot.. menunggu jugak la kami selama 30 minit..


bot besar ada, tapi kami nak naik bot kecik jer..
baru rasa naik bot..huhu
caj RM60 satu bot, 30 minit round tasik..
ayah menanti dengan penuh gaya

posing2 dulu sementara tunggu bot sampai..
ibu & Kak G
ibu bawa wristlet je.. handbag tinggal dalam bonet keta..
 hujan2 macam ni sayang handbag kena hujan.. haha
along x sabar dah nak naik bot.. ''mana ni x sampai2''
pemandangan memang cantik kat Tasik Kenyir ni...
release tension keje & penat.. :)
orang lain naik dulu... mak ngah tengah pujuk adik tu..
adik merungut lama sangat..

yeayyy.. bot dah sampai.. along berkata2 di dalam hati :)



semua orang kena pakai life jacket..
ada sorg budak je yg x nak pakai..haha
budak baju pink tu la...
ayah kata biar ikan jaws makan dia kalu dia jatuh dalam air..
kenyang ikan jaws tu selama setahun..haha..
lawak la ayah ni

along memang excited sebab last dia naik bot masa usia dia setahun lebih...
x ingat dah..







pemandu bot
adik ni x lepas biskut kat tangan..
orang lain menghayati panorama indah, adik menikmati makanan.. haha
ibu macam biasa.. snap gambo sendiri :)
Kak G
along main air..



rupanya kami lalu kawasan 'Lake Kenyir Resort & Spa', 
tempat ibu join pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2 bulan lepas..
entry DISINI...





on the way balik darat dah..
memang syok naik bot..
ada orang kata Tasik kenyir ni tempat jin bertendang...
coverage xde..
xde la... atas bot siap ibu boleh chat ngan customer lagi nak order barang..
buka youtube pun boleh... hahaha
mengarut je mereka ni kan?

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...