Dalam sejarah, hari ni 5 Mei 2013 pertama kali ibu menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yg tercinta..
hari untuk memilih calon yang dirasakan layak untuk memimpin..
ibu memilih untuk daftar mengundi di Kg Tanggol sebab jauh sangat nak mengundi di Johor..
mana2 pun sama jer, yang penting tanggungjawab tu kan??
kami merempit jer senang... naik motor..
lagipun dekat jer.. lebih kurang 500 meter...
suasana pagi amat tenang & aman..bendera2 parti ada dimana2..
sangat meriah... rasa seronok tu macam di pagi hari raya...
pilihanRaya pun raya jugak kan..
sampai2 kat sekolah, dah ramai orang..
mula2 kena buat semakan daftar memilih..
betul ke nama ibu ada dalam list??
Johor mari ni..hehe
ibu & ayah mengundi bersama ♥
ayah pun baru 1st time mengundi..
selama ni ayah x daftar.. apa daaaa..
ingat lagi masa pilihanraya 2008..
kami dok kat rumah jer sebab x daftar mengundi lagi...
rasa macam kera sumbang pulak...
sebab semua orang keluar mengundi, tapi kami macam bukan rakyat Malaysia...haha
tu yg tekad pegi Pejabat SPR mendaftar lepas tu..
tu makcik, bawa tok mengundi dulu
orang2 tua disuruh duduk atas kerusi roda supaya mereka didahulukan..
boleh jalan je pun sebenarnya..
dah hampir sampai giliran ibu & ayah
ayah dan ibu dapat saluran mengundi yang sama iaitu saluran 2..
ada 2 saluran je kat sini.. maybe sebab orang x ramai kot
x sabar rasa nak masuk bilik mengundi sebab xde pengalaman lagi nih :)
ok, ibu nak citer pengalaman dalam bilik mengundi..
masuk2 tu dia minta kad pengenalan ibu then kerani tu cek nama..
kemudian dia sebut dengan kuat:
1. mukasurat helaian yg ada nama kita,
2. no. pendaftaran ibu,
3. nama ibu,
4. No. IC ibu...
kemudian baru la jari telunjuk ibu dicalit dengan dakwat kekal..
di sisi bilik ada 4 pemerhati, 2 orang BN, 2 orang PAS..
masing2 ada list yg sama mcm kerani tu..
nama yang dah disebut akan dipotong..
prosedur ni mungkin untuk KETELUSAN yang diragukan oleh pihak pembangkang...
selesai tu, baru la dapat 2 keping kertas undi untuk dipangkah..
2 calon utk ADUN, 2 calon utk Parlimen..
ibu rasa prosedur ni agak ketat...
tapi macamana pulak ada yang kata boleh undi lebih 1 kali..
ermmm.. no komen..
selesai tanggungjawab ibu.. seronok juga mengundi ni yer :)
kami pun balik ke rumah..
ha'ah...lupa nak citer awal tadi, kami tinggal jer 2 beradik tu kat rumah..
apa la yg terjadi kat rumah tu yer agak2nya :)
tadi masa kami tinggal, anak2 ibu tengah tengok tv..
siap pesan kat along suruh jaga adik baik2, jangan gaduh2..
Alhamdulillah, mereka anak2 yg baik.. rumah pun dalam keadaan yang baik...♥♥
sampai rumah ibu tengok along tengah tengok tv, adik pulak tengah makan cekedis.. jumpa pulak cekedis dia ibu simpan :)
gambar bawah : dakwat yang masih ada tapi dah pudar sikit selepas ibu memasak untuk lunch & basuh pinggan...
xde la hilang terus lepas sekali basuh macam orang lain katakan...
cuma yg pasti, xde la tahan sampai 7 hari.. huhu
so kita tunggu la nanti apakah keputusannya...
sesiapa pun yang memerintah, kita kena terima dengan redha...
segala yg berlaku semuanya dengan izin Allah..
siapa kita nak menafikannya...
semoga MALAYSIAKU terus aman damai dan maju seperti negara2 maju yang lain :)
Amin...
updated!
Alhamdulillah.. Allah menentukan segalanya...
Tahniah BN kerana masih kekal mentadbir Kerajaan..
Semoga segala akujanji dan manifesto dilaksanakan sebaiknya..
Ingat! tanggungjawab itu Amanah dan akan dipersoalkan kelak!
Rakyat Didahulukan, Keamanan Negara Dipertahankan..
Tahniah juga kepada Pembangkang kerana memberikan saingan yang sengit utk PRU kali ni..
Kalah anda bermaruah!
Anda telah membuka mata dan minda rakyat untuk melihat dunia realiti, menggerakkan kebangkitan rakyat especially golongan muda..
Teruskan perjuangan menjadi pembangkang yang dapat memberi manfaat & membangunkan Malaysia...
Mungkin anda belum menang PRU tapi anda telah berjaya memenangi hati rakyat sebahagiannya..
Ibu berdoa semoga MALAYSIAKU terus aman, makmur dan berdaya saing di persada dunia!!!
AllahuAkbar!!
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!