Ibu ada followers ke??

Monday, August 19, 2013

Aidilfitri Day 9 - 10 | Beraya di Terengganu

Syawal 7 malam baru kita sampai dirumah, balik dari Kemaman..
sejak balik dari Johor, kita x lekat lagi dok kat rumah & beraya ke rumah sedara mara/ kawan..
Syawal ke 8 ibu pulak dah bekerja.. nak ikutkan bos dah bagi cuti tapi sayang pulak sehari tu kalu cuti tanpa sebab...
So, ibu decide Syawal 9 nak start beraya di Terengganu pulak.. rumah sedara mara dan kawan2 ibu..
Tapi kita x boleh nak beraya siang Jumaat tu memandangkan ayah sekarang tengah sibuk menebas di tapak nak buat rumah dia..
Alkisahnya ayah saja2 mohon rumah mesra rakyat bulan Ramadhan baru ni.. maklumlah gaji kecik..
Alhamdulillah, x sampai sebulan dah dapat maklumbalas dan pihak SPNB arah sediakan tanah dalam masa 3 bulan.. 
tu yang ayah sibuk bersih tanah dia & nak tambun tanah..
bukan kita nak dok pun rumah tu nanti tapi ayah nak sewakan ke kuli yg motong kebun dia.. kawan baik ayah tu..~

isskk, melalut la pulak.. sambung cerita..
ibu pun kebosanan dok kat rumah time raya2 ni.. 
anak2 lak dah 2 malam tido umah makcik.. 
ibu & ayah honeymoon sokmo..
tetiba petang Jumaat tu, Cik Nora mesej nak datang umah kita..
ibu fikir sempatla nak menggoreng mee..
tengah menumis, Cik Nora dah sampai... alamak~
Jawabnya Cik Nora kena stay lama sikit la kat umah kita..
siap tolong lap2 pinggan lagi.. aduyaii..
sementara tunggu mee goreng siap, Cik Nora kata dah kenyang makan rambutan.. haha.. nasibla..

(gambo kredit to Cik Nora)
 siap masak mee, ibu pun pegi amik along & farah kat umah makcik...
ntah apa rasanya ibu masak.. masak dalam keadaan kelam kelibut... halal je la Cik Nora yer :)


Aiman yang semakin sihat walafiat.. dia malu Cik Yatt nak snap gambo dia..
lepas makan, dorang main bunga api & mercun..
ibu pun xtau mana datangnya stok bunga api & mercun tu..
1 Ramadhan lagi dah beli, maybe along & adik simpan bakinya tanpa ibu sedar..
tu x tengok lagi stok mercun ayah.. senyap2 je dia beli dengan kawan dia... jenis bahaya & bunyi kuat sampai bergegar punya.. macam paklong Johor main hari tu.. ermmm sabo je la...
 campak lak mercun kat pokok kelapa ayah baru tanam..
terbantut pertumbuhan pokok tu.. haha



 Along Athirah kutip lada.. memang lada ni selalu kawan2 ayah yang kutip..
ibu x rajin amik lada ni sbb orang kat rumah kita x makan pedas mana... sekali sekala je amik letak dalam budu atau buat nasi goreng kampung..
suruh Cik Nora amik perabih tapi dia x nak.. malu kot.. :)
 lada yang ditanam oleh ayah.. ibu x pandai tanam2 pokok ni..
 Aiman & along bermain bersama.. tapi x sure mereka main sama atau main kenayak sesama sendiri.. konfius

 yeayy.. Cik Nora bagi duit raya

Cik Nora & family nak balik dah..

 babai.. lain kali datang lagi..
Cik Nora ni memang tiap2 tahun rajin beraya ke rumah kita..
ada tu bukan hari raya pun dia datang, nak melawat Tok..
Tok pun pernah bersuara nak pegi kenal umah Cik Nora ni..
Tok kata Cik Nora ni mulut manis.. apakah maksudnya??
maybe 'baik orangnya/ peramah'..
then, malam tu kita start nak beraya rumah sedara mara dulu..
mula2 kita ke Bukit Payung, umah abang No. 2 a.k.a Ayahteh..
nak ikutkan ayah dah kepenatan tapi diturutkan juga kemahuan ibu.. dan ibu la yg offer bawa keta..
mana boleh x beraya umah sedara mara kan??
nak tunggu waktu free, xde dah waktu free..
ibu dah start keje & anak2 pun dah start sekolah..
muka penat kena paksa amik gambo.. haha.. sian ayah..
kat umah ayahteh @ Bukit Payung



Seterusnya kita balik semula ke Kg Tanggol..
ni kat umah makngah, pengasuh farah..


ni pulak kat umah makcik.. datang lagi nak bersalaman raya..
raya ke 3 baru ni hadir majlis tunang Kak G jer..
along kira duit raya.. pandai ke x tu agaknya


Syawal 10 
adik siap2 bersolek nak pegi majlis nikah anak sepupu ayah..
ayah x join sebab menebas lagi..
ayah pegi tengahari je untuk makan gulai..
posing dulu sementara tunggu jam 11.00 pagi, terus ke masjid Kg Tanggol

@ masjid Kg Tanggol, dengan makcik & makngah
yg pakai songkok hitam tu ayahlong.. malam tadi nak raya umah dia tapi dia xde kat rumah
sementara tunggu pengantin sampai..
dah sampai..
si comel ibu

rombongan dari KL dah sampai..



hantaran dari pihak perempuan
hantaran dari pihak lelaki


ni anak sepupu ayah.. kesian dia, mak dia meninggal sebulan sebelum puasa baru ni..

yg pakai baju melayu ungu tu sepupu ayah


sah!!





adik geram je dengan baby diribaan makcik tu.
adik kata '' ibu, nak baby''
jamuan dirumah pengantin perempuan



Malam tu kita beraya dirumah Cik Nora pulak..
macam biasa, ayah kepenatan tapi diturutkan juga kehendak isteri tersayang ni..
dan ibu jugak la yang offer diri drive keta pegi beraya..


along & adik sempat lagi bawa stok bunga api.. ibu ingat dah habis.. rupanya ada lagi.. isskkk3..
sampai ke dapur rumah orang dia gi main
Cik Nora hidang roti canai utk kita
selera bebeno mereka bertiga ni makan roti canai

tengok tuan umah cilik tu.. bagus layan tetamu

bersih adik makan.. macam ibu x bagi makan je kat rumah.. haha
Actually roti canai memang favorite adik pun..


lepas kenyang, main bunga api lak..




seterusnya kita ke rumah Cik Yann lak.. dengan family Cik Nora & Che Long (kakak suami Cik Nora)

sebelum masuk umah, amik gambo dulu kat wakaf baru buat ni..

budak2 buat rumah macam rumah dorang sendiri.. haihh
si cilik tunjuk skill main game


kami bertiga, geng 1 batch keje Audit Sept 2007


ibu & qasyah..
qasyah x berapa nak main dengan budak2 lain sebab asyik main game dgn ipad dia jer..

budak debab 2 orang ni.. sebaya.. 5 tahun
seterusnya kita terus ke rumah Cik Hariana... x banyak gambo yang ibu amik sebab sampai rumah dia dah pukul 10.00 lebih.. 
bimbang ganggu mereka nak berehat sbb siang tadi mereka sibuk di majlis perkahwinan sedara maranya..
berusaha jugak la Cik Yana sedia makanan.. ibu dah kata x payah susah2.. saje kami nak berjalan pegi rumah.. 
apalagi, kita pun makan cepat2..
Cik Hariana hidang kuew teow goreng, kepok & satay..
along dapat duit raya RM10 dari cik Yana.. 
along kata ''kaya la makcik ni, bagi kita RM10''..haha
pandai je budak2 ni pasal duit.. . :)

sampai umah lebih kurang jam 11.00 malam..
anak2 terus tido tapi ibu kena kemas persiapan anak2 nak sekolah esoknya.. 
seronok bercuti lama anak2 ibu malas nak bangun pagi pegi sekolah..haha
gambar ni pulak Syawal ke 11, open opis pertama di Pejabat Perhilitan @ Wisma Persekutuan.. 
kebetulan ibu ke Wisma ada meeting KESKAT..
x makan berat pun sebab dah breakfast pagi tu..

Sekian Kisah Hari Raya kita pada tahun ini, 2013... 
panjang beno la ceritanya.. gambo2 pun banyak jugak.. haha
next entry ialah Sambutan Hari Raya Jabatan Audit Negara pada 22.8.2013 nanti.. :)
daaa...

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...