Ibu ada followers ke??

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014 | Azam Baru

Hari ni hari terakhir bagi Tahun 2013... 31.12.2013
 Esok dah mula tahun baru, Tahun 2014 dan anak2 ibu pun dah mula bersekolah..
1.1.2014

begitu cepat masa berlalu..
Anak semakin membesar dan ibu ayah pula semakin tua..

Adakah azam tahun lepas telah tercapai??
Alhamdulillah, satu2nya azam tahun 2013 yang tercapai ialah ibu nak selesaikan hutang2 yang ada..
Pinjaman PTPTN selesai, pinjaman kereta pun selesai..
tapi pinjaman peribadi masih ada (loan buat bisnes).. ditambah pulak hutang yang baru di akhir tahun (beli keta).. 
manusia x lepas dari membuat hutang..huhu
So, Tahun baru 2014 ni ibu berazam nak buat side income bersungguh2 untuk kurangkan hutang sikit demi sikit.. InsyaAllah..


Azam lain, ibu nak spend masa lebih kat anak2 ibu time study..
kadang2 ibu balik keje dah letih, ibu hanya sekadar pantau along buat kerja sekolah.. kadang2 naik angin bila along lambat pickup.. Next year insyaAllah ibu nak menjadi ibu yang lebih SABAR dalam mendidik anak2 ibu.. ibu cuba yer :)
Dan semoga anak2 ibu pun lebih mendengar kata dan rajin buat homework :) 


Ibu rasa Syukur & Terima Kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk kami menikmati keindahan hidup di dunia, punya anak2, suami dan keluarga..
juga diberi peluang untuk melakukan amalan, sebagai penghapus dosa2 yang lalu.. 
Pengalaman pahit, masam, masin akan ibu buang dari ingatan, manakala pengalaman manis akan ibu pahat kukuh di dalam sanubari...


Mudah2an Tahun 2014 ini membawa lebih keberkatankebahagian dan ketenangan jiwa kita sekeluarga..
Ibu x pernah berdoa kepada Allah untuk menjadi kaya..
tapi cukuplah sekadar Allah memurahkan rezeki kita supaya semua keperluan dapat dipenuhi, juga memohon kesihatan yang baik untuk terus beramal di bumi Allah ini..
Amin
 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...