Ibu ada followers ke??

Saturday, December 7, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg ke 10 tahun


7 Disember 2003 - 7 Disember 2013
Happy 10years Anniversary to Ayah & Ibu..
Alhamdulillah.. kekal bahagia hingga 10 tahun.. Walaupun kadang kala badai datang melanda, maklumlah pasangan muda, masing2 ada angin pasang surut tapi Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dgn sikap sabar dan bertolak ansur. payah jugak kdg2 nak sabar tu kan..hahaha. memang itu la yg penting dalam hubungan suami isteri kan? InsyaAllah berkat doa & nasihat daripada orang tua, kami usaha yg terbaik untuk kekalkan keharmonian dalam rumah tangga.. yang x elok dibuang dan yang baik dikekalkan.. InsyaAllah..

Plan asal kita, kita nak balik Johor.. then nak ronda2 JB tempat2 sejarah ibu dan ayah bercintan2 dlu.. hehe.. then nak round2 legoland.. x penah pegi lagi kan kan... tapi apa nak buat.. banjir pulak melanda teruk bandar kuantan, pekan.. jalan terputus nak balik kampung. Nak berjalan2 pun x best musim2 hujan ni.. insyaAllah, masa banyak lagi. Ada rezeki kita balik lepas2 banjir nanti..

Hadiah anniversary pulak mcmana yer ayah?  tahun2 sebelum ni mesti ada hadiah dari ayah.. hadiah biasa2 je pun.. tapi tahun ni xde hadiah da.. sedih.. sbbnya saving ayah dah merundum.. dgn habis ke urusan tambun tanah umah baru dia.. dgn standby 20k deposit keta ibu yg dah lama order sejak bulan 8 lagi tp xdpt2 smpai skrg... ermm... skrg plk banjir.. xde nyer la nak dpt kan.. sabo je la..

Ibu berdoa agar kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat, dengan kehadiran 2 cahayamata amanah Allah yg agak nakal, aktif dan cerdik ni (setakat ini).. dan mudah2an Allah sentiasa murahkan rezeki kita serta memberkati hidup yang serba sederhana ini hingga ke akhir usia... Amin Ya Rabbal 'alamin...

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...