Ibu ada followers ke??

Thursday, February 6, 2014

Cuti Raya Cina 2014 | tetamu yg dinanti :)

(sekadar gambar hiasan)
Actually cuti raya cina ni ibu plan nak balik kampung ibu di Johor
tapi memandangkan cuti sekolah hanya 3 hari, so x memadai pulak nak balik kg..
biasanya cuti raya cina seminggu tapi x kali ni.. ermmm :(

tetiba dapat pulak perkhabaran gembira yang paklong sefamily, makde sefamily dan atok nenek + maksu nak datang rumah kita..
happynya lah x terkata.. dah la ibu rindu giler kat mereka :)

family paklong + atok nenek maksu sampai khamis malam Jumaat..
Makde sefamily pulak sampai Sabtu malam Ahad



kebetulan sedara sebelah maklong ada buat kenduri kawen, so kita pun join jugak menyibukkan diri di sana, di Bukit Apik Ajil (hari Jumaat & Sabtu).
(banyak lagi gambar lain dalam tab, akan diupload later.. hp ibu masa ni dah habis bateri..hehe)

sedap tu Khalis landing kat pelamin

Umairah dan adiknya, Khalis (anak paklong)

masa ni pulak atok & nenek melawat tok yang stay kat umah Makcik..
tok x sakit mana pun, cuma best kot dok umah makcik ni sbb xde budak kecik yg bising2.. serabut gak kepala tok kat umah kita, lebih2 lagi bila anak2 ibu bergusti.. hehe

 along bila dah jumpa PS2 (rumah makcik).. game ultraman lagi.. lekat mata2 kat tv

aktiviti kanak2 riang kat umah kita waktu petang



 masa ni makan2 kat kt kedai, tetiba atok rasa badan dia merenyam gatal, ibu bawa atok ke klinik..

Hari Ahad petang kita bertolak ke Air Terjun Sekayu nak bermandi manda..
kali ni kita ke kolam mandi di Taman Pertanian Sekayu




dah sampai :)


nama jer kolam, tapi air sejuk giler sebijik air terjun.. gggrrr. sejuk
si khalis ni (atas) memang x sejuk langsung! tapi bibir dah pucat.. tetap x nak naik
sangat meriah sebab orang ramai giler.. maklumla cuti sekolah

makde & aliff.. kesejukan.. kejap jer mandi..
anak ibu tu, farah memang banyak lemak.. x sejuk langsung







ibu melayankan budak2 tecik nih..






ibu pun join jugak.. bikin malu saja sbb ni bhgn budak2 punya.. hehe







chef zaid aka pakde mula nak membakar kambing..
memang kepakaran dia bakar2 kambing nih..
biasanya bakar kambing golek kat majlis2 
ayah pulak fav dia makan daging kambing.. bagus makan daging kambing ni, sunnah Nabi  :)



kebetulan kita sampai wakaf ni kosong, nak dijadikan rezeki kita :)


atok & nenek, love u so muchh
maklong (tudung purple)
along naik darat sebab dah lapo



paklong & khalis.. khalis la org paling lama berada dalam air





maksu
makde
farah debab



sibuk sangat ayah tu
bab2 bako membako memang keje orang lelaki ok..

nyum3..daging kambing yg dah dibakar
sempat lagi ibu peace tu :)


ibu & ayah.. adik snap gambo ayah yg sedang melahap daging kambing




budak2 kesejukan lapo nak makan daging kambing bagi memanaskan badan.. haha
alif neo ghazy
balik dari kolam, ada jejak kasih pulak kat luar pagar.. adik atok, cik misliah baru sampai dari jertih, ada kenduri kawen disana..
jumpa sekejap jer sebab terus nak gerak balik Johor


itu la adik atok, tudung krim
mak aihh perut ibu, macam mengandung jer.. haha
efek baju je tu :)




masa ni hari Isnin, hari makde nak balik Jerantut..
asalnya makde plan nak balik hari selasa tapi plan cancel sbb makde nak masuk rumah baru..
so, hari selasa boleh berkemas2 memindah barang.. rabu dah keje..
masa ni kami beratur nak beli kepok lekor kat Sg. Rengas.. 
sini memang sedap..
tengokla macamana orang beratur panjang ni.. fedup gak tunggu...
pakal la sebab nak bagi buah tangan ke makde, kalu x malas ibu nak tunggu.. haha

pukul 3ptg makde gerak balik..
atok, nenek & paklong balik paginya lagi jam 9pagi

maksu lak naik bas je malam selasa tu ke Tampin.. terus balik kolej..
bas jalan jam 8.30 malam..
kita gerak awal dari rumah jam 6.30ptg.. singgah Waterfront sebab nak makan2 & solat Maghrib kat situ dulu..



nak naik bas dah.. sedih bila sorg2 kuarga ibu balik.. sunyi kembali umah kita.. dapat berjumpa hanya sekejap2..
begitulah lumrah hidup bila dah berumahtangga :(
babai maksu

we will missing u maksu!

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...