Ibu ada followers ke??

Sunday, February 9, 2014

Majlis Maulidur Rasul 2014 | SK Tanggol

Cuti raya cina kebetulan ibu apply cuti sampai 4.2.2014, Selasa..
ibu ingat makde nak balik Jerantut hari selasa, tu yg apply cuti tu.. xtau pulak ada majlis Maulidur Rasul kat sekolah anak2 ibu.. last minit jumpa surat atas meja..
ibu bapa juga dijemput untuk memeriahkan majlis..
plan asal nak cancel cuti tapi x jadi la.. its ok kalu ibu boleh join majlis kat sekolah anak2 sekali sekala kan?
ayah x boleh cuti dah.. rugi kalu cuti :)


murid2 beratur mengikut kelas. x ramai murid sekolah ni.. maklumlah sekolah kampung jer.


antara ibu bapa yg datang.. so supportive & sporting la mereka ni!





Cik Zam, tailor fav ibu :) juga isteri kepada sepupu ayah
tgk farah aqilah tu.. sebelah cikgu Kamariah
dia yg paling beso tapi beratur depan sekali utk kelas pra.. 
adik kata dia ketua kelas.. macam x caya jer :)



mula dah nak berarak ni..
along dgn bergaya melangkah nak berarak sambil marhaban




tu dia adik, yg lead budak2 pra.. hehe









suasana perarakan yg meriah sekali






along!! sempat lagi ibu melambai2 kat along.. ibu berarak dengan set2 ibu bapa, dibahagian hadapan

farah.. adik kata x penat pun..

cikgu2 yang mengawal kanak2 pra.. tapi jgn x sangka, barisan murid pra sekolah dapat tempat ketiga berarak tu..
mungkin sebab dorg ni sopan kot


habis perarakan, murid2 makan dikantin..
along bersama rakan2nya


sesi dengar ceramah pulak


alunan suara bacaan Al-Quran oleh seorg murid perempuan yg juga anak kepada salah seorg cikgu sekolah ni..
beliau merupakan Johan Qariah Daerah Hulu Terengganu dan Naib Johan bagi Negeri Terengganu


farah di satu sudut tiang paling depan..

zoom sikit
penceramah.. memang best & kelakar.. konfem x ngantuk

cara2 solat dengan betul.. banyak info baru yg dipelajari

pertandingan nasyid pun ada jugak



adik.. tengah sibuk buat peace ibu snap gambar tetiba namanya dipanggil sebab menang acara mewarna bagi murid pra sekolah..
acara tu diadakan masa hari sekolah kot.. hari ni cuma bagi hadiah jer...
tu adik naik pentas



naik pentas sekali lagi sebab amik hamper mewakili murid2 pra sekolah sebab menang tempat ke 3 perarakan



nak balik dah.. ibu amik adik dulu kat kelas dia sebab along ada perjumpaan dengan cikgu dia pulak
semek ni memang x suka pakai stokin.. iskk3

ibu dapat door gift, dalam tu ada tuala kecik, bunga rampai, bunga telur.
sempat lagi berposing.. 
ada kaum2 ibu tanya ibu ''cikgu baru kat sekolah ni ke?'' chehhh.. ada gaya ke?? haha
ada budak comel yg suka berposing.. lalu ibu pun snap la gambo dia.. encem kan?

sempat lagi jumpa kawan baik adik , Umairah..
Umairah pun dapat juga hadiah sebab menang mewarna bagi pelajar tahun 1

sekian saja kisah anak2 ibu di Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Tanggol
tahun depan boleh join lagi :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...