Ibu ada followers ke??

Sunday, March 30, 2014

Mesyuarat Agung PIBG SK Tanggol

 
30 Mac 2014, Ahad
Mesyuarat Agung PIBG SK Tanggol
Sekolah anak2 ibu
Ibu keje setengah hari je hari ni..
Lepas lunch hour ibu bertolak balik.. lewat la sikit sampai sekolah sebab start mesyuarat jam 2.00ptg

cuti sekolah | mandi manda @ TER

Awal2 cuti sekolah baru ni anak2 tanya ibu
'' ibu dah lama kita x tido kat hotel.. nak mandi kolam''
alahai anak2 ibu.. le ni ayah sibuk nak buat kebun kelapa sawit dia..
ibu pulak x boleh cuti sebab sibuk keje..
plan nak pegi hotel kat Paka tempat selama ni kita pegi, tapi ayah ada hal pulak weekend yang pertama..
weekend ni pulak ada 2 org sedara mara yang meninggal.. seterusnya plan nak mandi sungai pulak x jadi sebab hujan..
akhirnya disini la kita..
kesian kat anak2 ibu nak mandi kolam..
lepas berjoging, kita berendam pulak..

cuti sekolah | aktiviti sihatkan badan

29.3.2014, Sabtu
last day cuti sekolah
bawa anak2 pegi berjoging kat taman di bandar kuala trg..
plan smlm lepas solat Jumaat nak mandi sungai/sekayu tapi tetiba tengahari tu hujan lebat ler pulak.. cancel pulak plan kita..

Derma darah kali ke 2

 27.3.2014 Khamis
hari ni ibu ada exit Pengauditan AI di Pejabat Perbendaharaan Neg Trg.. jam 10.00 pagi
Alhamdulillah selesai juga kerja2 Audit dalam masa 10 hari walaupun hanya 2 org yang buat.. ibu & Cik Ku ziah..
Nak dijadikan cerita, kebetulan ada program derma darah kat Wisma Darul Iman..
selesai mesyuarat exit, ibu excited la nak menderma kononnya..
tapi ibu lupa yang ibu sedang berpuasa..
dinasihatkan kalu nak menderma x boleh puasa.. ermm..
akhirnya ibu relakan untuk berbuka puasa..
 ye la, lain hari boleh puasa, tapi nak jumpa program mcm ni bukan selalu kan?
kena gi hospital baru boleh menderma..
makan 2 biji kuih yang diberi oleh member ibu sebelum mendaftar..

Wednesday, March 26, 2014

Ayah layankan adik | cuti sekolah

Sian anak2 ibu..
Cuti sekolah x kemana2
Gara2 ibu sibuk dgn keje2 Audit awal tahun ni.. nak cuti balik kg ibu pun x sampai hati..
Kang apa pula kata member group ibu yg lain kan :'(

Friday, March 14, 2014

Layan anak2 sebelum berbuka puasa

13.3.2014 khamis
Alhamdulillah..Ibu berpuasa hari ni..
Awal2 ayah dah plan nak belanja utk berbuka.
Ayah dan anak2 nak gerak ke bandar jam 4ptg dan ibu pulak x payah balik umah.. takut penat katanya.. 
Mana ada ayah... org berpuasa x boleh jadikan alasan penat. So ibu tukar plan biar ibu balik umah dlu, then kita gi sesama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...