Ibu ada followers ke??

Sunday, March 30, 2014

Derma darah kali ke 2

 27.3.2014 Khamis
hari ni ibu ada exit Pengauditan AI di Pejabat Perbendaharaan Neg Trg.. jam 10.00 pagi
Alhamdulillah selesai juga kerja2 Audit dalam masa 10 hari walaupun hanya 2 org yang buat.. ibu & Cik Ku ziah..
Nak dijadikan cerita, kebetulan ada program derma darah kat Wisma Darul Iman..
selesai mesyuarat exit, ibu excited la nak menderma kononnya..
tapi ibu lupa yang ibu sedang berpuasa..
dinasihatkan kalu nak menderma x boleh puasa.. ermm..
akhirnya ibu relakan untuk berbuka puasa..
 ye la, lain hari boleh puasa, tapi nak jumpa program mcm ni bukan selalu kan?
kena gi hospital baru boleh menderma..
makan 2 biji kuih yang diberi oleh member ibu sebelum mendaftar..
 
 ibu ajak Cik Aisyah sekali..
takutnya la bukan main.. dia bukan sayang darah dia tapi takut..
Alhamdulillah selepas ibu bagi kata2 semangat dan perangsang akhirnya nak juga dia menderma..
sementara kita boleh menderma muda2 ni, baiklah menderma..
nanti bila kita dah tua dan berpenyakit, x laku pula darah kita kan..
mana tau dengan darah kita ni, dapat membantu insan2 yang memerlukan untuk meneruskan hidup.. insyaAllah..
lagipun ni hari mereka, mana tau esok lusa hari kita pulak, anak2 kita, suami kita atau diri kita sendiri yang memerlukan darah, xde org nak tolong.. mesti sedih kan?
muka steady.. sempat lagi ber'selfie'... jgn selfish sudah ler.. hehe
 dapat kad baru hari ni sbb kad yang ada ntah letak kat mana daaaa.
 biasanya ibu amik darah kat tangan kanan (tangan aktif so urat beso sikit)
tapi kali ni ibu terduduk kat tempat letak tangan belah kiri..
so tawakal je la amik darah belah kiri (xtau pun tempat letak tangan tu boleh ubah sebenarnya)
bila dah cucuk belah kiri, memula darah laju la, then sister kata semakin slow dan dah mula masuk darah beku dalam tiub..
sister kata tu biasa kalu x kena urat beso..
ermm rasanya pun agak sakit la kan..
 
memandangkan sukatan darah yg diambil x cukup lagi, ibu dengan rela hati suruh sister cucuk tangan belah kanan pulak..
nak cukupkan sukatan.. 
Alhamdulillah darah laju jer sebelah kanan ni..
siap offer ke sister amik lagi la kalu nak lebih..:)
  selesai menderma, ibu ke meja urusetia untuk amik sijil pulak..
sebelum tu ibu dikehendaki amik nombor dalam balang untuk cabutan bertuah..
Alhamdulillah, bertuah la jugak.. ibu dapat hamper.. suka :)
 dalam beg putih tu ibu dapat tuala mandi sebagai cenderahati
 pihak urusetia ajak ibu amik gambar seround.. nak masuk dalam laporan aktiviti dorang kot..
 cik Aisyah pun join amik gambo sekali
ibu bersama sijil dan hamper :)
ibu aim nak kumpul sijil ni seberapa banyak yg mungkin sementara darah ibu masih boleh digunakan.. dan sementara ada hayat~
 kesan cucuk ditangan kanan (masa kejadian)
kesan cucuk tangan kiri (masa kejadian)
kesan tangan kiri selepas 2 hari.. rasanya cucuk kat salah urat kot ni.. hehe

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...