Ibu ada followers ke??

Monday, August 25, 2014

25 Syawal | Appointment Along di HKL

20.8.2014 Rabu..
Esok ada appointment along di HKL untuk buat Ujian DMSA Scan..
ibu & ayah ni x biasa mana nak ke KL ni.. tapi kami tawakal je la & follow 'waze' application ni.. (suggest by kawan ibu Cik Yatie Hamat)
Alhamdulillah sampai hotel on time, dalam pukul 2.00 ptg..
perjalanan amik masa 5 jam dari umah kita..

So kita stay 1 malam di KL International hotel.. Cik Earnie yg suggest hotel ni sebab memang dekat sangat ngan HKL, x sampai 1km kot..
kita x bawa adik.. adik stay ngan Makngah... maklumlah 1st time nak gi.. ada urusan pulak..
next time ayah kata boleh r jalan2 kl lagi bawa adik pulak..
hotel ni dapat rate gov, RM159
petang tu kita tido kejap.. then dalam pukul 5.00 petang kita keluar nak survey jalan ke klinik Pediatrik dulu.. nak tengok jarak sama ada esok perlu bawa keta ke x..
memang r dekat sangat.. so x perlu bawa keta.. jalan kaki jer boleh sampai.. :)






sebelum naik hotel, singgah makan mee goreng & rojak buah kat stall bawah hotel.. agak mahal juga caj makanan kat sini..
mee goreng 1 pinggan RM6.. padahal biasa je bahan2nya.. rojak buah pun RM6.. lupa lak nak snap gambo.. hehe




pastu lepak2 jap kat lobi.. igt nak berurut jap kat kerusi urut kat situ, tapi rosak la pulak..
ayah ngn spek baru ibu :)
poyo jek


ultraman mula berlakon














pagi 21.8.2014, bfast dulu sebelum ke hospital
haissshh ayah ni, pakai baju semalam jer.. x nak banyakkan baju kotor katanya.. ikut pandai la ayah oii~




ramai org gov berkursus disini.. orang JKR rasanya tgk kat board bawah semalam
sampai kt Pediatrik sebelum jam 8.00 pagi


menunggu di bilik rawatan harian utk proses pendaftaran
masa ni dah kat Jabatan Nuklear.. pendaftaran



along kena cucuk jarum untuk tujuan scan tu
menunggu giliran
fokus kat hiasan Aidilfitri... meriah juga






tujuan along buat scan ni utk tengok kesan parut kat saluran ke buah pinggang tu sama ada dah surut atau macamana selepas diberi antibiotik after 1 month... 
time ni along disuntik dengan cecair radio aktif..


kemudian along dikuarantin dalam 1 bilik selama 3 jam supaya cecair tersebut masuk ke saluran buah pinggang tu..
bahagian ni memang dijaga.. kanak2 sihat & ibu mengandung x boleh masuk ke sini.. kat bilik ni ada tv.. boleh r hilangkan keboringan semasa menunggu along 3 jam..




ini la pintu masuk ke bilik scan.. ibu x masuk dalam masa along di scan.. ayah yg temankan along..
masa ni bila dah selesai scan.. scan sekejap jer.. yang lama ialah lepas suntik cecair radioaktif tu r..
sebenarnya bangunan Pediatrik ke Jabatan Nuklear jauh gak.. ada la dalam 1km lebih gak..
masa pegi tadi naik shuttle yg disediakan oleh pihak hospital..
tapi balik ke Pediatrik semula (utk buka jarum) ayah ajak jalan kaki je sebab tunggu shuttle pun lambat gak... 
So ayah la yg kena dukung along... x nak along penat berjalan jauh.. kang ada yg naik darah pulak..

pesanan untuk along: tengok pengorbanan ayah ni....






siap belaka jam 4.30ptg.. result x tau lagi.. soon akan diberitahu...
kita terus ke hotel amik keta dan terus balik.. plan asal ayah nak ke Sogo (kalu siap awal) terkubur begitu saja sebab memikirkan adik yang kat rumah tu.. adik keje call tanya bila nak balik..
sampai rumah lebih kurang jam 11.00 malam...

Alhamdulillah syukur... perjalanan kami pergi dan balik dipelihara dan dipermudahkan.. Amin

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...