After raya, hari ni 30 Syawal team ibu mula buat Audit Mengejut di JKRHT
dan pagi ni juga kami dapat undangan dari Cik Earnie utk makan pagi kat umah dia sebelum gerak ke auditi..
En Saifunizam, satu2nya staf lelaki dan termuda dalam team ibu..
InsyaAllah 20.9.2014 ni, beliau akan mendirikan rumahtangga..
Alhamdulillah..
anak2 ibu memang dah rapat dengan Ummi ni..
maybe sebab Ummi pandai layan karenah budak2 kot :)
Aduhai ibu.. nampak gemuk sangat dah ni :(
di satu sudut yang lain pulak
kat umah Cik Earnie ni banyak replika buah2an macam ni.. comel kan?.. kalu kat umah kita habis bersepah je la jawabnya.. diperlakukan oleh anak2 ibu.. huhu
En Saiful & Ummi
kami dijamu makan tengahari.. Nasi kukus dan minum petang iaitu cucur udang & kuih apa ntah namanya.. hehe
tudung peach lembut ni Ketua Seksyen ibu, Cik Suliana.. Umurnya tua 2 tahun dari ibu.. tapi nampak muda kan??
Syawal telah berakhir... kuih2 raya kat umah kita banyak lagi.. x ramai tetamu yg datang umah kita.. maybe sebab kita pun sibuk ke sana sini kot..
Biskut2 raya yang x habis tu ibu plan nak bawa semua ke pejabat esok..
Semoga ibu dan semua orang diberi kesihatan dan usia yang panjang untuk bertemu Ramadhan dan Syawal akan datang.. InsyaAllah aamiin....
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!