Ibu ada followers ke??

Sunday, November 23, 2014

Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 @ Akademi Kastam Diraja Malaysia, Melaka

Hari yang dinanti telah pun tiba... masa untuk lapor diri sebagai Penguasa Kastam W41..
excited pun ada... sedih pun ada.. takut pun ada...
kita bertolak dari hotel lebih kurang jam 7.45 pagi 
anak2 sibuk main kad lagi sementara tunggu ibu ayah bersiap
app waze... ini la nyawa ayah.. panduan nak balik trg nanti :)
 sampai2 AKMAL terus posing dulu :) 
dah ramai yang daftar... 
 anak2 ibu pun sibuk nak daftar jugak... 
 
seramai 238 orang dipanggil melapor diri tapi hanya 218 org yang hadir.. 20 orang lagi consider tolak tawaran la... dan difahamkan calon simpanan bagi tahun 2014 juga ada yg sudah menyertai kursus kali ni.. myb disebabkan calon lantikan terus menolak tawaran awal2.. maklumlah gaji bukan besar mana pun kalu nak dibandingkan dengan gaji syarikat swasta kan.. :) 
orang lain xde pun anak ikut pegi daftar.. anak2 ibu je yg x malu.. huhu 
sporting la ayah.. snap gambar ibu daftar utk kenang2an nanti.. :) 
tq sayang.. 
 keadaan dalam dewan..
ini masa amik ukuran baju uniform keje..provided 3 pasang sorang..
kredit to:  blog AKMAL..
 
ni pulak perkhidmatan memotong rambut bagi peserta lelaki..
kredit to: blog AKMAL
 
 anak dara bambam ibu.. sengih sbb dapat pakai tag nama ibu..
 time ni ibu dah setel semua urusan.. lambat jugak.. dalam kul 11.00 lebih.. lambat tu sebab amik ukuran uniform.. dgn baju nak tauliah lagi.. ukur kasut.. kasut keje pun provided.. tudung pun.. by Ariani lagi... mana la orang x nak keje kastam kan?
lepas ni x payah dah ibu nak buat baju kurung baru tiap2 bulan.. save dah kat situ... nampak....
Informasi yg motivate diri ibu: seramai 2 orang peserta adalah PHD holder, lebih drpd 10 orang master holder.. hebat kan??
padahal banyak jer keje lain yg gaji lebih mahal dari Penguasa Kastam ni tapi itu la hakikatnya.. :)
ibu tumpang gembira dan bangga utk mereka.. chaiyok! 

masa ni amik baju/ uniform untuk kawad.. beratur panjang
pendaftaran akan tamat jam 12.00 tengahari.. tp masih ada lagi yg baru datang walaupun masa ni dah pukul 11.00 lebih.. orang jauh la kot..
 time ni nak gerak ke bangunan asrama.. 
bilik ibu.. 4 orang 1 bilik.. 3 malays & 1 indian.. bilik air dlm bilik.. anak2 ibu dah macam apa la memanjat2..
sempat landing lagi si adik ni
 
ayah dan anak2 ready dah nak balik.. hati ibu semakin syahdu.. tapi cover x nak menangis depan mereka.. bimbang mereka pun akan sedih bila tengok ibu sedih.. :'(  

sayang ayah.. tq abang atas sokongan terhadap ibu..
 ibu doakan ayah & anak2 selamat sampai Trg dengan selamat 
sayu melihat ayah nak balik dah 
ibu hantar ayah sampai ke gate.. ibu turun kat gate..
pandang dari kejauhan.. emosi masih stabil.. x nak orang tgk ibu ni sensitip orangnya... 
sampai bilik jer terus banjir... sedih giler.. :'( 
balik bilik nak stabilkan emosi ibu tengok buku program dan lain2 yg diberi tadi... x terus kol ayah sebab takut ganggu waze dia nak bekerja.. hahahaha 

ini yg ibu dapat tadi .. beg gi kelas..
petang tu ada taklimat.. ini la barisan room mate ibu.. semua muda.. kanan sekali 30thn anak sorg, 28 thn (ada master) dan xde anak lagi... indian 26 tahun, baru 6bln kawen.. ibu 31 tahun.. tuanya ibu... tapi xpe, anak dah beso.. hahahah 
ok.. sampai sini dulu.. later ibu akan update aktiviti kat sini lagi.. ikut mood dan masa.. sbb masa kat sini pack sangat.. ok bye 

22 comments:

  1. Salam Sejahtera,

    Berapa orang calon dari 2014 yang dapat lantikan tetap Penguasa Kastam w41?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 161 nancy..tp ramai yg tolak.myb sbb surat lambat kot.agaknya la

      Delete
  2. Di sana memang tak boleh keluar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X boleh.xtvt padat.. tp ikut budi bicara jugak.. sabtu baru ni boleh kuar 1jam setengah je.. sbb ada psr mlm berdekatan

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. weekend memang langsung tak bley balik or keluar ker?saya ada dapat kursus utk 26 jan nie..awal bln 2 lak sy ada hal kat kl..=(

    ReplyDelete
  5. apa lg yg dibuat di sana? cercter skit.. sampai 2 bulan di sana. khursus tu ala2 ketenteraan ke? sy ada trima tawaran jgak utk 26jan ni.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dpt gak ae kursus utk 26 jan nie..dah dpt surat tak?

      Delete
  6. sy pun dapat 26 jan ni. tp risau kt fizikal. tkt tk thn. huhu

    ReplyDelete
  7. pregnant lady still boleh join latihan ni ke kalau nama memang dah terpilih? curious laa..

    ReplyDelete
  8. rasanya x join. kena join next kursus.. tp yg lepas ni dorg yg prgnt join je.. tp x best r. x boleh buat xtvt. better kol kastam hq tanya

    ReplyDelete
  9. Nak tanya, weekend sabtu ahad mmg ada aktiviti jugak ke? Boleh balik x? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. weeknd pn ada xtvt.. tp akan ada 1 weekend dia bg balik

      Delete
  10. slalu ada aktiviti yg santai2 jek,mcm qiamulail,fire drill,ceramah kesihatan mcm tu..kalau takde aktiviti,kdg2 die bg outing or blk rumah..depends kt penyelaras kursus gak..

    ReplyDelete
  11. salam kak, ade yang mengandung tak masa kursus ni? aktiviti berat ke ek? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yg prgnt kena join next kursus.. aktiviti lasak jugak... rugi kalu x join

      Delete
  12. Baru jumpa kat sini.... Apa khabar mates.. :-)

    ReplyDelete
  13. Salam , sy nak tnya., sy ada dpt tawaran interview peguasa kastam w41 baru2 ini., ada berapa stage yaa seblum di panggil ke kursus seperti ini. TQ :)

    ReplyDelete
  14. boleh bawa phone ke bila latihan ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jek, takde masalah pun..make sure capture byk2 moments kat sana dengan batchmates, platunmates sebab for sure akan rindu semua kenangan kat sana lepas habis kursus asas tu ��

      Delete
    2. hi nak tnya kalau kursus kastam fone boleh bawak tak ?

      Delete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...