Ibu ada followers ke??

Sunday, May 24, 2015

Hobi ayah | lembu charolais

Wahhhh.. lama betul x update blog.. ibu busy ngat..
k la, kali ni nak citer hobi ayah yg baru...
bukan baru sangat pun sebenarnya, lama dah pun ayah bela lembu kan?? cuma kali ni bukan bela lembu kampung...
ralik sangat dengan kandang barunya sampai lupa nak sarapan pagi..
hai ayah... ibu pun bawa la ke dia suruh makan :)
macam jauh je dengan dapur kan.. heheh
kandang ni ayah upah kawan dia buat.. sambil2 ayah pun tolong sama.. kandang ni ayah buat belakang umah kita jer.. memandangkan belakang umah pun banyak lagi ruang boleh digunakan sebaik mungkin..  
tempat makan lembu 
semek ni rajin sekali teman ayah dia buat keje 
antara skill ayah.. buat rumah burung.. burungnya dah xde pun tapi rumahnya tetap dijaga.. mana tahu nanti ada penghuni yang baru kan..
x senonoh tunjuk belakang rumah.. tapi bersihkan? ni semua ayah yg buat.. ibu akui ayah memang seorang yang rajin.. ibu pun x rajin macam ayah..  :)
Ni dia lembu ayah.. lembu jenis charolais.. lembu ni harganya agak mahal.. ayah bagi nama dia 'qistina'..
Sbb apa?? Sbb ayah berkenan nama tu.. korg yg ada anak nama tu x payahla terasa yer.. bukan berniat nak samakan anak korang dgn lembu ni.. peace   :)
Lembu jenis ni mmg kuat makan... mujurla ayah ada padang rumputnya sendiri.. boleh la cerut lebih sikit dan bawa balik..
selain tu jugak dia makan bijirin a.k.a meh.. dicampur dengan air.. ermmm selera sungguh dia makan.. srrruupppp jer bunyinya... kita tgk pun jadi kenyang...
Anak dara ibu jadi org paling rajin nak bagi makan qistina ni... bagi makan hulur tangan.. x takut langsung.. nurun betul sikap ayah dia.. along x mcm ni.. keje main ps2 je kat bilik.. ermmmm.. apa nak jadi dengan anak bujang nii????
Saiz lembu jenis ni agak beso berbanding lembu kampung..  tu kuat makan tu.. anak yg bakal lahir nanti bila dah kuar beratnya lebih kurang 30kg.. 6-7 bulan dah boleh jual.. cara bela lembu ni lain sikit.. lepas 4 bulan mak lembu melahirkan, ayah akan amik air mani lembu jantan (dapat dari pej veterinar) dan suntik masuk ke lembu betina ni.. kalu ada rezeki lembu ni akan bunting.. itu la dia hasilnya.. permintaan untuk lembu ni agak tinggi sebab saiznya beso.. daging banyak.. kalu utk majlis makan gulai, boleh dapat berkawah2.. tapi harganya memang agak mahal sikitla compare to lembu kampung..
ibu doakan minat ayah ni berjaya.. bukan nak kaya pun tapi cukuplah melengkapi keperluan dan kelangsungan hidup.. hidup x perlu mewah kerana semuanya akan ditinggalkan di dunia ni bila kita mati nanti.. yang penting, amal jariah kita, ilmu2 yg dimanfaatkan dan doa anak2 yg soleh/solehah.. mudah2an Allah permudahkan segalanya.. aamiin 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...