7.12.2003 - 7.12.2015
sudah 12 tahun ikatan perkahwinan ayah & ibu..
Alhamdulillah.. masih ditakdirkan bersama dan mudah2an sehingga akhir hayat.. aamiin~
Pada tarikh ni jugak ibu saje2 scan kandungan ibu.. maklumlah minggu lepas puas dah berjalan2 di Langkawi x hengat dunia..
angkat beg berat lagi.. lupa pulak yang diri ini tengah mengandung.. hahaha
Masa tengah scan tu kan, ibu nampak jantung baby tengah berdegup... pastu nampak baby tengah bermain2 dengan jari dia..
Subhanallah.. suka sangatlah ibu.. agak2nya mesti baby tengah mengira2 hari nak tengok dunia ni kan??
nak jumpa ibu, ayah, abang dan kakak dia.. :)
Ibu rasakan inilah hadiah yang paling bernilai dalam hidup ibu sempena anniversary ibu.. ye lah.. kebetulan scan pada tarikh anniversary kan...
cincin emas yang ayah hadiahkan pun ibu rasa seakan kurang bernilai berbanding kehadiran baby ni..haha.. jangan marah eh ayah..
Mudah2an... ibu selalu berdoa agar ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat... dan kita hidup sekeluarga dengan apa adanya..
selalu bersyukur atas rezeki yang Allah bagi walaupun bukan kemewahan di depan mata.. cukuplah sekadar secukupnya dan tidak pening memikir hutang disana sini.. insyaAllah..
dan semoga anak2 ibu sihat membesar dan menjadi manusia yang berguna di masa hadapan.. aamiin..
i love u ayah... i love u anak2 ibu.. muaahhhh :)
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!