30 Oktober 2015, Jumaat
Seawal jam 7.00 pagi kita gerak dah ke Cameron Highlands..
Last minute plan, ptg Khamis otw balik keje ibu tetiba teringin sangat nak makan strawberi celup coklat... bila sampai umah, ibu sampaikan hasrat ibu kt ayah, Alhamdulillah ayah setuju..
Ayah pun faham keadaan ibu, bukan ibu yang nak tapi baby kot yang nak.. hahaha :)
seronok sangat anak2 dengar ibu kata nak pegi Cameron.. sanggup bangun awal pagi, mandi2 dan bersiap.. akhirnya dalam keta sambung zzzzzzzzzzzz....
Dalam pukul 1.00 lebih baru sampai.. ini pun sebab kami lalu Setiu.. ayah x berani nak lalu Felda Aring.. takut jalan rosak.. tu amik masa lambat sangat nak sampai..
Sampai2 kita shopping jagung, baju2, bantal dan keychain (utk kawan2 anak2 ibu). Kemudian check in bilik, then solat dulu, baru gi jalan2 ke ladang teh pulak.. kita sewa bilik di Greenhill Apartment.. rate RM138/night after promosi.
TQ ayah kerana memahami.. hihi
masa ni dah gelap.. nak hujan..
gambo kurang cerah ni camera hp oppo ayah eh.. xtau nape gambo jadi gelap gini.. hehe
balik dari ladang teh ni hujan lebat sangat2.. then kita cari kedai makan untuk dinner kemudian terus balik bilik..
Esoknya baru sambung jalan2 sebelum balik ke Terengganu.
Lepas breakfast, kita ke Big Strawberi.. suggested by Kak Nora dan Cik Yann, kawan ibu..
kerusi senget.. memang licin :)
jom kita petik strawberi.. anak2 nak petik sendiri katanya...
ibu pun nak jugak :)
dapat dah 2 bakul plastik ni.. jgn penuh2 sangat.. mahai :)
lepas timbang kena la bayar RM60..
then tetiba mulut ibu rasa nak makan aiskrim pulak.. nyum2
haaaaa.. inilah dia bendanya yang dicari2.. makan sorang2 je ni.. sekejap je setel.. huhu
Jam 2.30 petang kita pun gerak balik ke Terengganu.. plan asal nak singgah Lavender Garden dulu tapi malas pulak ibu ni nak berjalan lagi.. penat dah..
So nak terus balik... Kali ni ayah nak try balik lalu Felda Aring.. member ayah kata jalan molek..
emmmm memang betul pun.. jalan molek cuma berliku2 lah.. pening jugak kepala.. tapi masa yang diambil memang singkat banding lalu Setiu.. hanya 3.5 jam je untuk sampai ke Kuala Berang.. banyak perbezaan masa kat situ... rugi minyak keta lalu jauh2 :')
its ok, next time lalu sini je la... dekat jah...
Maybe lepas ni kalu pergi cameron lagi bawa baby pulak la jawabnya... hahaha.. insyaAllah
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!