Ibu ada followers ke??

Wednesday, September 14, 2016

Kelahiran Anakku Yg Ke 3

Baby dah 2 bulan 6hari.. baru ibu sempat nak update entry pasal kelahiran adik.... maklumlah busy bebenor.. Dengan raya la... ni baru ibu ada kesempatan... cuti bersalin 3 bulan la katakan... :)

Gambar kat bawah ni adalah gambar pregnant ibu beberapa hari sebelum melahirkan adik.. hehe

Alkisah... 
27 Mei 2016, Jumaat.. Jam 9.30mlm..
Ibu dah mula rasa sakit nak bersalin.. tp ia datang kadang2 jer.. dalam 15min sekali.. so ibu masih boleh tahan lagi.. sempat la malam tu habis tgk final Ceria Popstar... ermmm.. ibu ni suka sgt tgk program pertandingan nyanyian ni.. kalu kanak2 yg nyanyi lagi la suka.. :)

Program habis jam 12.00mlm.. masa ni ibu sorg2 je tgk citer ni kat bawah... ayah dan kakak tgk tv kat tgkat atas.. along pulak tido umah makcik memandangkan cuti sekolah dah bermula hari ni... 

Dalam pukul 12.30am ibu sempat lagi mandi.. panas... senior ibu kata kalu nak mudah bersalin, kerap mandi.. tu ibu mandi tu.. hehe..
Jam 1.30am.. sakit makin kerap.. tp ibu rasa x sampai hati nak kejutkan ayah.. ayah baru tertido.. xpe.. ibu tahan sikit lg.. memang ibu aim nak smpai hospital bila dah sakit sgt2.. supaya terus masuk labor room... mcm kes kak farah dulu.. sampai spital 7.45pm.. masuk labor room 8.00pm.. beranak 8.20pm... kejap je.. x sempat persediaan apa2 :)

K.. sambung citer....
Jam 3.30am ibu x tahan sangat dah.. sakit semakin kerap.. sebelum tu ibu tertido.. dan terjaga bila semakin sakit.. ahhh.. kejut ayah la... then jam 4.00am gerak ke spital... sampai spital bese la, nurse kat kaunter tu nak amik maklumat la... macam2.. dgn sistem jem la.. dlm keadaan menahan kesakitan yg amat tu, byk plk soalan yg ditanya... utk rekod spital... then cek jalan dah 5cm.. tekaan ibu benar.. ibu 'rate'kan kesakitan ibu 5/10 bila ditanya oleh nurse.. :)

Lepas bagi maklumat ke nurse, ibu masuk bilik doktor lak nak cek jalan tadi..5cm.. then doktor pulak minta maklumat.. nak masuk sistem... padahal dah bg kt nurse td... aduhai.. menahan sakit sampai terbongkok2... sampai ibu merintih 'sakit sgt dah ni doktor!'

Then jam 5.30am, ibu ditolak masuk ke labor room terus.. cek jalan dah 8cm.. sakit semakin menjadi2... ramai jugak yg nak bersalin pagi tu.. huh.. then bila semakin sakit nurse bagi je ibu teran kalu nak teran... tp bila x sakit, x boleh teran yer.. penat jer dapat.. haha
Kali ni ibu x bape pandai nak meneran.. dah lupa.. maklumlah... dah 8 tahun jarak dgn kak farah... then dlm pukul 6.00am start teran.. jam 6.18am baru selamat melahirkan baby boy yg sangat comel... lama jugakla proses meneran.. ibu hampir2 putus asa.. sebab dh penat.. tapi 1 ayat nurse yg ibu terkesan sgt2 ialah 
"Awak sebagai IBU je yg boleh keluarkan baby awak ni.. xde dah orang lain boleh tolong kalu awak x betul2 teran"
Aduhai.. apa lagi, terus automatik dapat tenaga semula.. dan akhirnya.....
Menangis kesyukuran ibu melihat kamu sayang :')
Lega sangat2 dah selamat..
Syukur Ya Allah... atas nikmat dan rezekiMu..
Walaupun aku pendosa tapi Engkau tetap memberi rahmatMu tanpa putus... Alhamdulillah..
Jom tengok gambar2 baby...
Muhammad Haziq nama diberi.. dipilih oleh ayah memandangkan nama abang Haiqal dlu ibu yg pilih... Yang kesiannya, ibu dah isi borang JPN siap2, then ayah nak tukar nama kepada Muhammad Hafiz... lebih lembut katanya...
Akhirnya, ayah xnak borang JPN tu rosak, xpela nama Haziq pun.. maknanya pun baik.. iaitu Cerdik... sama macam Aqilah... cerdik jugak maknanya... lagipun dah lama jugak ibu berkenan nama Haziq ni... :)
Ibu ayah berniat nak hantar baby Haziq ke sekolah tahfiz bila dh beso nanti.. Mudah2an menjadi kenyataan.. aamiin






dok wad sejuk ngattt sebab aircond.. maklumla kita org kampung jer.. x bese dok dalam aircond.. menggigil2 adik dibuatnya.. tu balut sungguh2 tu...
Alhamdulillah.. baby dan ibu tiada masalah lain..
hari tu jugak dapat balik umah.. jam 6.30 petang..

 Day 2




 Day 4




Adik kena jaundis.. agak tinggi la nak banding abg dan akak sblm2 ni.. sampai 200+.. cuma x sampai kena tahan wad la.. sampai usia adik sebulan pun jaundis x hilang lagi.. sampai kena amik darah utk ujian... Alhamdulillah semua result normal.. ada 6 ujian... skrg dah hilang dah... 


ni perjalanan kami ke klinik la ni.. cek kuning adik






Welcome to the world sayang baby Haziq..
Ibu sangat2 excited dengan kehadiran kamu dan ibu doakan kamu sihat walafiat dan membesar bagai juara.. aamiin

2 comments:

  1. Alhamdulillah..Tahniah yati...Lama x jenguk blog awak... =)

    ReplyDelete
  2. trima kasih..saya pun lama x update.. busy ngat leni.hehe

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...