Ibu ada followers ke??

Thursday, September 29, 2016

HAPPY BIRTHDAY SAYANG IBU _ sweet 8 y/o

29 September 2008...
Hari berpuasa ke 29.. Maghrib tu lepas berbuka ibu bergegas ke hospital Batu 24, Kuala Berang..
Sebelum tu dah sakit2 sebenarnya tapi saje ibu nak bagi laluan ke ayah nak berbuka.. masa tu Paklong Melaka pun ada, datang berbuka di umah kita...
Lepas ayah solat terus hantar ibu ke hospital. ibu pun xde selera dah nak berbuka puasa.. sbb dah sakit kan...



Sampai hospital lebih kurang jam 7.40mlm.. nurse2 pun tengah berbuka masa tu.. ibu dah sakit.. terus tolak masuk labor room.. tahan sakit kejap sebab kesian kat nurse nak makan..
x sempat nak pakai apa2, ibu kabo ke nurse kata dah sakit nak teran ni.. nurse cek dah 7cm  bukaan jalan.. dalam pukul 8 lebih sikit rasa x tahan dah nak beranak, akhirnya jam 8.20malam selamat lah lahir anak perempuan ibu, berat 2.96kg..
Alhamdulillah.. mudah lahirkan dia...
 Nama diberi FARAH AQILAH..
Maksudnya:
Farah : Gembira
Aqilah : Cerdik
Mula nak namakan AUNI AQILAH.. pikir2 tok x pandai sebut lak.. dibuatnya panggil ONI, dah mcm nenek maksudnya.. hahaha
jom tengok gambar2 farah...




macam muka baby haziq dah ibu tengok :)
sambut birthday tahun pertama
 comelnya dia.. kecik molek..

 gegel sungguh masa kecik..
 Farah 2 tahun
 

 Farah 4 tahun
 
 
Farah 5 tahun
 
 Raya 2016.. dah jadi anak dara dah dia.. darjah 2.. baru dapat adik pulak.. jauh beza tu.. mmg la manja sangattt..
 semakin gelap bila dah sekolah ni..hahaha
 pandai kakak jaga adik
 tahun ni baru pakai spek.. rabun 100 dua2 belah mata..
nurun ibu belaka la anak2 ibu ni.. haha

love u sayang..
semoga berjaya dunia akhirat.. menjadi anak yg solehah dan berjasa.. berbudi pekerti.. hormat org tua..
ayah ibu sayang selalu
 balik keje ibu singgah kedai beli kek SR untuk kakak, 2 slices jer.. okla cukupla tu.. beli sutir kang ibu yg perabihnya.. gemoklah ibu :(
dan x lupa beli kfc utk buat simple celebration utk kak farah.. kak farah pun nampak happy.. so ok la.. 
ada adik kecik susah sikit nak belanja makan kat kedai.. adik bese tido awal.. kesian pulak ganggu tido adik..
request nak pegang adik masa tiup lilin.. sayang betul kakak kat adik dia

 adik pun.. bolat mata2.. hahaha

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...