Ibu ada followers ke??

Sunday, December 31, 2017

Majlis Perpisahan Pengerusi Pewakas Terengganu

Pengarah Negeri akan bertukar ke Putrajaya dan Dato Pengarah baru akan dtg 2 Januari 2018 ini.. 
Jadinya pengerusi pewakas juga akan mengikuti asbennya yang akan bertukar.. 
So hari ni 27.12.2017, kami ajk pewakas mengadakan majlis ringkas sempena perpisahan ini.. Hi-tea di hotel felda,  makan steamboat... 
Okla.. Not bad.. Harga pun ok.. X mahai sangat mcm kt hotel lain :)

Saturday, December 30, 2017

Majlis Hari Jadi Along

29 disember 2017..
Hari jadi along sbnrnya pada 23 disember.  Haritu ibu dah sambut birthday along makan2 kat kedai jer.. Tapi kali ni Kak G yg nak buat kat umah dia sbb kak G dah janji dgn along masa along bersunat hari tu..  So malam tadi makcik buat nasi minyak, daging kurma dan ayam goreng, ibu taja pizza dan kak G taja kek sebahagian hehe.. Kek baru oleh sweeden,  vanilla ice-cream. Memang ada ice-cream  pun.. Sedap ngatttt.. Nyum2.. 
Semoga along belajar rajin2
sebab tahun depan  nak UPSR dah.. 
Ok bai

Wednesday, December 27, 2017

Happy Birthday Anak Ibu = alonghaiqal

23.12.2006 - 23.12.2017
Anak bujang ibu dah bujang dah.. dah 11 tahun umurnya..
tahun depan dah nak UPSR.. kejap jer rasanya baru melahirkan along..

Majlis Kesyukuran Bahagian Pematuhan 2017

Alhamdulillah
Tahun 2017 berjalan lancar..
Kami Bahagian Pematuhan berjaya capai KPI kami..
Alhamdulillah.. So hari ni kita raikan kemenangan kita..
TQ bos2 besar sebab belanja kami hari ni..
Menu spesel ; kambing bakar
spageti bolognise ada, nasi goreng, kek2, brownies, buah2 colet dan lain2
majlis ni jugak bersekali dengan sambutan hari lahir pegawai yang lahir bulan Nov dan Dis 2017, baby shower untuk 2 staf yang pregnant, sambut kelahiran baby 2 staf kami :)

#balikkampung #cutisekolah

15 Disember 2017 Jumaat
kita balik kampung ibu kat Kluang, memang niat nak balik kampung cuti sekolah ni tapi memandangkan alonghaiqal bersunat, so kena tunggu la along baik dulu.. dan lepas ibu balik dari konvensyen audit ibu pada 4-7 Disember tempohari...
Ibu perhabis terus cuti rehat ibu yg berbaki 3 hari lagi untuk 17hb - 19hb.. So baki cuti rehat ibu tahun 2017 is telur ayam.. 0, total kelayakan cuti tahun ni asalnya 40 hari.. :)

Masa ni kita baru balik daripada umah paklong kat Ajil amik baju2 Farah then kita pegi cuci keta sementara tunggu ayah balik keje, pastu baru kita bertolak balik ke Kluang..

Tuesday, December 26, 2017

Konvensyen Pegawai Audit Kastam

 4 - 7 Disember 2017, ibu dan beberapa lagi auditor kastam hadiri Konvensyen Pegawai Audit di KL..
Sebenarnya ibu sendiri yang request nak join konvensyen wpun tiada paksaan pun..
sebab ibu rasakan konvensyen ni sgt penting untuk auditor2 macam kami ni..
So untuk sekian kalinya, ibu berkorban berjauhan dengan cinta hati ibu especially babyhaziq.. sejak lahir tak pernah lagi berpisah nga ibu.. huhu 
4hb malam terus ada dinner sebagai pembukaan konvensyen :)
 

Welcome to the world baby Aish

1 Disember 2017
Atok nenek datang Terengganu..
Tujuan nak lawat alonghaiqal lepas kena sunat (sunat pada 29 November 2017) dan family Paklong dapat baby baru.. baby boy.. Namanya Muhammad Aish.. Anak ke 4 dalam family.. Maklong berpantang di Ajil, Terengganu

Majlis Cukur Jambul Baby Airaa

 17.11.2017
Majlis Cukur Jambul Baby Airaa
Baby Airaa ni sebenarnya cucu sedara mokcik..
kita ni kira sedara jauh je la.. tapi mari jugak rai baby kak Ngah.. Maklong dah jemput kan..
Tengok baby memang suka.. comel ngattt :)
Haziq pun suka main ngan baby Airaa

Duta gst/ttx

Ini kisah tahun ni.. ibu & 3 lagi geng ibu di Bahagian Pematuhan dilantik jadi duta GST/TTx.. sampai end of this year je la.. :)
TTx tu mesti ada yg xtahu kan?.. cukai yg dikenakan kepada pengusaha-pengusaha hotel/penginapan yang terima pelanggan tourist.. pelancong asing sahaja yang dikenakan cukai ni untuk semalaman bermalam di hotel/penginapan di Malaysia..
so rakyat malaysia jangan bimbang untuk check-in hotel ok? :)

Baby shower mem tiha

Banyak kisah ibu tahun 2017 yang masih belum up dalam blog family kita ni..
So ibu akan up story mory kita tu dan ibu try cari masa supaya xde yang tertinggal insyaAllah..  
yang ni kisah ibu dan opis mate ibu rai salah seorang geng audit yang akan cuti bersalin due awal bln 11 nanti..
tapi time ibu up citer ni, member ibu Puan Tiha ni dah 52 hari melahirkan baby boynya nama Tajdid Hadhari..
Semoga mama dan baby sihat walafiat.. aamiin

Happy Anniversary 14th

7 Disember 2017
HAPPY ANNIVERSARY to ibu ayah yang ke 14 tahun..
Alhamdulillah.. masih ditakdirkan bersama wpun kadangkala gelora datang melanda...
Adatlah berumahtangga.. especially pasangan muda macam kami nih.. hahahaha
masalahnya, muda kah??? 38 & 34 tahun ni :) 

InsyaAllah kami belajar daripada kesilapan dan kekurangan masing2.. sentiasa perbaiki diri masing2 demi anak3 tercinta.
ibu berdoa agar ikatan ini kekal bahaga sampai syurga bersama anak3 kesayangan kami..  InsyaAllah..
aamiin..
 
 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...