Ibu ada followers ke??

Wednesday, December 27, 2017

#balikkampung #cutisekolah

15 Disember 2017 Jumaat
kita balik kampung ibu kat Kluang, memang niat nak balik kampung cuti sekolah ni tapi memandangkan alonghaiqal bersunat, so kena tunggu la along baik dulu.. dan lepas ibu balik dari konvensyen audit ibu pada 4-7 Disember tempohari...
Ibu perhabis terus cuti rehat ibu yg berbaki 3 hari lagi untuk 17hb - 19hb.. So baki cuti rehat ibu tahun 2017 is telur ayam.. 0, total kelayakan cuti tahun ni asalnya 40 hari.. :)

Masa ni kita baru balik daripada umah paklong kat Ajil amik baju2 Farah then kita pegi cuci keta sementara tunggu ayah balik keje, pastu baru kita bertolak balik ke Kluang..
 
 kita bertolak balik Kluang dalam pukul 1.00 petang
sampai umah atok dalam pukul 8.00 mlm ++
 kesian jugak ayah, penat balik keje, terus drive sampai Kluang.. ibu nak gilir drive ayah x nak.. ermmmm xpe la.. janji selamat dah..
kat umah atok dah.. 
suasana umah atok yg aman & tenang 
17.12.2017 Ahad
hari ni atok ajak gi berkelah kat tempat mandi2.. ni 1st time kami ke sini..@ Lata Seri Pulai, Kulai-Pontian..
 berkelah-kelah macam ni memang fav atok sejak dulu masa kami kecik2 lagi :)

 adik dah siap mandi, dah tukar baju.. adik mandi x lama mana pun
jom makan-makan pulak..
best la jugak mandi sini..anak2 happy.. haziq pun suka main air..
nampak air jer adik cakap ''air.. air.. air''
 caj masuk sini, dewasa RM10, kanak2 lepas 6tahun RM5.. not bad la kan? 
yg x bestnya toilet dan tmpt tukar baju x banyak, orang ramai giler.. tapi nampak ada pembinaan. rasanya nak tambah toilet kot
chalet pun ada kat sini, 1 malam RM300, setengah hari RM150.
masa kami datang ni chalet full book sampai akhir Disember 2017. 

18.12.2017 Isnin
Hari ni pulak, kami anak beranak buat sesi #throwback ke JB, tempat2 ayah ibu bertemu dulu2. hahaha
anak2 suka jer dengar cerita sejarah kami.. x caya pun ada..
ayah tunjuk tempat dia keje dulu2 (ayah banyak tempat keje), tempat ibu sekolah menengah, tempat ayah ibu keje dan berjumpa, tempat dating dan lain2 la.. :)

gambar bawah ni tempat ibu sekolah menengah.. masa ibu sekolah dulu namanya Sek Men Teknik Perdagangan JB.. Sekarang dah tukar Kolej Vokasional Perdagangan JB..
Rasanya student x dapat dah sijil SPM macam ibu dulu2, tapi dorang dapat sijil kemahiran,, kot la :)
 
Pastu gambar atas tu ada bergambar di depan kilang Kenwood..
kat situ la ayah ibu berjumpa dulu.. ibu lepas SPM keje sementara tunggu masuk Universiti. ibu kan x boleh merap dok umah.. cepat bosan.. huhu
****************************
ni sejarah ibu ngan ayah;
Tahun 2000 - ibu habis SPM
Tahun 2001 - Jumpa ayah pada Mac
Tahun 2001 - bertunang pada Oktober
Tahun 2003 - Bernikah pada Disember (semester akhir diploma)
Tahun 2006 - Lahir Alonghaiqal (Disember) habis paper final Degree
Tahun 2008 - Lahir puteri pertama Farah
Tahun 2016 - Lahir babyhaziq
**********************************
bawah ni kami ke Jakel Bandar Baru Uda JB sebab ibu nak cari kain tudung kastam.. hari tu masa konvensyen auditor cari dah kat Jakel KL tapi xde stok.. Alhamdulillah kat sini jugak dapat.. :)
Ni kami kat Taman Linear, Larkin 
Dulu masa bercintan2 dan lepas kawen suka lepak sini tengok budak2 kecik main buaian..
Pernah berangan kalu nanti ada anak, nak ajak main buai kat sini.. haha.. Tapi x tercapai pun sebab lepas kawen x lama terus pindah balik Terengganu.. hari ni la baru dapat tunaikan niat tu huhu
 
ni pulak kat pantai lido, nampak Singapore kat sempadan nun disana.. 
kat sini pun tempat ibu ayah suka lepak dulu2 :)
depan Hospital Sultanah Aminah JB 
ni pulak garden depan istana..
dulu xde garden ni, cuma kami sering lalu depan ni la.. 
adik ketar kaki lutut nak terjun masuk dalam air pancut tu hahahah
  19.12.2017 Selasa
Sampai masa kami nak balik Terengganu dah..
kalu ibu ada cuti lagi, off course ibu extend cuti sampai habis minggu tapi apa nak buat, cuti dah habis.. So kena balik dah..
gambar bawah ni masa kita singgah masjid kat Pekan, x ingat nama masjid ni apa tapi ia bertentangan dengan hospital Pekan..
Sini memang favorite kita kalu balik dari Johor ke Terengganu..
Wajib singgah sini solat dan rehat lama sikit.. Selesa, bersih, sejuk..
Alhamdulillah, kita selamat sampai umah kita jam 5.30 petang..
InsyaAllah cuti raya Cina tahun depan kita balik lagi sebab ada program yang kita dah planning.. huhu

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...