Ibu ada followers ke??

Tuesday, December 26, 2017

Konvensyen Pegawai Audit Kastam

 4 - 7 Disember 2017, ibu dan beberapa lagi auditor kastam hadiri Konvensyen Pegawai Audit di KL..
Sebenarnya ibu sendiri yang request nak join konvensyen wpun tiada paksaan pun..
sebab ibu rasakan konvensyen ni sgt penting untuk auditor2 macam kami ni..
So untuk sekian kalinya, ibu berkorban berjauhan dengan cinta hati ibu especially babyhaziq.. sejak lahir tak pernah lagi berpisah nga ibu.. huhu 
4hb malam terus ada dinner sebagai pembukaan konvensyen :)
 
 
konvensyen day 1
banyak kes2 audit yang dibentangkan dan banyak ilmu yang ibu dapat..
 malam tu member ajak gi Mid Valley.. Orang kata Mid Valley ni tempat orang2 kaya shopping.. So, ibu yang x kaya ni, window shopping je la..cuci mata.. ada jumpa blouse yang berpatutan harga, boleh la beli untuk kenang2an hahahaha
 ni pulak lepas konvensyen day 2.. ibu jalan2 Jakel nak cari kain tudung kastam sebenarnya.. buat sendiri jer..lebih selesa.. tapi malangnya xde stok.. lain yg dicari, lain pulak yang dibeli.. nasiblah dah nampak butik Ariani kat situ..
Berlakulah keajaiban, masuk butik pakai shawl lain, kuar butik pakai shawl lain pulak :')
x sabar punya pasal nak try shawl baru hahaha
Lepas tu jumpa cik Salim kat Jakel tu jugak. Memang janji nak jumpa & ajak makan2.. kebetulan dah ibu kat KL.. dan kebetulan cik salim keseorangan kat KL.. Cik Fiera balik Kedah bawa anak3 sempena cuti sekolah ni..
Ibu gi Jakel ngan bff ibu masa kami kursus induksi kastam dulu, Cik Ain.. Auditor yang hebat jugak pembuat roti yg jugak hebat..
Kalu ibu jadi dia, lama dah pencen kastam, buka kedai jual roti full time jer.. dah tu, siap buat kelas lagi, mana x hebat kan? :)
Malam ni janji jugak dengan bff satu lagi, satu batch jugak dan pernah keje kat JKDM Terengganu, last year baru dapat tukar ke KL ikut hubby dia, Puan Yana.. dia jugak pencinta kek2 dan brownies.. lama dah tingin nak rasa brownies dia, dulu keje kt Terengganu x nak buat.. pindah KL terus boleh jual lagi.. akhirnya dapat jugak merasa.. sedappp ngattt..
Ibu beli 1 tapi dapat 2.. TQ sebab belanja 1..
 
  last day konvensyen..
nak balik dah.. x sabar nak jumpa anak3 ibu..especially si kecit haziq.. Alhamdulillah haziq sangat behave dok ngan pengasuh..
Malam2 x nangis pun cari ibu. maklumlah baby masih bf, takut tercari2 ibu dan mengamuk pulak.. x pernah tinggal sejak lahir..
Alhamdulillah adik sangat baik dan memahami :)
ini la dia budak bucuk tu.. babyhaziq..
petang masa ibu nak amik dia, dia x nak ke ibu..
bila ibu ingatkan dia pasal bf, baru dia mula menangis, tapi masih x nak ikut ibu.. tepis tangan ibu bila ibu nak amik dia.. then bila ibu tata dia dan nak kuar ke pintu, baru la dia nak ikut..
ibu rasa bukan dia x kenal, tapi dia berjauh hati & merajuk dan tertanya2 kenapa ibu ayah x amik2 dia.. kot la.. hahaha :)
 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...