Ibu ada followers ke??

Sunday, December 8, 2019

Happy 16th Anniversary to ayah ibu


7 Disember 2003 - 7 Disember 2019
Alhamdulillah genap 16 tahun dah perkahwinan ibu ayah.. walaupun pernah dilanda badai tapi Alhamdulillah dapat kami selamatkan :')

entry sebelum ni ibu ada nak cerita pasal dugaan besar yang Allah bagi kat kami..
inilah kisahnya... ibu x rasa malu pun nak share sebab pada ibu ujian yang Allah bagi ni sebenarnya bukan utk kami je malah untuk org2 disekeliling jugak. cuma sama ada mereka sedar dan tidak jer..
Adakah mereka memberi sokongan kepada kami? membawang hal kami? belajar dari kisah kami? dan lain-lain..

22 April 2019 ibu dinaikkan pangkat.. 29 April 2019 ibu berpisah dengan ayah seketika..
inilah UJIAN itu.. biasalah hidup berumahtangga, ada pasang surutnya..
especially bila isteri berjawatan, suami pula tidak ada jawatan..
bukan isu isteri sombong dirumah tapi isu suami rasa unsecure dgn diri sendiri.. itu biasa..
bila org sekeliling jugak share cerita2 x elok kononnya org keje kerajaan ni biasanya ada affair dengan bos2 dan sebagainya, maka perkara buruk itu berlaku..

Tapi ibu x pernah kesali apa yang dah terjadi tu.. semua yang berlaku dengan izin Allah. Bukan saja2 Allah nak aniaya kami..  almost 3 bulan dok asing2, ibu menyewa di bandar, bawa farah dan haziq, betul2 mengajar ibu bahawa kehadiran seorang ayah dan suami sgt penting dalam hidup ini.. kalu ibu fikir ayah x sempurna, ibu 10x ganda x sempurna.. tiada manusia yang sempurna di bumi Allah ni. Janganlah ada org yang perasan dirinya sempurna.. memang x..

ketika itu juga kami lalui bulan Syawal, beraya tanpa suami dan ayah kepada anak3 memang sedih sgt2.. hanya yang lalui akan memahami.. pengajaran disini, kalu kita rasa pasangan kita tidak sempurna, bersabarlah, sama2 cari jalan untuk menyempurnakan satu sama lain.. setakat isu2 kecik tu, bersabarlah..

dan sekarang Alhamdulillah, ibu bersyukur sangat2 sebab dengan UJIAN itu, kami sekarang lebih bahagia. Menghargai dan menghormati diri masing2.. Apa2 masalah pun bincang baik2 dan hikmah yang paling besar adalah kehadiran baby yg akan lahir tahun depan.. walaupun kami belum ready nak ada baby baru tapi Allah bagi jugak.. Kami sedar, anak3 ini lah antara faktor kami kembali bersama.. Memang betullah anak3 ni rezeki... Alhamdulillah.. dan ibu x sabar2 nak melahirkan anak ke 4 ibu ni.. 

ibu selalu berdoa semoga Allah pelihara hubungan ini sampai akhir hayat..
Merahmati kehidupan kami dan mantakdirkan kami menjadi orang2 yang beriman dan beramal soleh.. 
Aamiinnnnnn Ya Rabbal A'lamin :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...