Ibu ada followers ke??

Sunday, December 8, 2019

kerjayaku


Setelah sekian lama ibu menyepi daripada menulis blog family kita ni... ibu nak share tentang perkembangan kerjaya ibu pulak..


17 November 2019 yang lalu, genaplah usia perkhidmatan ibu dengan Jabatan Kastam selama 5 tahun..
Banyak kenangan manis yang tercipta sepanjang tempoh ini..Mostly kenangan manis je r.. kenangan pahit insyaAllah xde.. kawan2 baik, bos baik.. Alhamdulillah..

Pada 15 April 2019, Alhamdulillah ibu mendapat berita yang sangat mengejutkan..
ibu dinaikkan pangkat ke gred WK44 yg berkuatkuasa pada 22 April 2019.. dalam tempoh 4 tahun 5 bulan berkhidmat.. ibu x pernah berangan pun nak naik pangkat seawal ni.. maklumlah ibu sedar ilmu ibu dalam perkastaman ni sangat2 lah cetek.. masa dapat tahu tu pun menggeletar lutut.. Mana xnya, batch sebelum ibu pun ramai lagi x naik, dgn batch ibu sendiri dalam 200+ org.. ibu 8 org yang terawal dapat.. memanglah ketor lutut kan.. Tapi apa pun Alhamdulillah rezeki Allah belaka..dengan boleh stay kat Terengganu lagi.. memang rezeki berganda2 la.. Alhamdulillah.. Dia Maha Mengetahui.. ibu bersyukur dan berjanji dengan diri sendiri akan terus mencurah bakti dengan seikhlas hati selepas ni..

Besar rezeki Allah, besar juga dugaan yang datang..
Tapi besarnya dugaan yang datang, lagi besar rahmat Allah nak bagi..
next ibu cerita dugaan tu pulak.. :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...