Ibu ada followers ke??

Thursday, December 11, 2008

**faRaH aQiLaH**

Lama dh rasanya ibu x update blog ni...bukan apa, ibu cuti panjang..cuti melahirkan bby farah...

Pada 29/9/08, jam 8.19pm ibu slmt melahirkan bby farah di Hospital Hulu Trg kat K.Berang... hari tu merupakan hari ke2 terakhir sebelum kita menyambut Aidilfitri...ibu mmg berdoa supaya dpt melahirkan bby farah sblm Aidilfitri...
Pada sblh pagi, ibu sibuk mengemas umah, psg lgsir, angkat kerusi meja(mana yg larat la..) sbb ibu dpt rasakan yang ibu dah hampir utk melahirkan...Pada pukul 5ptg ibu mula rasa sakit dibhgn perut tp ibu boleh tahan lagi...siap ikut ayah pegi Binjai Rendah beli juadah berbuka puasa...Abg long pun ikut sama....ibu juga sempat telefon nenek di jhr n akak ipar di Kemaman saja untuk bertanya khabar...
Dalam pukul 6pm lebih, paklong, maklong Johor n Damia datang untuk berbuka puasa dengan kita..Tahun ini mereka beraya di Bukit Apik, Ajil...Ayahcik, makcik n kak G pun ada gak.. Setelah beduk berbunyi menandakan telah masuk waktu berbuka puasa, kami pun berbuka...time tu ibu dah rasa sakit yg amat sgt tetapi ibu terpaksa tahan memandangkan ayah dan yg lain baru bermula untuk berbuka.. ibu xnak menyusahkan mereka..ibu pun cuba utk berbuka w/pun dlm keadaan yang sakit..selesai je ayah makan, ayah ajak makcik utk menghantar ibu ke hospital...

Sampai hospital dalam pukul 7.45pm, ibu terus ditolak menggunakan kerusi roda masuk ke labor room...tetapi nurse masih berlengah memandangkan ibu x meraung sakit pn...bila ibu dah x tahan, ibu panggil sorg dari nurse tu utk periksa jalan...bila nurse cek, nurse kata jln dah terbuka penuh..nurse x bagi ibu meneran selagi nurse x siapkan alatan untuk melahirkan...ibu dah x tahan sgt...lalu nurse tawakal je untuk sambut kelahiran tnpa alat2 yg berkaitan.

Setelah berhempas pulas meneran, tepat pukul 8.19pm, ibu selamat melahirkan seorg bby girl yang comel seberat 2.96kg....ibu x sangka akan mendapat bby girl memandangkan semua org menyangka bby boy....Syukur yang amat sangat...Ayah pun hepi dapat bby girl kali ni...Ayah berkesempatan menyaksikan drama kelahiran adik Haiqal ni...Ayah tidak lupa utk mengQamatkan bby....ayah n ibu bersetuju untuk memberi nama Farah Aqilah....x sangka lak nama AQILAH tu kalu pusing2 hurufnya dapat nama abglong, HAIQAL..cuba la...hihihi

Ibu ada upload gmbr2 bby farah untuk tatapan kwn2 ibu....

Tuesday, September 9, 2008

..pErsiApaN haRi raYa..

Hari ni hari ke 9 kita berpuasa....so far, 2hari dah ibu cuti berpuasa...ni semua gara2 ibu masuk wad disebabkan sakit nak bersalin...malam puasa hari kedua, sebelum sempat ibu berbuka puasa, ibu rasa sakit sgt2 mcm dah nak bersalin...betul2 waktu berbuka tiba, ayah pun sedang enak berbuka puasa, ibu suruh ayah bergegas hantar ke hospital....ibu cuma sempat minum sikit air bandung n sebiji kuih buah melaka...hilang semua selera mkn ibu....belum sempat solat maghrib, ayah terus hantar ibu ke hospital...

Setibanya di hospital, ibu terus ditolak dengan kerusi roda masuk ke wad bersalin....doktor cek bukaan baru 1cm...then, doktor bagi ubat tahan sakit memandangkan kandungan baru masuk 35mggu...bila dah makan ubat tahan sakit tu, hilanglah sakit yang ada...selama 2mlm berada di wad, ibu x rasa sakit pun...sakit biasa tu ada la...kemudian, pada 4hb 9 tu, doktor bagi balik...kalu betul2 rasa sakit nak bersalin, baru datang lagi.....dalam tempoh tu, 2hari la ibu xpuasa sbb kena makan ubat....erm...apa nak wat...terpaksa..

Raya tahun ni kita sekuarga akan beraya di terengganu memandangkan toki baru sahaja meninggalkan kita..kesian pulak tok sambut raya tanpa kita..bukan ke haiqal penyeri n penghibur kat rumah kita ni?? hilang gak kesedihan tok...ibu pulak mgkin dah bersalin n berpantang time tu....So far, 80% keperluan untuk raya ibu dah siapkan, seperti baju melayu ayah, baju melayu, t-shirt2, seluar slack n jeans haiqal, langsir rumah, brg2 hiasan rumah...Ibu pun sempat gak jahit sepasang baju kurung riau untuk ibu...ye la, mana tau ibu terbersalin sebelum raya, dpt gak jangok pagi raya w/pun dlm pantang...sekejap je...juz nak amik gambar sekeluarga..hehe...cuma yang belum settle ialah kuih raya n kasut raya haiqal...tp perancangan ibu, balik keje ptg ni ibu nak singgah kedai kat bandar ni, cari kasut haiqal....kuih raya lak ibu suruh ayah beli siap jer...banyak kat pasaraya Mydin tu...x la mahal mana...beli pun x perlu byk sbb ibu tgk org terengganu ni x suka sgt makan biskut raya...dorang lebih suka makan makanan berat cam nasi dagang ke, nasi minyak ke, lemang, kuih2 tradisional n sebagainya...

Ibu rasa x sabar nak sambut raya tahun ni...ye la, selain menyambut Aidilfitri, kita akan menyambut ahli kuarga baru dalam family kita...insya-Allah....jika diizinkan tuhan....amin...semoga semuanya selamat...

Monday, September 1, 2008

R.A.M.A.D.H.A.N




SelAMAT mEnyaMbuT BulaN yG peNUh HikmaH ini denGan haTi yG penuh ikHlas...seMogA iA mendatAnGkaN 1001 KebaiKaN dLM kehIduPaN kiTa....aMin..

AmpUn maAf diPintA darI kaMi sEkeLuArGa...

Monday, August 18, 2008

AL-FATIHAH.....

Pada 15.08.08 (Jumaat), toki haiqal (ayah kepada ayah haiqal) telah kembali ke rahmatullah, kira2 jam 3.30ptg....2mggu kita berpindah balik ke terengganu, toki pergi meninggalkan kita...semuanya takdir tuhan....Dia merancang segalanya...hampir 2tahun lebih toki sakit..usia toki hampir 80tahun...Pada awalnya toki terkena angin ahmar. Selain itu arwah pun ada penyakit kencing manis dan gaut...kami redha dengan pemergian arwah memandangkan arwah telah lama sakit....Tuhan lebih menyayangi arwah....Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan arwah ditempatkan bersama orang2 yang dikasihinya.....amin....Al-Fatihah...

Sunday, August 10, 2008

**SELAMAT PENGANTIN BARU**


x terlewat rasanya ibu nak wish congrats to member ibu yang telah melangsungkan hari bersejarahnya pada 26july yg lalu...kita xdpt hadir memandangkan mjlis di johor bahru, johor...ibu cuma dpt mendoakan dari terengganu semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai n cute2....hehehe

Monday, August 4, 2008

Y.A.H.O.O

Alhamdulillah....at last, ibu dapat jgk bertukar ke jbtn audit ngara, caw trg...itu la impian ibu sejak dpt post ni...sebelum ni terpaksa berjauhan dgn ayah...dok berdua je dgn haiqal di kuantan...akhirnya, sgla usaha dan keinginan ibu dimakbulkan tuhan...mgkn ini la yang dikatakan rezki anak...

ibu lapor diri di JAN, trg (Wisma Persekutuan) pada 3.8.08...1st day drive jauh ke tmpt keje, agak penat la gak...dengan trafik jem memanjang....kalu jem sapu kat roti, sedap gak.......p'jalanan mengambil masa lebih kurang 40-45minit...termasuk trafik jem la tu....ibu bertolak dari rumah pukul 7pg...but, after adik haiqal lahir, mgkn kena bertolak awal lagi la sbb nak hantar ke rumah pengasuh...pengasuh dah dpt...mak ngah yang cari...dekat gak ngan umah kita..haiqal pulak tinggal dgn tok n toki je kat rumah...kul 1 tghari ayah dah balik keje...so, ayah pulak yang akan take over jaga haiqal...ikutkan hati ibu, ibu nak hantar haiqal ke rumah pengasuh jgk sbb xnak menyusahkan tok...tp tok n ayah xnak...dorg nak jaga..so, what can i do...just follow jer....

1st time berada ditempat keje, ibu rasa happy coz staff2 n bos2 semua peramah2 belaka...x sombong/kerek...ok la...cuma 1 je x best kat sini...parking...sedih giler..so crowded...siap boleh kena blok lagi...tghari pun takut nak kuar...takut parking kena amik org...tp ok la...jimat gak myk, x gi mana2 tghari...hihihi

ibu rasa hidup ibu dah sempurna sekarang ni...cuma time pregnant cam ni penat la sikit drive jauh tiap2 hari..kalu x larat, boleh je mtk tlg ayah hantar...tp lepas bersalin nanti, insya-Allah ok la....lama2 ibu akan terbiasa dgn keadaan ni...syukur ke hadrat Illahi....

Monday, July 28, 2008

Melaka River Cruise









25hb julai, masa kita pegi melaka tempoh hari, sempat jgk la paklong bawa kita gi jalan2 kat bandar melaka....pada mulanya, ptg tu nak gi zoo , tp sbb dah tutup, maklong cadangkan kita tgk malam je...safari night, tp paklong kata mlm2 x dapat tgk binatang...binatang semua tido...lagi pun Damia kecik lagi...takut jd apa2 lak mlm2 masuk hutan...so, kita ke melaka river cruise...naik bot, kelilingi sungai melaka....kita bertiga je..ibu, ayah n haiqal...paklong n maklong x naik sbb risaukan Damia...Ok gak la....bangunan2 lama dihiasi lampu2 yg cantik.....haiqal pun teruja tgk lampu2 yang cantik tu...tapi bagi ibu, biasa je...x la menarik sgt...saja je nak bawa haiqal berjalan, kenal negeri orang...heheheheh..kita naik bot start kul 8.00mlm smpai 8.45mlm....ramai gak customer mlm tu....charge yang dikenakan adalah RM5/person...murah je....haiqal x kena byr sbb under 2yrs....lepas naik bot, kita terus je balik umah sbb kesian kat makde, berdua je ngan yasmine kat umah.....

YASMINE AULYA










Pada 23-26 Julai yang lepas, ibu ayah n haiqal pegi ke melaka, melawat makde yang baru 3mggu melahirkan babynya, YASMINE AULYA...Makde berpantang kat rumah maklong memandangkan pakde (dok KL) senang nak melawat anak dia hujung mggu....seminggu pertama, makde berpantang kat Kluang, Johor...
Kita ke melaka dengan menaiki bas memandangkan ayah malas nak drive....tp berlaku insiden yang paling ibu x suka...haiqal mengamuk dalam bas...menangis nak turun...malu ibu ngan org2 kat dalam bas tu...menyesal ibu naik bas...kalu ibu tau perkara macam ni akan berlaku, bas free pun ibu xnak naik...ibu nekad drive kalu ayah malas....geram gak ibu kat ayah...kereta 2 biji, tp pegi naik bas....geram kalu ingat2....sabar je la...
Selain dapat berjumpa dengan Yasmine, ibu juga berpeluang berjumpa dengan Damia...anak paklong....berusia 3 bulan lebih....almost 2bln x jumpa dengan Damia sejak paklong wat kenduri potong jambul n aqiqah Damia di Kluang, akhir bulan 5 yang lepas....seronok dpt jumpa anak sedara ni....terhibur hati melihat karenah bby2 yg comel...apa yang peliknya, sebelum ni, kalu haiqal berjumpa dengan budak kecik daripada dia, pasti haiqal dengki kat budak tu....pukul ke, tolak ke, cubit dan sebagainya...tapi pertemuan kali ni, haiqal jadi syg dengan dorg n nak dukung pulak...bukan apa, ibu takut terkehel je bby2 tu...nanti kan apa pulak mama dorg kata...bila ibu marah, haiqal start wat pe'el...ngamuk nak dukung jugak...lastly, ibu letak bby kat riba atau atas badan haiqal...at least merasa la gak nak pegang bby....mgkin haiqal tau kot x lama lagi dia nak jadi abg long...semoga haiqal akan menjadi abg yang baik dan menyayangi adiknya kelak...amin.....

Monday, July 21, 2008

FAVORITE...GAMES





Sekarang ni haiqal dah ada permainan kegemaran dia...kereta n sawo kontrol...benda2 yang ada remote control ni la...mggu lepas ibu outstation kat raub pahang, wat audit...ayah pun ikut skali...tetiba ternampak kedai mainan, ayah teringat lak kat haiqal...ayah belikan kereta kontrol baru untuk haiqal...sebelum ni ayah ada belikan sawo kontrol...tapi remotenya besar sgt..haiqal boleh handle remote kontrol tu, tp pegang tak kemas la...so ayah belikan kereta kecik je..kecik2 pun, harga boleh tahan gak...RM59.90...kalu anak 2,3 org, boleh bankrap ayah n ibu dibuatnya...hehe...

ibu ada upload gambar2 haiqal tgh main kereta kontrol yang baru ayah belikan tu....haiqal baru bangun tido, terus cari kereta dia...masa ni kat kampung.....remote kaler oren yang haiqal pegang masa x pakai baju tu ialah remote sawo kontrol...tp ibu x ambil gambar sawo tu..ibu just upload gambar mana yang ada je.....
tgkla gambar2 nakal anak ibu ni...pandai dah sekarang ni wat muka ngan ibu...kalu ibu marah n wat bulat mata, haiqal pun balas tenungan mata ibu n lama2 tersengih...akhirnya, ibu pun x jadi nak marah....pastu kalu nak amik apa2 barang kat tempat tinggi, haiqal akan tarik tangan ibu/ayah/sapa2 la yang ada time tu pergi ke tempat barang yang haiqal nak ...kalu x nak ikut, haiqal tarik rambut org tu...ini yang paling ibu nak marah...tapi kdg2, kesian lak kat haiqal sbb kena marah...tapi itu semua perlu supaya haiqal takut sikit ngan ibu ni...kalu x, nanti naik lemak lak...
selain tu, haiqal dah pandai recognise anggota badan haiqal sendiri...kalu ibu suruh angkat tangan, haiqal akan angkat tangan, angkat kaki, haiqal angkat kaki...tanya mana mulut, haiqal akan menganga..mana telinga, haiqal tarik telinga haiqal...dan lain2 lagi mcm gigi, mata, hidung....
ibu bersyukur di atas kurniaan tuhan sbb menganugerahkan anak seperti haiqal...harapan ibu semoga anak ibu akan menjadi org yang berguna kepada ibu ayah, masyarakat dan negara.insyaAllah, amin....

Thursday, July 3, 2008

PERKEMBANGAN TERKINI



Ini la gambar haiqal yang terkini..hari ni haiqal dah berusia 1tahun 6bulan 10hari...(pada 3/7/08)..cepat rasanya masa berlalu...dalam usia sekarang ni, haiqal dah pandai buat perangai...kalu nak apa2 barang, tapi ibu @ org lain halang, haiqal akan menjerit sekuat hati...ibu rasa haiqal ni semakin 'gangster' skrg...hahaha..maklumlah, anak lelaki kan...tp kdg2 haiqal mendengar kata..pandai dah mengikut arahan....kalu ibu suruh letak botol susu atas meja, haiqal akan letak atas meja, kemas mainan dia,masuk ke dalam bakul...yang paling haiqal suka sejak akhir2 ni ialah main bola...haiqal suka menggelicik bola ngan ayah..ayah pun jenis melayan...kalu ayah xde, ibu x larat nak melayan...dah la ibu tgh bawa adik haiqal ni...adik haiqal skrg berusia 6bulan setengah, 26weeks...dah start semput gak la ibu skrg ni kalu layan haiqal main....apa ntah lagi kalu kena kejar haiqal sbb haiqal x nak mandi @ xnak pakai pampers lepas mandi...nakal sungguh anak ibu ni...dulu kalu ibu buka baju n pampers, haiqal terus meluru masuk bilik air nak mandi, tp skrg mls nak mandi...kena kejar dulu, tangkap n bawa ke bilik air...kalu ayah ada, ayah la yang kejar...kalu xde, pengsan ibu...lari pulak laju...tp ibu blh kejar la kan....ibu rasa haiqal ni lambat bercakap la....sekadar cakap 'air', 'nak' tu boleh la..yang lain ckp merepek je...ibu x faham langsung...hihi...xpela, ibu ada jgk tanya mmbr2 ibu tntg anak2 dorg...ada tu lps 2tahun baru boleh petah bercakap...ada pulak lepas 2tahun pun still pelat2...erm...ibu x kisah pun..asalkan haiqal sihat selalu n akan petah bercakap suatu hari nanti...ibu x sabar menanti saat2 itu...mesti byk yang haiqal nak tanya kat ayah n ibu...heheheh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...