Ibu ada followers ke??

Tuesday, April 29, 2008

>> haiQaL nAk Gi sEkoLah <<

haiQaL dah sekolah ke????umur baru 16bulan...haha...mana ada...ni haiQaL nak gi umah Umi (pengasuh) la....hihi..kena tipu...mcm ni la rutin harian haiQaL...ibu bersiap nak pegi keje, haiQaL pun bersiap gak nak gi umah Umi...kadang2 ibu siap mandikan haiQaL sebelum hantar ke umah pengasuh....kadang2 x pun...ikut keadaan n mood ibu.....dalam beg tu ada apa ek???buku ke??x la...ada baju n drypers haiQaL la...kadang2 ibu bawakan bekal tuk haiQaL..kdg2 ibu malas..hihi..




aKtiviti huJung miNggU













lama gak rasanya ibu x update blog haiqal ni...ibu ada keje luar..wat audit kat sekolah, so x masuk la opis..kat umah kita xde internet...tu sbbnya nak update mesti kat opis...20/04/08 yg lepas, makcik, ayahcik n kak G ada dtg umah kita..saja nak ajak kak G jalan2 memandangkan kak G baru abis exam final semester untuk Matrikulasi.....pagi tu lepas sarapan, kita bertolak gi TC (Teluk Chempedak)....haiqal adalah org yg paling suka nak gi jalan sbb haiqal ni kuat berlari..x kira la kat pasaraya ke, taman permainan ke, pasar mlm ke, keje nak berlari je...mcm org x pernah jumpa dunia luar...kalu kat pasaraya tu, ibu n ayah semput dibuatnya sbb haiqal suka sgt ngan tangga eskulator tu...ibu takut haiqal jatuh...tapi haiqal x takut langsung... masa pegi TC pun gitu gak..keje nak berlari...Kak G la org yang paling penat sbb ditugaskan untuk mengawal haiqal...ibu,ayah,makcik n ayahcik sumenya dah surrender x nak jaga haiqal...letih...hehe...betapa 'buas'nya haiqal ni...

*buas : lasak (bahasa trg)






Friday, April 18, 2008

REPORT CARD

Pagi ni ibu xbyk keje...ibu rasa boring lak kat opis ni nak tggu rehat tghari...x tau nak wat apa...so, ibu merepek la nak coret something about u'r report card...ha...jgn main2,kcik2 lagi dah ada report card tau...belum masuk sekolah lagi...tapi semua bby pun ada..bukan haiqal sorang jer....ni la dia report card haiqal yang ibu maksudkan........


kat dalam report card ni ada tercatit berat (kg) haiqal sejak haiqal dilahirkan lagi sampailah besar nanti...ibu nak simpan report card ni nak tunjuk kat haiqal pun, takut ia 'ter'ghaib dulu sebelum haiqal pandai baca...so, ibu catat la kat blog ni supaya haiqal boleh baca bila dah besar nanti yer...berikut adalah berat haiqal sejak keluar dari perut ibu:
  • masa lahir : 3.02 kg
  • 10 hari : 3.2 kg
  • 19 hari : 3.6 kg
  • 1 bulan : 4.7 kg
  • 2 bulan : 5.5 kg
  • 3 bulan : 6.5 kg
  • 4 bulan : 7.4 kg
  • 5 bulan : 7.8 kg
  • 7 bulan : 8.3 kg
  • 9 bulan : 8.2 kg
  • 12 bulan : 9.0 kg
  • 15 bulan : 9.5 kg

masa bby sampaila umur 9bulan, ibu puas hati dgn kenaikan kg haiqal tapi selepas tu merundum sbb haiqal dah mula aktif..merangkak ke sana sini..meniti kat dinding...ibu pulak terpaksa stop BF sbb ibu kena pergi kursus induksi selama sebulan..pastu kena keje sekejap kat putrajya selama 3mggu..terpaksa la tinggal haiqal kat kg dgn ayah n family kat trganu...malangnya BF terpaksa stop...akibatnya anak ibu ni turun berat sebanyak 0.1kg dan ketembaman pun dah berkurang...kesian ibu tgk haiqal bila ibu balik kg..haiqal pun demam masa ibu tinggalkan haiqal....ibu akui, susu ibu adalah susu terbaik di dunia ni...sekarang bila dah 16bulan...lagi la...dgn xnak makan nasi la...aktif bermain hari2...sampaikan pengasuh cerita dgn ibu yang haiqal asyik bermain dgn yaya n wafi sampai x igt nak tido...bila ibu amik n balik umah, barulah sibuk nak tido...walaupun baru pukul 6ptg...kdg2 tido sampai malam tanpa makan...mujurlah nak minum susu banyak....emm...xtau la anak ibu yg sorang ni ....haiqal pun semakin lasak sejak berkawan dgn yaya ni...ibu tgk makin ganas...dulu xla macam ni...skrg ni bila pegi playground ke, taman ke, bila jumpa budak2 sebaya ngan haiqal, mesti haiqal nak tendang la, cakar muka la, cucuk mata la, tarik baju la...emm..camne boley ganas camni...kalu ibu marah,pandai pulak tutup muka tu dgn tgn....pastu x lama, mengaum..huuuuuaaaaahh...anak sapa la ni....

Wednesday, April 16, 2008

..koLekSi KaSut haiQaL..






so far, koleksi kasut haiqal x la byk mana...cuma 5 pasang je (termasuk selipar)..tapi, antara 5 pasang ni, kasut yang haiqal suka pakai ialah kasut yang berwarna oren di atas..heheh....sampaikan tipis tapak kasut tu...xtau la nape...mungkin sbb selesa kot...bila bagi pakai kasut lain,mesti dia tunjuk yang warna oren tu...cerdik sungguh anak ibu ni...
















Tuesday, April 15, 2008

++ NAK START DAH NI ++

ini la dia gaya @ style haiqal bila nak start wat perangai mengada2 dia kat ibu...mentang2 la ibu syg sgt2 kat dia, nak manja lebih2 lak eh....nak ape xtau tu...

GAYA HAIQAL TIDO....

inila cara anak ibu tido...meniarap...kalu tak tido mcm ni,confirm tido kejap je,x sampai pun 1jam...kalu tido ikut gaya ni,pasti tido 2-3jam...lagipun tido cara ni mmg baik untuk para bby...boleh elakkan dari terkena asma, lelah dan sbgnya...ni nurse la yg bgtau kat ibu...tp kalu dalam buai, xde la haiqal tido cam ni.....


Friday, April 11, 2008

BECOMING BABY....

Lilypie Expecting a baby Ticker

***USIA HAIQAL***

Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

aNak siApA ????

haiqal anak ibu ke, anak ayah??? ada orang kata ikut muka ibu...ada lak orang kata ikut muka ayah...tapi masa mula2 haiqal kuar dari perut ibu dulu, ibu tengok muka haiqal sebijik macam muka ayah...dengan gaya rambutnya...tapi semakin membesar ni, ibu tengok xla macam ayah sangat kan....

tapi dari segi perangai n tingkahlaku,ibu tengok haiqal lebih ke ayah...tangan pun ibu rasa 'kidal' sbb haiqal makan ke, pegang barang ke, mesti guna tangan kiri..biar pun ibu dah latih guna tangan kanan,tp haiqal tetap tukar ke tangan kiri..mmg anak ayah la haiqal ni...

tapi, dari segi manja,memang la manja dengan ibu kan...kalu terjaga dari tido,mesti cari ibu dulu..kalu ibu xde,mesti haiqal nangis meskipun waktu itu ayah ada disebelah haiqal kan......mmgla lebih manja dengan ibu sbb haiqal sentiasa bersama ibu..dok kat kuantan ni pun kita berdua je...weekend baru ayah datang sbb ayah kan keje kat trganu...tu sbb haiqal lebih manja dgn ibu...ibu berpisah ngan haiqal bila terpaksa je, contohnya ibu kena pegi kursus ke, seminar ke....terpaksalah haiqal tido dgn makcik dan ayahcik...sbb dorg macam 2nd parents kpd haiqal...sejak lahir,mmg dorg la yang byk menghabiskan masa bersama haiqal...dorg pun anak sorg je...p'puan lak tu..tu yang dorg syg sgt kat haiqal tu...apa je haiqal nak,pasti dorg penuhi...tapi jgn lebih2 manja lak...ibu cepuk kang....(jeles la plak..)

whatever pun,haiqal tetap anak ibu dan ayah.....kami menyayangimu dengan sepenuh hati kami...walaupun x lama lagi haiqal akan bergelar 'abang long',tp kasih syg yang bakal ayah dan ibu beri sama rata dengan adik haiqal kelak...Insya-Allah...











haiQal dimAsukkan ke Wad hOspItaL....




Sehingga hari ini,10/04/08 haiQal sudah 3kali dimasukkan ke wad Hospital Batu 24, Kuala Berang disebabkan beberapa sebab....


  • kali pertama dimasukkan ke wad ketika haiqal berusia 5bulan. haiqal mengalami demam panas sehingga suhu badan mencecah 40.9 darjah celcius...ibu dan ayah terlalu cemas ketika itu kerana ibu pernah mendengar cerita baby meninggal dunia disebabkan demam panas...malam itu, ibu merasakan badan haiqal terlalu panas sehinggakan haiqal menggigil kesejukan...pelbagai cara telah ibu lakukan termasuk memberi makan ubat, celur kepala dengan air sejuk dan air asam jawa tetapi tetap macam tu juga...akhirnya ibu membuat keputusan untuk membawa haiqal ke hospital. disebabkan terlalu panas, doktor arahkan supaya haiqal dimasukkan ke wad kanak2..badan haiqal telah dimasukkan air untuk mengawal tahap kepanasan badan...teringat lagi saat2 nurse cucuk jarum di tangan haiqal untuk memasukkan air...haiqal menangis sekuat hati..ibu juga turut menangis apabila melihat keadaan haiqal...ibu tidak dapat mengawal perasaan ibu ketika itu..sedangkan ibu yang dicucuk jarum pun sudah terasa sangat sakit, inikan pula baby macam haiqal....ibu sangat2 sedih bila memikirkan kejadian tu....hampir 3hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah...

  • kali kedua dimasukkan ke wad apabila usia haiqal 1 tahun 1 bulan. haiqal mengalami cirit birit.ibu pun x pasti apa puncanya...ntahla...time tu badan haiqal juga dimasukkan air ...ibu sedih sama seperti keadaan yang pertama dulu...haiqal apatah lagi...menangis memang x ingat dunia bila kena cucuk dengan jarum...tapi kali ni hanya 2hari 1 malam je di wad sebelum dibenarkan pulang....

  • kali ketiga dimasukkan wad apabila berusia 1 tahun 3 bulan, haiqal mengalami sakit tekak sehingga hilang suara..puncanya adalah musim yang tidak menentu..panas...hujan..ramai juga kanak2 lain yang masuk wad disebabkan penyakit sama...kali ni badan haiqal tidak dimasukkan air tetapi tangan haiqal tetap kena cucuk jarum supaya mudah nurse memasukkan ubat antibiotik. tetapi rasa sakit dicucuk jarum sama je macam sebelum2 ni...haiqal semakin membesar, so tahap volume suara pun semakin tinggi la...kekuatan fizikal juga semakin kuat apabila dia meronta...makcik pun kena tendang..time ni ibu xde,ibu pergi kursus di nilai,N9. makcik dan ayahla yang menguruskan haiqal ketika ini... kali ni,haiqal berada di wad selama 2malam...

PerTaMa Kali BerhaRI RaYa berSama HaiQal...













Hari Raya tahun 2007 merupakan hari raya pertama ayah dan ibu beraya bersama insan yang kami nantikan selama ini...setelah 3tahun ayah dan ibu bergelar suami isteri, tahun ini la kami rasa sangat excited untuk beraya kerana kami boleh membawa haiqal beraya di rumah sanak saudara dan teman2...3 tahun sebelum ini kami hanya beraya berdua memandangkan ibu merancang keluarga semata-mata untuk menamatkan pengajian ijazah ibu...tujuan merancang adalah kerana ibu nak 'grad on time' n xnak extend study...ibu kuatkan semangat walaupun terpaksa duduk berjauhan dgn ayah sepanjang ibu blaja di UiTM Segamat selama 2 tahun..Alhamdulillah, ibu 'grad on time' with 2nd Class Upper..setelah sekian lama menantikan saat ini, akhirnya....>>>>

Pada hari raya ini juga, haiqal berkesempatan mengumpul duit raya....banyak jgk haiqal kumpul..around RM400...tahun ini, kami membawa haiqal beraya di kampung nenek di Parit Sulong, Muar, Johor..ibu telah memilih warna biru tua sebagai warna tema keluarga kita untuk hari raya 2007 ni...nenek di Johor juga ada membuat sepasang baju melayu untuk haiqal berwarna 'light purple'....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...