seperti kaum ibu yang lain, ibu pun perlu menjalankan hari2 berpantang selama 44hari..mcm2 xleh makan..paling ibu tension bila x dpt minum air batu..isshh,geram je tgk air sejuk..tp kadang2 bila ibu xtahan sgt tgk buah tembikai yang tok dah potong dalam peti ais,ibu curi2 gak..tp sikit je la..sekadar nk lepas halwa....nakal gak ibu ni ek??
3hari berada kat umah, haiqal kena kuning..gelabah gak ibu masa tu..ye la ...dengan toki masa tu tgh sakit..tok kena menjaga toki..bukan tu je,esoknya lak toki kena masuk wad sbb badan lemah akibat kencing manis..jadi tinggal lah ibu,ayah dan haiqal je kat rumah..mujurla kuning haiqal tu x teruk..pergi klinik 2 kali untuk cek darah..pastu ok...x sampai seminggu kot..siap mandi daun inai dan daun belimbing besi lagi..ayah kena cari daun2 tu..alhamdulillah sihat semula..masa kena kuning tu,jgn cakapla..haiqal keje nak tido je..kata nurse baby kuning mmg lemah badan..nak tido je..sampaikan ibu bubuh air kat mata haiqal pun,x terjaga gak..masa tu nak ajak haiqal gi klinik cek darah..x bangun2 gak.geli hati di buatnya.
5hari selepas kelahiran haiqal,(28/12/06) ibu dan ayah telah membawa haiqal ke JPN untuk mendaftar nama..pada asalnya ibu nak letak nama MUHAMMAD HAIQAL HANAFI memandangkan ibu suka nama HAIQAL manakala ayah suka nama HANAFI..tetapi akhirnya ayah beralah dan kami setuju memberi nama MUHAMMAD HAIQAL...kami x setuju untuk memberi nama yang begitu panjang kerana ia akan menyusahkan haiqal untuk menulis nama yang panjang ketika hendak menjawab kertas peperiksaan...masa akan terbuang begitu saja dengan menulis nama..hahaha..itu hanya pendapat ayah dan ibu...
sepanjang berpantang, toki banyak kali masuk wad...tinggal kita ber3 di rumah..bayangkanlah saat2 tu nak handle anak sulung..dalam keadaan sakit,ibu kena mandikan dan uruskan haiqal..mujurlah dulu ibu biasa menguruskan adik2 ibu yang masih kecil..makcik2 haiqal pun ada jgk datang tolong uruskan haiqal,tapi terhad la sbb dorg pun ada family sendiri untuk diuruskan..malam pun sampai kul 10mlm je,pastu dorg balik lah umah masing2..ibu terpaksa bertungku tiap2 hari..ayah la yang banyak menolong ketika dalam pantang..bakar tungku, tungkukan badan dan kaki ibu,basuh baju,kemas rumah,masak nasi, dll..kdg2 terpaksa bangun malam untuk temankan ibu sbb haiqal suka tido siang tp bila malam asyik terjaga setiap 1jam...mmg nakal anak ibu ni...
genap 9hari,tali pusat haiqal dah pun tertanggal..ibu ada simpan tali pusat tu sampai sekarang..nanti haiqal dah besar,ibu tunjukkan lah...
tetapi alhamdulillah...sepanjang berpantang,haiqal tidak banyak memberi masalah kepada ibu...haiqal hanya menangis sbb nak susu je..tiada masalah menangis sepanjang malam..pernah suatu malam tu black out, tapi haiqal tetap maintain...x menangis pun bila bergelap...semuanya ok.........
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!