Sehingga hari ini,10/04/08 haiQal sudah 3kali dimasukkan ke wad Hospital Batu 24, Kuala Berang disebabkan beberapa sebab....
- kali pertama dimasukkan ke wad ketika haiqal berusia 5bulan. haiqal mengalami demam panas sehingga suhu badan mencecah 40.9 darjah celcius...ibu dan ayah terlalu cemas ketika itu kerana ibu pernah mendengar cerita baby meninggal dunia disebabkan demam panas...malam itu, ibu merasakan badan haiqal terlalu panas sehinggakan haiqal menggigil kesejukan...pelbagai cara telah ibu lakukan termasuk memberi makan ubat, celur kepala dengan air sejuk dan air asam jawa tetapi tetap macam tu juga...akhirnya ibu membuat keputusan untuk membawa haiqal ke hospital. disebabkan terlalu panas, doktor arahkan supaya haiqal dimasukkan ke wad kanak2..badan haiqal telah dimasukkan air untuk mengawal tahap kepanasan badan...teringat lagi saat2 nurse cucuk jarum di tangan haiqal untuk memasukkan air...haiqal menangis sekuat hati..ibu juga turut menangis apabila melihat keadaan haiqal...ibu tidak dapat mengawal perasaan ibu ketika itu..sedangkan ibu yang dicucuk jarum pun sudah terasa sangat sakit, inikan pula baby macam haiqal....ibu sangat2 sedih bila memikirkan kejadian tu....hampir 3hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah...
- kali kedua dimasukkan ke wad apabila usia haiqal 1 tahun 1 bulan. haiqal mengalami cirit birit.ibu pun x pasti apa puncanya...ntahla...time tu badan haiqal juga dimasukkan air ...ibu sedih sama seperti keadaan yang pertama dulu...haiqal apatah lagi...menangis memang x ingat dunia bila kena cucuk dengan jarum...tapi kali ni hanya 2hari 1 malam je di wad sebelum dibenarkan pulang....
- kali ketiga dimasukkan wad apabila berusia 1 tahun 3 bulan, haiqal mengalami sakit tekak sehingga hilang suara..puncanya adalah musim yang tidak menentu..panas...hujan..ramai juga kanak2 lain yang masuk wad disebabkan penyakit sama...kali ni badan haiqal tidak dimasukkan air tetapi tangan haiqal tetap kena cucuk jarum supaya mudah nurse memasukkan ubat antibiotik. tetapi rasa sakit dicucuk jarum sama je macam sebelum2 ni...haiqal semakin membesar, so tahap volume suara pun semakin tinggi la...kekuatan fizikal juga semakin kuat apabila dia meronta...makcik pun kena tendang..time ni ibu xde,ibu pergi kursus di nilai,N9. makcik dan ayahla yang menguruskan haiqal ketika ini... kali ni,haiqal berada di wad selama 2malam...
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!