Memandangkan ibu terlewat menulis blog ni,ibu akan cuba untuk mengingati kembali detik2 manis dan bersejarah melahirkan haiqal,anak yang ibu dan ayah sayangi...ibu amat menghargai saat2 itu di mana Allah telah menganugerahkan rezki yang paling besar dan tidak ternilai dalam hidup ibu dan ayah.....
Tanggal 21/12/2006, jam 2.30ptg ibu telah diarahkan oleh doktor di klinik kuala berang untuk masuk hospital memandangkan kandungan ibu sudah masuk 38mggu...ibu menghidap kencing manis sewaktu mengandungkan haiqal dan disebabkan takut haiqal semakin membesar dan lemas disebabkan kencing manis tersebut, maka ibu diarahkan untuk berjaga2 apabila kandungan memasuki 38mggu.
petang 21hb tersebut,setelah ibu mendaftar masuk ke wad menunggu bersalin, jalan untuk melahirkan telah terbuka sebanyak 1cm..ibu pun x sangka dah terbuka jalan walaupun waktu itu ibu tidak langsung merasa kesakitan...
pada keesokan harinya, 22hb jalan sudah terbuka 3cm...ayah,ayahcik dan makcik seperti biasa melawat ibu di wad apabila dibenarkan..mereka ber3lah yang setia menemani ibu di hospital..apabila ibu melihat seorang demi sorang bakal ibu menahan sakit ingin melahirkan,ibu menjadi takut..apakah nasib ibu pula..pada hari ini,bukaan hanyalah 3cm..lambat rasanya masa untuk terbuka jalan supaya ibu dapat melahirkan haiqal dengan lebih cepat..walaupun excited nak dapat haiqal waktu itu,perasaan takut tetap ada...sehinggakan ibu minum semua minyak selusuh yang tok bekalkan kepada ibu ketika ibu nak masuk hospital even sebelum itu ibu x terpikir langsung nak minum minyak tersebut... ibu juga sempat menelefon nenek di kluang mengadu ketakutan yang ada. tapi nenek telah memberi kekuatan kpd ibu dan katanya semua para ibu merasa kesakitan yang sama..cuma lama atau sekejap je...
pada hari ketiga di hospital k.tganu,23hb seperti biasa ayah dan makcik melawat ibu di wad..mereka kata bila la ibu nak bersalin memandangkan mereka kerap kali berulang dari wakaf tapai ke bandar semata-mata untuk melihat ibu..mgkin mereka penat bekerja sebelum melawat ibu...kesian mereka..ibu pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti sbb ibu tidak langsung merasa ksakitan yang teramat untuk melahirkan..petang itu, pada pukul 7ptg, ayah dan makcik pulang setelah habis waktu melawat..
pada pukul 8 lebih, 23hb ibu mula merasa kesakitan yang teramat..tetapi ia datang hanya seketika...ibu menangis kerana di saat ini,ayah tiada di sisi..ibu menangis sambil menelefon makcik, nenek di kluang...pada pukul 9 lebih,ibu telah di bawa ke labor room memandangkan jalan telah terbuka 7cm..ibu mengemas brg2 keperluan baby untuk dibawa bersama ke labor room..nurse yg bertugas telah membawa ibu ke labor room dengan kerusi roda..
masuk saja ke labor room, nurse meminta ibu untuk menukar baju yang sesuai untuk melahirkan..nurse menyuruh ibu menunggu jalan terbuka sehingga 9-10cm..pada pukul 10 lebih, ibu merasa sakit dan jalan telah terbuka sebanyak 9cm..nurse suruh berjaga2 kerana di saat ini ibu boleh melahirkan pada bila2 masa saja. tetapi ibu tidak merasa sakit..hanya datang sekejap2 sja..
alhamdulillah..sebelum melahirkan , ayah,makcik dan ayahcik telah sampai semula ke hospital.ayah telah dipanggil masuk ke labor room dan ayah adalah di antara saksi yang melihat kelahiran haiqal..pada pukul 11mlm,ibu mula merasa sakit untuk melahirkan.seramai 4org nurse yang menanti kelahiran haiqal,termasuk ayah..ibu mula meneran..tetapi ibu xtau cara meneran yang sebenarnya..ibu hampir mengalah.tetapi nurse marah kalu ibu mengalah..ibu tetap jgk meneran waktu itu...ibu meneran hampir 30minit..tepat jam 11.32mlm, haiqal yang ibu nanti2kan telah selamat keluar dari rahim ibu, dengan berat 3.02kg...
ibu menangis semahu2nya kerana ibu rasa teramat2 bersyukur ke hadrat Allah. 'Dia' telah memberi nikmat yang tidak ternilai kepada ibu dan ayah..ibu rasa bertaubat dan insaf yang teramat sangat dan ibu berjanji kepada tuhan,ibu xkan lalai dengan suruhannya selepas ini..ibu juga menangis mengenangkan jasa2 arwah emak ibu yang telah pergi 7 tahun lalu...kalau lah arwah ada..............
ibu telah dibenarkan pulang ke rumah pada keesokkan harinya, jam 1 tghari memandangkan haiqal dan ibu tidak mengalami sebarang masalah...Syukur Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!