Ibu ada followers ke??

Monday, April 26, 2010

TRAGEDI 22 APRIL

Pada 22.04.10 yang lalu, ayah dan along terlibat dalam satu kemalangan jalan raya..dalam pukul 3.15pm, ibu di pejabat mendapat kol drpd ayah...''yati, abang excident ni kat bukit payung''...berdebar hati ibu mendengar..dan kebetulan ayah x sempat lagi matikan handphone dia, ibu dgr ''encik, encik, tolong.. mata anak saya''...apa lagi, semakin berderau darah ibu..ibu tergamam x terkata..ibu cepat2 bersiap dan ibu bgtau kat org2 opis ''laki aku excident, siapa nak hantar aku??''...tp ibu terkilan sbb xde sorang pun staf di tingkat ibu yang offer diri nak hantar.. ibu sangat sedih.. dlm keadaan kecemasan macam ni pun, dorg masih berkira2 nak hantar ibu... akhirnya ibu terus turun ke tingkat bwh utk bgtau bos ibu.. dan kebetulan, en Rosla dtg..(kwn opis ibu).. kbtln umah dia menghala ke kawasan kemalangan..ibu dgn x malunya minta tlg dia hantar ibu... alhamdulillah, en Rosla x keberatan untuk hantar...dalam perjalanan, ibu sgtlah berdebar mengenangkan nasib anak ibu.. ibu x fikir dah pasal ayah, sbb ibu dgr suara ayah ok...ibu cuma takut along sakit.. ibu sayang along.. macam2 yang ibu fikir..

Bila sampai je kat tmpt kejadian, ibu tgk kereta ayah teruk.. pecah cermin depan.. lagi la ibu fikir yang bukan2 sbb xde org dh kat kawasan kejadian kecuali org yg nak tunda kereta.. ibu meluru ke arah org tu dan bertanya mana ayah dan along... org tu kata ''sabar kak..mereka xde apa2... mereka selamat dan ada kat klinik tu'' sambil tunjuk ke arah klinik berdekatan.. lega ibu .. tanpa buang masa, ibu berlari ke arah klinik tersebut.. ibu berdebar2 saat itu.. ibu takut along kesakitan.. sampai kat klinik, ibu lega tgk along sihat... cuma tepi mata along terkena sikit serpihan kaca.. mujur x kena mata.. Alhamdulillah.. ayah pulak luka kat belakang lengan akibat terkena kaca.. ayah kena 7 jahitan..

Kemudian, en Rosla terus menghantar ibu dan along ke Hospital Nur Zahirah untuk merujuk luka along kat doktor... Along cuma diberi ubat sapu.. doktor kata nak jahit x berpadanan sbb sikit jer.. dan lagi kulit muka sangat tipis.. ibu pun lega bila doktor kata xnak jahit.. kesian along kalu kena jahit.. Ayah pulak terus menguruskan kereta untuk ditunda dan membuat polis report..

Punca kejadian tersebut ialah motor yang dibawa oleh seorang tua (umur dalam 60-70an) telah masuk ke lorong ayah dengan tergesa2 sbb nak kejarkan u-turn kat depan.. anak kepada pembawa motosikal tu pun dah minta maaf kat ibu sbb katanya '''kami adik beradik marah dh ayah bawa motor..dia x berapa sihat..kaki dia pun x berapa kuat.. motor tu baru je beli..dia degil xnak dengar kata''.. tp bila buat report, polis seolah2 menyalahkan ayah...maklumlah, org muda & org tua... nampak mcm org muda yang bersalah... tp keputusan belum diputuskan lagi sbb penunggang motosikal tu masih kat hospital..

ni gambar along masa hari kejadian..habis baju dia berlumuran dgn darah ayah + darah along.. bau mmg kurang menyenangkan..
sehari selepas kejadian

25.04.10- ibu cuti kerja..xde transport nak gi keje..ayah nak hantar naik motor tp hujan..hari tu gak ibu amik keta ibu kat bengkel..keta dh siap tp ada satu barang lagi nak kena tukar..brg telah di order (stereng rex). betul ke ejaan tu?? tp amik masa 4-5hari gak nk dapat..bila brg tu dh sampai, ibu kena hantar balik kereta ibu..then, lepas amik kereta ibu, ayah singgah kat bengkel dia hantar kereta.. nak tengok keadaan kereta dia..maklumlah cermin depan pecah, hari lak hujan, takut mekanik x tutup kereta ayah.. tp mujurlah mekanik tu cerdik.. kereta ayh ditutup dgn kotak.. selamatlah seat keta ayah.. ayah hanya bimbangkan seat dia tu jer.. ibu sempat la snap sikit gambo kereta ayah time ni...
serpihan kaca bertaburan dalam kereta


4 comments:

  1. ya Allah, teruk jugakkan..nasib baik dua2 tak apa2..tapikan, mmg berderau darah kan kalau dpt berita camni melibatkan ahli keluarga..moga kita semer selamat

    ReplyDelete
  2. betul la siti..masa yatt dapat kol mmg lemah longlai tubuh yatt..rasa cam nak melayang2 jer...tp bila dh tgk anak n hubby selamat, baru la rasa boleh bernafas...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. hopefully along dah okay & tak trauma... memang seriau kan bila dpt berita camni...

    yatt ni di KT ya... rindu lah dgn KT, kakyong masa sek rendah dok di seb. takir..

    ReplyDelete
  4. oh ye ke??cuti nant mari la sini...hilang la rindu tu nnt..

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...