Ibu ada followers ke??

Saturday, June 23, 2012

Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam

Sekadar untuk peringatan kepada kita sebagai orang Islam...

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;

- Mengapa orang Islam sembah ka’abah

- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.

- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3

- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….

Untuk lebih tepat lagi mengenai kisah ini, saksikan ceramah beliau. Dibawah ini video ceramahnya – Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Bahagian:

1 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

2 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

3 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

4 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

5 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

6 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

7 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)


credit to :  http://rahmanhatim93.blogspot.com/2012/06/kisah-anak-paderi-memeluk-agama-islam.html

Friday, June 22, 2012

sesi memanjakan diri + habiskan duit

Sekarang ni ibu dah mula berjinak2 dengan sesi memanjakan diri ni..
baru2 ni ibu nampak iklan kat suratkhabar yg True Harmony (embassador: Vanida Imran) buat promosi pelangsingan badan 10 sesi hanya RM388
promosi telah tamat yer
so, tanpa fikir panjang ibu pun nak cuba memandangkan harganya yg sgt2 berbaloi..
terus call no phone pusat pelangsingan tu nak tau lokasi..
then esoknya terus buat appointment...
kalu bukan promosi, 1 sesi je more than RM500..
but now 10 sesi only RM388..
ibu pun teringin nak try facial gak...tambah lagi RM280.. 
mengalir derasss duit ibu..
tp xpe, memang superb....
dengan bilik yang privacy, disajikan bau yang harum, dan musik yang menenangkan...
best3...boleh release tension & penat seharian bekerja + melayan keluarga...
ini boleh dianggap reward utk diri sendiri la kan setelah berusaha keras dptkan customer beauty business ibu...

inilah dia pusat pelangsingan tu..
 reception
 member opis pun ada gak nak buat treatment...
Actually rawatan ni bukanlah utk kecantikan semata2..tp utk kesihatan + kesegaran badan gak..
consultancy room 2
 mesin penimbang...lengkap..boleh tahu jisim badan, kandungan air dalam badan,
 fat disetiap bahagian- mana yang perlu dan mana yg x perlu
 
bilik utk detox

ready for treatment

sebelum dibalut dengan hot blanket, badan diurut dulu dan disapu dengan garam..
(gambar hiasan)
 kemudian baru dibalut dengan hot blanket utk proses detox seluruh badan...(20-30 minit)
kesannya byk peluh yang keluar beserta toksid dalam badan..
masa mula2 buat dulu, air peluh kaler kekuningan tau.
eii, ngeri je tgk..
tapi bila dah byk kali, toksid dalam badan pun berkurang..
memang panas dok dalam blanket ni, kalu ada tekanan darah rendah mmg ssh nak tahan..boleh pitam tauu..
Tapi ibu Alhamdulillah..bereh belaka..
(gambar hiasan)
 ni pulak mesin sinaran ultra merah utk burn fat
ibu sedang dipancar dengan ultra merah tu..
sebelum tu peha & perut disapu dengan minyak (apa ntah namanya) utk mempermudahkan sinaran meresap masuk ke dalam lapisan kulit... 
(20-30 minit)
sinaran ultra merah
selepas selesai treatment, ibu disuruh mandi bersihkan diri
kemudian tiba untuk foot spa pulak...
 
 muka berseri2 je lepas jalani treatment...best sgt2..badan segar...
masa ni muka bebas bedak/krim..
sebab masa proses detox tu, muka pun habis berpeluh..
Actually, masa ibu buat entry ni,ibu ada 2 sesi lagi..
pakej ibu ni include gak sesi sedut lemak tapi ibu xde amik gambar...
biasanya,sesi sedut lemak tu kalu harga sebenar memanglah mahal iaitu RM688 bagi 1 sesi...
so bila ibu nak include sesi ni, detox telah dikurangkan jadi 6 kali sahaja..
tapi kira ok dah tu...jauh lebih murah daripada harga sebenar..
so, the next appointment is on next Thursday...can't wait
daaaa..

ultraman

bila anak2 ibu dah jadi ultraman..




Assessment for Juruaudit

Alhamdulillah.. SPA dah kuar nama2 yang dipanggil untuk assessment bagi jawatan Juruaudit W41
Rasanya kali ni SPA panggil pegawai2 Audit Negara dulu yang ada dgree tp still post diploma
InsyaAllah, ibu akan buat yang terbaek untuk masa depan anak2 ibu..
Experience masa assessment Penguasa Kastam dulu akan ibu gunakan...insyaAllah 

Tuesday, June 19, 2012

lawatan pra sekolah 2012

penat2 balik keje tadi, tengok surat ni atas rak tv
tuan badan xde umah..
haihhh, lawatan la pulak...
masalahnya, boleh caya ke kat anak ibu yg super duper aktif nih...
takut cikgu x terkawal jer...

kalu tahun lepas gi zoo Kemaman... entry disini
best la gak..
adik lak plan2 dah nak ikut jugak kalu tahun ni ada gi rombongan ke mana2 tempat yg bestt..
nampaknya adik xde chance la...dekat je pun..kat Kuala Berang..

pemeriksaan kesihatan - LPPKN

Seperti biasa sempena Hari Ibu (Mei), Hari Bapa (Jun) & Hari Penduduk (Julai), LPPKN akan mengadakan perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada orang awam..
seminggu sahaja (17 - 21.6.2012)..
dan kebetulan pej LPPKN ni dekat jer ngan opis ibu, ibu pun x lepaskan peluang nak buat check up
sebelum opis LPPKN ni berpindah ke sini pun, ibu biasa ke tempat lama (di Hospital besar Sultanah Zahirah) untuk buat pemeriksaan..
Actually ibu dah buat check up pada 17.6.2012 (hari pertama)..
so hari ni, 18.6.2012, ibu cuma temankan member opis ibu gi cek sebelum kami makan pagi..
opis ditingkat atas...
LPPKN bawah Kementerian Pembangunan Wanita
Kak Zi mendaftar, ibu duduk saja
 alat ukur tinggi
 waiting time...mujur ada tv
 kawan ibu pun ada sama nak buat check up


 So, apakah keputusan pemeriksaan ibu yer agak2nya??
Alhamdulillah..semua bereh...
 Indeks Jisim Badan : 22
Normal : 20.0 - 24.9
Obe Tahap I : 25.0 - 29.9
Obe tahap II : 30 - 39.9
Obe tahap III : > 40.0

Tekanan darah : 108/83
Normal : < 140/ < 90

Glukose : 5.7 (x puasa)
Normal   : puasa 3.5 - 5.6
                      x puasa : 5.7 -11.1

Kolestrol : 4.49
Normal : < 5.2

nampaknya glukose ibu tu paling rendah kalu x puasa..
bahaya gak tu kan??
gula pun penting untuk tenaga..
ni mesti sebab ibu berdiet nih...kurang makan/minum manis dan banyak minum air masak...

Ibu pun x lupa buat pemeriksaan PAP SMEAR iaitu untuk kesan kalu ada barah rahim/atau apa2 ketumbuhan/penyakit kelamin dsbnya..
So, next month ibu akan datang lagi untuk compare result...
daaaa...

exit meeting

Pada 19.6.2012, ibu sertai exit meeting di sebuah Agensi di Marang, Terengganu..
meeting bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 1.00tghari.
meeting ini bertujuan utk membincangkan tentang penemuan2 Audit dan jalan penyelesaiannya..
ia mengambil masa yang panjang (4jam) kerana melibatkan 2 jenis auditan iaitu pengauditan penyata kewangan dan pengurusan kewangan AI yang masing2 dibuat oleh 2 seksyen Audit yang berlainan..



 ibu tukang klik2 yer

 ibu & pija (x-section mate)
 pose dulu sebelum makan

 kak yatie - seksyen Syarikat I

lunch tengahari disediakan
 kak earnie - seksyen PBT
lauk yang fresh..daerah tepi pantai, lauk pun segar2
 nasi ibu

dan yang palingggg besttt ialah dapat cenderahati yang sangat istimewa dari Auditi
semua wanita menyukainya...ibu pun suka..
orang nak bagi, kita amik kan...hehe
 

Monday, June 18, 2012

cake ohhh cake

hari ni ternampak secret recipe tetiba teringin lak nak makan favorite cake ibu iaitu chocolate indulgence..
tapi yang menjadi masalah utama ialah ibu still on diet...
pagi tadi makan pagi lewat, makan dah pukul 11.00 pagi..
so, apa lagi, makan tghari terus la...
tp nasi separuh je ok!!

Lunch time tadi xtau nak gi mana sebab masih rasa kenyang..
tapi tetap dengan keinginan nak makan cake..
Akhirnya decide nak gak makan cake..
Ingat lagi arwah mak kata, bab makan2 ni janganlah ditangguh..
sebab apa, kalu tetiba kita mati atau orang yg nak makan tu mati, kita akan menjadi ralat sangat sebab keinginan dia tidak dipenuhi...
Bab makan memang arwah mak pantang sangat kalu x ditunaikan...
so, dengan reason itu, ibu pun ke secret recipe...
chehhh..alasannn

mula2 tu nampak cake ni...
HI-FIBRE CHEESE CAKE
namanya pun nampak macam utk orang2 yang diet...hehehe
bila tanya pelayan tu, dia pun cakap ia sesuai untuk orang yang menjaga kesihatan...
so, ibu pun beli la sebab nak try mcmana rasanya...
bila makan, not bad la...sedapp gak...tapi yang pelik manis tetap manis...
kata untuk kesihatan....adoyaiii..


 ibu beli CHOC INDULGENCE ni gak sebab memang dah favorite kan...
tapi x habis makan lagi nih...
baru suku...kena bawa balik la ni nampaknya..
cake ni mula2 makan mmg sedappp.
lama2, muak la...

Alhamdulillah... dapat gak merasa..
macam x penah makan la pulak yer..
Semalam cek kesihatan percuma kat LPPKN semua ok...
glukose rendah, kolestrol rendah, tekanan darah ok, jisim badan pun normal...
tu yang ibu decide boleh makan cake hari ni...
x ingat malam tadi dah baham black forest gak..
gula pun kena amik juga sikit sehari untuk tenaga kan...hehehe
yang penting air masak kena minum banyak yer...daaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...