Ibu ada followers ke??

Saturday, June 9, 2012

Projek seterusnya





Hari ni ibu nak citer pasal umah kita
Actually umah ni umah toki (bapa kepada ayah)
Tapi telah selamat ditukar hak milik kepada ayah masa usia ayah 18 tahun lagi, memandangkan ayah anak yg bongsu..
Toki buat macam tu sbb takut tanah & umah ni menjadi rebutan anak2nya kalu dia meninggal kelak
Alhamdulillah... walaupun umah kayu je tp ia dah cukup selesa untuk kita sekeluarga..
Rumah ni sgt2 bernilai untuk ayah sebab bukan je sebagai kenangan kepada dia tp jugak ia diperbuat dari kayu cengal..
So atas rasa tanggungjawab nak memelihara kayu umah ni, ayah upah orang untuk mengecat rumah..
kerja2 mengecat selesai pada bulan Apr/Mei 2012 seperti gambar2 di atas.

Pemilihan colour?? off course la tuan tanah..juga merupakan orang yg kuar bajet..
ibu ada gak bagi cadangan tp akhirnya accept gak la cadangan ayah sebab umah kayu, buat la cara umah kayu kan..
kaler pelik2 kang x lawa pulakkk...

Memandangkan rumah dah cat, ada lagi yang kurang iaitu pagar umah
maklumlah, pagar dah terlalu lama, maka sudah rosak dan berkarat
this time, ayah upah orang yang sama untuk buat pagar lak..
kerja2 baru bermula hari ini, 9.6.2012
x sbr nak tgk bila dah siap..
walaupun pagar biasa2 jer, tapi sesuai la dgn umah kampung kan.. :)


 
 
so, keje2 hanya selesai takat ni je pada hari ini, lainnya akan disambung esok..
walaupun umah kampung je, tp pagar pun penting gak..
Maklumlah orang kampung ni kaya2, harta bersepah2 kat atas jalan..
Sampai terlepas masuk halaman umah orang dan tinggalkan kesan yg wangi gitu...
kita pun ada lembu gak, tapi pandai la sediakan kandang + padang ragut kan...
hehehe..emo la pulak...nak marah seseorang nih...
(lembu pak sedara  sebelah umah..) 

Walaupun umah kita x sebesar dan secantik rumah orang lain, tapi kita sekeluarga dah cukup selesa & bersyukur...
Alhamdulillah...
at least kita x tanggung byk hutang ngan bank dan x menyewa umah orang kan...
x nak la buat org lain jadi kaya sbb kita byr sewa..heheh
niat mmg ada nak renovate umah ni tp tunggu la masa yg sesuai..
buat masa ni mmg x sesuai sebab tok masih ada dan umah ni merupakan salah satu kenangan antara dia dan arwah toki...
kena jaga gak hati orang tua kan even umah ni dah jadi milik anak dia... :)
Semoga Allah memudahkan segalanya,,,Amin 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...