Ibu ada followers ke??

Tuesday, June 12, 2012

produk facial care ibu yang terbaru

Hai...selamat pagi..

hari ni ibu nak citer pasal facial care product yang ibu pakai..
sebelum ni ibu pakai set Safi Rania Gold
so far, ok la produk  ni
x menimbulkan masalah pun..
ia terdiri daripada toner, pencuci muka, skrub, serum & krim pelembab siang
krim pelembab malam mmg x beli sebab ibu ni bukanlah rajin nak pakai bedak sebelum tido kan..hehe
krim kecantikan pun ibu x beli sebab x berapa suka..
kalu pakai muka dah mcm opera cina tu..
ibu nak nampak natural je...kang nanti muka putih melepak, tapi leher gelap je gitu.... plastik la pulak...

 Al-kisahnya, semalam ibu cuti dan sempatlah ke  pusat rawatan kecantikan Dr Azimuth yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, bersebelahan dengan Hotel Grand Continental K. Trg..
Ini la dia tempatnya...



Rawatan yang ibu buat adalah Vitamin C Facial Infusion
harga sebenar ialah RM198
tapi sekarang tgh promosi so harganya RM105 shj
dan kebetulan dalam Majalah Mingguan Wanita ada baucar istimewa, dapat lak harga RM59 shj.. yess, jimat3..
sanggup tu cari majalah wanita tu sebab nak harga yang jauh lebih murah... 
promosi akan tamat pada 30 Jun 2012..

sebelum start sesi facial, ibu disuruh masuk dalam box ni dulu..
nak stim satu badan..
hahah..kelakar ek?? sbb masa ibu buat facial kat True Harmony, stim muka jer... kan nak treatment muka je kan...
Lebih kurang 15minit dok dalam ni, barulah start sesi rawatan muka
yang membezakan facial disini dgn tempat yg lain adalah mesin kat bawah ni...mesin ni namanya
TERAPI FACIAL SOFT LASER DR.AZIMUTH 890NM
masa ibu buat facial kat True Harmony sebelum ni, ada gak guna mesin tp lain sikit la...(ada lagi mesin lain tp xtau nama..hehehe)
so, mana2 pun ok..yg penting tujuan treatment tersebut kan??? 

 masa buat treatment kat sini, kulit muka ibu ada rasa pedih sikit..
bila ibu tanya dengan tukang buat treatment, dia kata produk Dr Azimuth ni ada tindakbalas dengan apa2 kimia yang ada dalam kulit kita
mana la tau sebelum ni ibu ada pakai produk yang mengelupas kulit..
setahu ibu, x pernah lagi la pakai produk yang menggelupas
setakat ni cuma pernah pakai safi dan fair & lovely jer...
then, dia kata myb produk tu ada cuma kita x tau jer...
Tapi rasa2 macam fair & lovely jer..dulu pernah gak dengar citer yang produk tu menipiskan kulit..
so, demi menjaga kulit muka ibu ni, ibu decide nak cuba produk Dr Azimuth tanpa was2...
lagipun ni produk orang Islam kan...so, berani la nak cuba...
satu lagi kesilapan ibu, kulit muka ibu ni jenis kering sebenarnya...
so xpyh dah guna toner..toner hanya untuk kulit muka yg sensitif dan berminyak...
so, ibu hanya beli cleanser (RM40), moisturiser (RM55) dan sunblock (RM53)..
just for trial, tp rasanya xde masalah kot sebab muka ibu bukan jenis yang bermasalah...


 ini pulak adalah vitamin E
3 kapsul ni berharga RM10
hanya perlu sapu di muka sebelum tido..
1 kapsul boleh guna 3-4 kali mean 3-4mlm...
ibu dah try & kesannya mmg besttt
halus mulus je kulit ibu..ngee~

ini dia resitnya... habis RM217..
sempat lagi pagi ni snap2 photo..



sampai sini dulu..daaaa...

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...