Ibu ada followers ke??

Sunday, September 23, 2012

weekend kami anak beranak

weekend yang lepas amat memboringkan..bagi ibu la..
bagi anak2 ibu pulak hari cuti adalah hari yg dinanti2kan..
especially along, suka sangat kalu x sekolah...
tiap pagi bangun pagi tanya ''hari ni hari apa''
suka sangat kalu bgtau dah hari khamis...
ibu boring sebab xde xtvt yang nak dibuat...setakat kemas2 rumah, masak tu benda biasa... rutin... boring gak buat benda yang sama tiap2 hari...
along & farah, mcm biasa la....main..main...main...
penat main, berbaloh pulak..hahaha
xtvt paling dorang suka, main basikal...
pagi2 buta bangun tido, terus turun tanah main basikal...
ibu rasa baguslah, at least gerak jugak minda dorang daripada dok diam depan tv atau komputer kan...
we are in red! 
petang sabtu, ibu ajak ayah jalan2..
ayah bereh jer...
so kami plan gi pantai kelulut, Marang...
lepas asar gerak... macam biasa la, kalu dah sampai sana apa lagi nak buat kalu x makan makanan laut...
sotong udang celup tepung + lauk2 favorite ibu ayah...
kami je pun yang makan, anak2 keje nak mem'babe'
lumba lari la, kejar kucing la, x boleh dok diam langsung..
ibu makan pun x turun nasi ke perut...
keje nak mengawasi mereka...
 nasibla badan anak2 ibu jenis aktif macam ni... tapi lebih baik aktif daripada pasif kan... so, bersyukurlah...
Alhamdulillah... :)

Saturday, September 22, 2012

koleksi baju batik

Pagi ni ibu nak buat entry pasal koleksi baju batik ibu
 atas permintaan kawan ibu yang dok di KL..
maklumlah kat KL susah nak jumpa batik...
so, dengan cara ni,kawan ibu boleh tengok patern mana yang dia berkenan dan minta tolong ibu belikan kat sini...
koleksi ibu pun x banyak mana & x cantik mana.
tapi boleh la kot bagi idea kat dia nak corak macamana...
 ibu asingkan dulu jenis JACQUARD & CREPE

ni dari jenis JACQUARD
kebaikannya : nampak lebih cantik bila dipakai sebab ia berkilat.. selain tu, kaler baju sentiasa nampak baru walaupun dah bertahun2 dipakai..
keburukannya : susah sikit nak gosok dan sedikit panas bila dipakai...

ni batik lukis, x pasti berapa lapis kalernya..
semakin banyak lapis, semakin mahal...
ni batik lukis jugak..tapi bunga patern lama..
ni pun batik lukis..tapi rasanya cuma 3 lapis


 yg hitam ni corak pucuk paku pakis..
batik lukis.. 

 ungu di bawah ni beli pada tahun 2009..tapi still nampak cantik..
corak patern lama..batik lukis gak..

ni batik lukis 5 lapis

ni pun batik lukis.. x pasti bape lapis kalernya..


kat bawah ini pulak dari jenis CREPE
kebaikannya : mudah digosok dan tidak panas bila dipakai..
keburukannya : makin lama dipakai, baju nampak pudar dan kain mudah reput bila dipakai lebih dari 2,3 tahun...

ni batik lukis..tapi corak x naik sebab kain crepe kot..
 ni corak batik digital...guna mesin kot..bukan lukisan...


 ni pun batik digital...kebanyakan kain crepe ibu corak batik digital
batik digital

batik digital 
batik digital 
batik digital 
batik lukisan...ni pun ada lapisan..tapi ibu x pasti berapa lapis..

 2 pasang kat bawah ni dibeli pada tahun 2009, untuk Hari Audit Se-Malaysia..
yang warna coklat ni kira macam baju Jabatan la..

batik digital 


batik lukis 



4 pasang yang bawah ni paling latest... batik for Hari Raya 2012.. semuanya crepe.. :)
ni batik lukis..patern daun cermai kot...

ni batik lukis gak..patern ombak rindu ada bunga...
patern ombak rindu yang awal dulu xde bunga.. 
ni patern bunga apa ekkk?..x pasti la.. tapi ni batik lukis..

 yang ni x pasti lukis/digital?.. patern bunga tulip

yang hitam kat bawah ni corak je batik, tapi kain FUJI...batik lukis..
harga kat sini RM150, after tawar menawar dapat la RM120..

 4 pasang batik kat bawah ni dah selamat diberi ke adik ibu, makde...saje la nak makde pun rasa pakai baju batik...
maklumlah, makde gi keje x pakai baju kurung...
at least boleh gak makde gi kenduri kawen pakai baju batik ni kan..

ni jenis kain jacquard... 
batik lukis, 8 lapis..tukang jual tu kata la..
 yang hijau kat bawah ni sutera crepe, batik digital..
tu la makde (yang bertudung hitam)
yang pink ni pulak jenis jacquard, batik lukis..
antara sutera yang paling awal ibu beli
 tahun 2009 kot kalau x silap..
 baju hijau kat bawah ni jenis kain jacquard..batik digital..
beli masa raya tahun 2010

4 pasang di bawah ni pulak selamat diberikan ke anak sedara, Kak G...
memandangkan Kak G pun baru habis belajar & mengajar sementara di sekolah, kesian jugak kan kat dia..x banyak lagi baju batik...
setiap Khamis kena pakai baju batik...
at least boleh gak la dia bertukar2 pakai untuk ke sekolah kan...
semuanya jenis jacquard...

oren ni batik lukis..patern lama..
ni pun batik lukis..corak abstrak..
pink kuning ni corak batik lukis..
ni pun patern dah lama..
kuning ni batik lukis gak...patern baju & kain kaler lain..
patern lama..

 next target nak beli patern yang paling latest iaitu corak rama-rama..
batik lukis & kain jenis crepe...
cantik sangat.. lebih2 lagi lepas letak batu... :)

kesimpulannya, ibu lebih minat beli yang jenis crepe sebab senang gosok & lebih selesa bila dipakai compare to jenis jacquard...
tapi sebenarnya jenis jacquard lebih nampak cantik & nampak baru bila dipakai...
sekian...

majlis sambut menantu

Pada 16.9.2012, Ahad merupakan hari menyambut menantu di rumah ayah teh..
kebetulan hari Ahad ni juga cuti umum, Hari Malaysia..
seawal 9 pagi, hari Sabtu kita anak beranak dah selamat sampai di rumah ayah teh, konon2 nak tolong kupas2 bawang dan lain2...
tapi pagi sabtu tu kita sampai, bawang2 semua dah siap dikupas...haihh..terlambat la pulak ibu...
kalu kat kluang/ kg tanggol, x siap lagi kupas bawang nih..
tapi kat kampung ni,orang datang seawal 7 pagi...cepat kan???
so, pagi tu sampai ke tengahari, kita dok saje je..lepak2..
orang ajak makan tengahari, kita pun makan...malas dah nak balik umah...
memang niat nak stay sampai petang, mana tau ada benda2 nak tolong kan....
petang tu baru la ada kerja nak ditolong...
jom tengok gambar je la..

farah & along lepak2 tengok tv
 
along dok kat pelamin comel
ibu pun keboringan..gambar snap by farah
dah petang baru kak G dan keluarganya sampai..
tok pulak dah semalaman tido kat umah ayah teh nih..
ni dah maghrib rasanya...along pun dah mandi..
along nak jadi baby
posing jap kat pelamin sebelum esok...
along kacau kak G nak bergambar
kak G, 23 tahun..still available k...baru ni ada orang nak merisik, tapi mak dia x berkenan...
apa kan daya..huhu

sedara mara belah mak teh
sesi makan pulut dengan ikan aye..makan kat beranda dapur...
16.9.2012...Ahad - Hari Majlis
anak2 ibu pakai baju basahan dulu..
maklumlah, sebelum sampai tengahari baju dorang mesti dah lencun..
x ramai orang lagi..masih awal..
sesi memotong buah tembikai
memang x boleh dok diam anak2 ibu nih...
umah ayah teh di bukit payung
kak G & budak comel dari Kemaman baru sampai
Keluarga dari Kemaman baru sampai
tok berjumpa besannya dari Kemaman
Nurul (baju putih)...anak sedara dari kemaman yg sulung..
dah bekerja sebagai nurse...
Raya Haji nak bertunang dah dengan seorang guru..
kak G & adik kepada Nurul
suka sangat farah sakat budak kecik nih
kepenatan
ibu & syakila
nape pulak la tu??

mak syakila, sibuk prepare meja makan pengantin

ibu la yg tukang menjaga syakila
kak G hias meja makan pengantin
adik & 'mak'nya
adik & syahirah

ibu & Nurul
dealer PB gak nih...
bersama anak2 sedara yg dah jadi anak dara..
 fiza & Nurul
fiza & ibu
puteri montel ibu dah turun dah...
pengantin dah sampai
beras kunyit dah sedia nak ditabur

welcoming menantu ke dalam rumah ni

mak pengantin
nak gak dok diam sekejap
pengantin bersama parents pengantin lelaki
adik
pelamin yg simple, amik mak andam punya gak ni tapi simple giler
puteri kecit yg comel


x nampak batang hidung adik





mak2 sedara makan kat dapur jer...


ibu pun x sempat nak bergambar dengan pengantin...
sibuk buat apa pun xtau..
iskkk2..dengan anak2 pulak mengamuk nak tido tengahari tu...
ayah pulak memang x nampak muka dah sehari sebab sibuk menolong di tempat orang menggulai daging...
last2 minit, ibu pun join tido...sedar2 dah asar...
lepas mandi anak2, kita pun gerak balik...semua kepenatan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...