Ibu ada followers ke??

Friday, September 7, 2012

Pemanggang Ajaib

Wahh.. nama pun dah pelik kan...
benda ni sebenarnya ramai dah yang pakai..
kawan ibu pun ada yg dah pakai, macam Cik Nora & Cik Mazian
boleh baca entry Cik Nora pasal benda ni DISINI 
Cik Nora pun ada gak ajak ibu suruh try benda ni tapi ibu x terbuka hati nak cuba..
sebabnya umah kita dah ada alat bakar, yg manual (guna arang) mahupun elektrik (oven) 
kalu bakar ayam/ikan ni ibu rasa lebih sedap kalu guna arang..
Tapi memandangkan Mokcik nak beli, ibu pun nak join sama...
harga RM100 shj.
Mokcik ni jual ikan dalam van...banyak pelosok/ceruk2 kampung orang mokcik gi jual ikan & sayur2 dia...
Mokcik kata ramai orang kampung tu yg dah pakai...jauh dari bandar tu..mayb ada dealer yg dah sampai kat situ kot... :)
haihh, rasa tercabar jugak kan, orang kampung boleh pakai, nape kita masih pakai yg manual & susah2 pulak nak hidupkan api..
tu yg jadi nak try jugak tu...
ini la bendanya...

 hari ni ibu testing bakar 4ekor ikan kembung...
ikan2 dah dilumur dengan kunyit hidup,garam,lada lumat
start nak memanggang...
 api kena kecik jer..baru masak molek..
 daaa..siap dah..x lama pun... ikan pun x besar mana kan...
buka jer penutup tu, harum jer bau daun pisang..
pemanggang ni macam kedap udara la sebabnya pemegangnya tu ada besi magnet..
ia pun boleh diterbalikkan, maksudnya atas bawah boleh dipanggang..
senang la kan...x payah nak terbalikkan ikan tu... :)
 nampak sedap... amat sesuai untuk orang2 yg jaga makan/berdiet macam ibu..
x perlu guna minyak...
pasni nak try masak benda lain lak... kalu rajinla..


No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...