Ibu ada followers ke??

Sunday, September 16, 2012

A B A H a.k.a A T O K along farah

 di saat ibu menaip kat depan laptop ni, ibu rasa rindu sangat2 kat atok..
juga kat ibu & adik beradik ibu yang lain...
bape bulan dah ek ibu x balik johor???
almost setengah tahun (6 bulan)
raya baru ni x dapat nak balik sebab tok terengganu baru sihat..
x sampai hati nak tinggal...
minggu ni pulak anak sedara kawen..1st time lak tu..
pun x sampai hati nak tinggal majlis orang...
so, ibu decide nak balik kluang Raya Haji ni je la..
dah alang2 nak dekat bulan 10 ni kan...

jom tengok gambar keluarga ibu...
ibu x pasti ni tahun bila...
tapi semua ahli ada...
nostalgianya gambar ni... :'(
hari ni ibu rasa nak citer pasal abah ibu/atok..
Alhamdulillah, atok sekarang berusia 55 tahun.
Nama atok S.HAMID BIN HJ. MUGARI
atok lahir pada 20.1.1957
atok masih sihat, xde penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis
cuma atok ni kuat merokok, sejak muda lagi...
atok sekarang ni pun x buat apa dah...rehat je kat umah...
maklumlah anak2 dah bekerja, tinggal yang bongsu jer masih di tingkatan 5...
 
 ingat lagi, dulu kami adik beradik semuanya ada 7 orang...
just imagine, atok sorang jer yang keje..nenek x keje...
 kalu nak difikir2kan, mcmanalah atok boleh menjaga kami sampailah kami berjaya masuk universiti kan....
itulah, usaha atok selama ni..
atok memang garang dalam mendidik anak2nya...
igt lagi, dulu kalu kami dapat nombor lebih dari 10, sendiri mau ingatla kan...
nenek pulak selalu berdoa untuk kami...
lebih2 lagi bila peperiksaan besar, mcm UPSR ke, PMR ke, atau SPM..
nenek mesti ada jadual kami...
so, bila time kami start periksa je, nenek pun start baca surah yasin...
harapan dia supaya anak dia boleh jawab dengan tenang...
kalu nenek x boleh sembahyang, nenek suruh ibu atau makde yang baca...
atok hanyalah seorang peneroka felda..
Alhamdulillah, boleh la bagi kami adik beradik makan walaupun bukan lauk pauk yg mewah2...
sekarang ni je nampak peneroka felda senang..
tapi masa zaman kami kecik2 dulu, x sesenang ini...
rumah yang kami duduk, lambat juga nak naik batu berbanding orang lain..
mana tak nya, orang lain x beratkan anak untuk belajar tinggi... 
so, mak ayah sibuk bekerja...
atok pulak anak ramai, duit hasil keje habis untuk urusan persekolahan jer..
kami adik beradik memang akan masuk asrama lepas habis UPSR..
atok suka kami dok asrama...
tu yg belanja habis banyak kat kami..
ibu pun nanti nak anak2 ibu dok asrama macam ibu jugak la... 
along & farah nak x??

Alhamdulillah, sekarang atok dah senang sikit....
anak2 semua dah keje, tinggal yang bongsu je SPM tahun ni..
atok dah x buat apa2, dok umah je...
biar la atok berehat secukupnya sebab selama ni dia dah puas bekerja berat untuk anak2...
dan sekarang dah sampai rezeki buat rumah baru...
ibu pun x dapat nak tengok rumah lama dirobohkan..
Raya Haji ni kalu kita balik, off course rumah still in progress..
dapur x roboh dah sebab dah buat sebelum tu lagi...

ibu doakan, atok sentiasa sihat walafiat dan dipanjangkan usia...
walaupun ibu berkahwin sebelum sempat membalas jasa atok, ibu boleh lakukannya sekarang..
semoga ibu dapat membalas jasanya hingga ke akhir usia..
sayang atok selalu...

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...