Ibu ada followers ke??

Saturday, September 22, 2012

koleksi baju batik

Pagi ni ibu nak buat entry pasal koleksi baju batik ibu
 atas permintaan kawan ibu yang dok di KL..
maklumlah kat KL susah nak jumpa batik...
so, dengan cara ni,kawan ibu boleh tengok patern mana yang dia berkenan dan minta tolong ibu belikan kat sini...
koleksi ibu pun x banyak mana & x cantik mana.
tapi boleh la kot bagi idea kat dia nak corak macamana...
 ibu asingkan dulu jenis JACQUARD & CREPE

ni dari jenis JACQUARD
kebaikannya : nampak lebih cantik bila dipakai sebab ia berkilat.. selain tu, kaler baju sentiasa nampak baru walaupun dah bertahun2 dipakai..
keburukannya : susah sikit nak gosok dan sedikit panas bila dipakai...

ni batik lukis, x pasti berapa lapis kalernya..
semakin banyak lapis, semakin mahal...
ni batik lukis jugak..tapi bunga patern lama..
ni pun batik lukis..tapi rasanya cuma 3 lapis


 yg hitam ni corak pucuk paku pakis..
batik lukis.. 

 ungu di bawah ni beli pada tahun 2009..tapi still nampak cantik..
corak patern lama..batik lukis gak..

ni batik lukis 5 lapis

ni pun batik lukis.. x pasti bape lapis kalernya..


kat bawah ini pulak dari jenis CREPE
kebaikannya : mudah digosok dan tidak panas bila dipakai..
keburukannya : makin lama dipakai, baju nampak pudar dan kain mudah reput bila dipakai lebih dari 2,3 tahun...

ni batik lukis..tapi corak x naik sebab kain crepe kot..
 ni corak batik digital...guna mesin kot..bukan lukisan...


 ni pun batik digital...kebanyakan kain crepe ibu corak batik digital
batik digital

batik digital 
batik digital 
batik digital 
batik lukisan...ni pun ada lapisan..tapi ibu x pasti berapa lapis..

 2 pasang kat bawah ni dibeli pada tahun 2009, untuk Hari Audit Se-Malaysia..
yang warna coklat ni kira macam baju Jabatan la..

batik digital 


batik lukis 



4 pasang yang bawah ni paling latest... batik for Hari Raya 2012.. semuanya crepe.. :)
ni batik lukis..patern daun cermai kot...

ni batik lukis gak..patern ombak rindu ada bunga...
patern ombak rindu yang awal dulu xde bunga.. 
ni patern bunga apa ekkk?..x pasti la.. tapi ni batik lukis..

 yang ni x pasti lukis/digital?.. patern bunga tulip

yang hitam kat bawah ni corak je batik, tapi kain FUJI...batik lukis..
harga kat sini RM150, after tawar menawar dapat la RM120..

 4 pasang batik kat bawah ni dah selamat diberi ke adik ibu, makde...saje la nak makde pun rasa pakai baju batik...
maklumlah, makde gi keje x pakai baju kurung...
at least boleh gak makde gi kenduri kawen pakai baju batik ni kan..

ni jenis kain jacquard... 
batik lukis, 8 lapis..tukang jual tu kata la..
 yang hijau kat bawah ni sutera crepe, batik digital..
tu la makde (yang bertudung hitam)
yang pink ni pulak jenis jacquard, batik lukis..
antara sutera yang paling awal ibu beli
 tahun 2009 kot kalau x silap..
 baju hijau kat bawah ni jenis kain jacquard..batik digital..
beli masa raya tahun 2010

4 pasang di bawah ni pulak selamat diberikan ke anak sedara, Kak G...
memandangkan Kak G pun baru habis belajar & mengajar sementara di sekolah, kesian jugak kan kat dia..x banyak lagi baju batik...
setiap Khamis kena pakai baju batik...
at least boleh gak la dia bertukar2 pakai untuk ke sekolah kan...
semuanya jenis jacquard...

oren ni batik lukis..patern lama..
ni pun batik lukis..corak abstrak..
pink kuning ni corak batik lukis..
ni pun patern dah lama..
kuning ni batik lukis gak...patern baju & kain kaler lain..
patern lama..

 next target nak beli patern yang paling latest iaitu corak rama-rama..
batik lukis & kain jenis crepe...
cantik sangat.. lebih2 lagi lepas letak batu... :)

kesimpulannya, ibu lebih minat beli yang jenis crepe sebab senang gosok & lebih selesa bila dipakai compare to jenis jacquard...
tapi sebenarnya jenis jacquard lebih nampak cantik & nampak baru bila dipakai...
sekian...

10 comments:

  1. yatie, comei2 la baju ko...aku minat yang patern paling baru tu, rama-rama..satu lagi nak yang bunga tulip tu..nanti aku bank in duit siap dgn upah ko eh...tqvm

    ReplyDelete
  2. yatt, nak jugakkk.. nanti aku sms ko mana patern yang aku nak

    ReplyDelete
  3. ye pijot & ina..boleh jer...nanti dah bankin bgtau..jgn lupa duit kopi aku..huahuahua

    ReplyDelete
  4. Hahaha..aku dapat free jer...tq kak yatie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ho la...apa jer aku x bg kt ko mi.. Gelang rantai pun aku bg..ko je x pndai jg.. :(

      Delete
  5. Salam...beb ko buat dah entry ni..cantikII baju ko. Nnt aku msj mana aku nak k... Ko dah beli belum yang rama- rama tu? Nnt upload gambar corak rama-rama tu eh kalu ada.

    ReplyDelete
  6. Wei.haahla.lupa bgtau ko..pijot yg srh ri tu.
    Aku beli dah rama2 tu 2psg..nnt r dah siap buat baju baru aku upload..hahaha

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sis...

    Berminat dengan sutera?

    Sila like page

    FB : TSUKI MOON SHOP
    INSTAGRAM : TSUKI MOON SHOP
    EMAIL : TSUKIMOONBULAN@GMAIL.COM
    SMS/WHATSAPP : 017-6052330

    THANKS.

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...