Ibu ada followers ke??

Saturday, November 3, 2012

lokcin datang dari Rantau Panjang

Aidiladha yang lepas, ibu kirim cik Yann lokcin sebab ibu x pernah lagi makan lokcin tu..
apakah rasanya??

selama ni dengar dari cik yann & cik Nora jer.. 
kebetulan mak cik Yann yang jual, so mudahlah nak dapat stok..hehe
So, khamis yang lepas ibu beli dari cik Yann berharga RM10.
banyak jugak isinya..
memandangkan semalam sibuk membakar lemang, baru hari ni berkesempatan nak bakar lokcin ni pulak..

ok, lokcin siap disusun dalam pemanggang ajaib..

memang betul ajaib pemanggang nih...
kejap je dah masak...
taraaa...habis hitam ibu kejekan.. :)
 siap utk dimakan..
sekali dengan kuahnya..
lokcin ni ibu rasa x jauh beza pun dengan yong tau fu, cuma kuah dia je la yang lain..
kuah lokcin ni memangla sedap macam cik Nora kata..masam2 manis..
pedas pun boleh tahan juga..
yang ibu suka hotdog tu la, lain dengan hotdog yang biasa..
TQ cik Yann! dapat jugak rasa lokcin nih :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...