Ibu ada followers ke??

Thursday, November 29, 2012

Anugerah Nadi Negara 2012


KUALA LUMPUR - Penganugerahan Anugerah Nadi Negara kepada graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada tahun depan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, anugerah yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu telah mengiktiraf kejayaan dan sumbangan seramai 47 graduan wanita IPTA.

"Sebelum ini, kita mengiktiraf graduan wanita yang berjaya tapi buat pertama kalinya tahun ini kita mengangkat sumbangan dan kejayaan graduan lelaki.

"Oleh itu, Wanita UMNO akan memperluaskan pengiktirafan ini kepada graduan lelaki dan wanita di IPTS yang layak pada tahun depan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Nadi Negara 2012 di PWTC di sini semalam.

Wanita UMNO mewujudkan Anugerah Nadi Negara bagi mengiktiraf graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Seramai 11 graduan dinobatkan sebagai penerima anugerah pada 2009, 16 orang pada 2010 dan 20 orang pada 2011.
Tahun ini menyaksikan seramai 32 orang menerima Anugerah Nadi Negara, manakala anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Wanita UMNO yang pertama kali diperkenalkan diberikan kepada seorang Pegawai Penyelidik di Yayasan Sumber Maklumat, Ahmad Wafi Sahedan, 22.



Tahniah ibu ucapkan kepada Kak G kerana menjadi salah seorang penerima Anugerah Nadi Negara ni..
bukan senang nak dapat..
1 universiti hanya ada 2 calon, seorg pelajar lelaki & seorg perempuan
 mesti dah graduate dan keputusan first class dgree..
kiranya anugerah ni untuk student2 yang aktif di universiti, ada sifat kepimpinan & result pelajaran pun baik..
 penerima2 anugerah menerima sebuah ipad 2 + wang tunai RM300..
jom layan jer gambar2 kak G dengan kawan2nya..

Kak G bersama rakan2 puterinya..  
macam pernah ku lihat jer baju kak G ni ek..tapi dimana ya??

sayangnya kak G x bawa keluarga...ayahcik lelah..
ibu ada gak niat nak ikut tapi x boleh sbb sibuk lak minggu ni buat audit interim kat MDHT..
dah la ibu yg kena lead..haihhh~









nama dipanggil untuk terima anugerah
NAZIRAH ADILAH BINTI SHAMSUL BAHARIM
mewakili UPSI



Kak G kata Datuk Seri Shahrizat sangatla mesra orangnya..
siap peluk cium dengan penerima anugerah yang perempuan..

Kak G dengan ipad barunya


persembahan daripada Dato' AC Mizal
sebahagian penerima anugerah


wahhh..bestnya
nak balik dah...
mesti frame keratan akhbar2 yang ada mention nama Kak G..
pasni xde dah peluang macam ni..

ibu doakan semoga Kak G terus success dalam kerjayanya sebagai seorang guru fizik + add math..
sentiasa harumkan nama mak ayahnya & mendapat keredhaan Allah selalu..Amin..

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...