Ibu ada followers ke??

Tuesday, November 20, 2012

jalan jalan cari chicken chop

Malam tadi kita gi jalan-jalan cari makan..
along request nak makan chicken chop sejak semalam lagi..
malam semalam pun kita dah keluar ke Kedai Sri Wangsa Seafood kat Pengadang Baru nak makan chicken chop punya pasal..
biasanya kita makan kat Sri Wangsa, atau kat Water Front jer..
tempat lain x pernah cuba..
 sampai2 kat kedai & dah order air, pelayan kata western food xde la pulak...
ayah pulak nak makan beef steak..keciwa sungguh la mereka...
so makan apa yg ada jer sebab malas nak menghala ke bandar lak...

So, kali ni kita keluar ajak Kak G sekali..
sajalah ibu nak belanja Kak G makan sebab cuti sekolah ni along banyak habis masa dengan Kak G..
Kak G yang jaga along sementara dia belum posting kemana2..
sambil ajar along apa2 yg patut sebelum masuk darjah 1 tahun depan..
 
otw ke bandar, hujan renyai2
singgah Petronas Pengadang Baru, ayah jumpa kawan dia..
projek apa pulak la kali ni
pantang berhenti kat stesen minyak, ada je la benda yang nak dibelinya..
air tin milo sorg se & Mister Potato..
''kenyang'' adik kata..haha

along rebut handphone Kak G sebab nak tunjuk kat ibu gambar pakwe Kak G yg diset as wallpaper..
pandai along menyakat Kak G..
macam2 la adik ni
hujan semakin lebat


sampai dah kat Water Front..
comel kan tugu waterfront nih..boleh bertukar2 kaler :)
(tugu ke?) bedal la...

kena stay kejap dalam keta sebab hujan lebat sangat..
payung cuma ada 1..

Kak G sibuk bermesej dgn pakwe dia kot..hehehe
biasalah, org tengah bercinta..
macam ibu & ayah dulu la..bergayut kat tepon sampai tertido2.. malu jer ^_^
anak2 ibu yg x boleh dok diam..


 ramai gak pelanggan hujan2 macam nih..
sementara tunggu order, ibu mengawal anak2 main..
pemandangan waktu malam..cantik



cehhh..macam apa la pulak along posing macam tu..hihi
adik snap gambar..blur habis..
kalu boleh, nak terjun dalam laut tu..
makanan dah sampai...
kak G & along makan chicken chop..
selera budak ini makan..
esok start dah kena gi tuisyen kat Kuala Berang, Kak G yg hantar..
daripada dok lepak & melayan citer ultraman x habis2 cuti sekolah ni, baik isi dengan perkara berfaedah..
bukan belajar apa sangat pun, cuma belajar supaya lancar membaca, belajar bahasa arab & bahasa inggeris sikit2..
sebagai pengenalan sebelum masuk darjah 1 nanti..
semoga along suka & x bosan gi tuisyen nanti..

ayah sedang menanti makanannya
adik punya, fries jer..x nak makan benda lain :)


ayah melayan along makan..
pandai along makan sendiri guna pisau..
ayah makan fries along sbb along x makan..
yeayy..makanan ibu dah sampai..beef steak...
sama selera dengan ayah.. :)
sedappp...

bil dah sampai...
kali ni ibu yang belanja sebab ayah dah belanja 'present in advance' sempena Anniversary kami yg ke 9 tahun pada 7.12.2012 ini...
 TQ ayah.. luv u so much..muahhhahaaa..
 
lepas makan jalan2 amik angin..
susah sungguh la nak bergambar ber4, dengan anak2 ibu..
kerja nak berlari jer..


jam 10.30 malam sampai umah kita..
otw balik, anak2 ibu dah zzzzzzzzzz dalam keta...
tido kekenyangan..selamat malam....

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...