Ibu ada followers ke??

Saturday, March 30, 2013

impian adik tercapai

impian adik tercapai?? apa impian adik sebenarnya??
sebenarnya adik teringin sangat nak naik bas..
sejak lahir x pernah lagi naik bas..
along pernah jugak la merasa naik bas..
tahun 2008 kita ke Melaka ke umah paklong, naik bas.. masa tu adik dalam perut ibu lagi..
dan pada tahun 2011, along naik bas sekolah ke Zoo kemasik, lawatan pra sekolah Tanggol.
Tahun lepas, ada jugak percubaan kita nak naik bas dari Kuala Berang ke Wakaf Tapai..
ayah tunggu di sana tapi sampai ke sudah bas x kunjung tiba.. punah harapan adik time tu nak naik bas :(     

minggu lepas pun kita dah ke bandar nak naik bas bandar ni...
tapi ibu x tau jadual bas.. so masa kita sampai xde dah bas menghala ke tempat yg kita nak pegi... bas terakhir jam 4.30ptg..
tapi kita sampai jam 5.00ptg... memang bukan rezeki adik..

so this weekend pastikan kita dapat jugak naik bas..
sian adik...

time ni kita dah lama bersiap..tunggu ayah sebab ayah nak bagi makan lembu2 dia dulu..  

si debab ibu nak pakai tudung hari ni..
maybe sbb excited nak naik bas.. 



semua nak duduk depan.. mujur anak ibu 2 orang jer


along amik gambo sendiri..

kita tunggu bas di Taman Shahbandar..
kawan ibu kata bas ada kat sini.. kita nak naik bas hala ke Taman Tamadun Islam..


nak naik bas pegi dan balik... tapi tunggu sampai 11.30 bas masih xde.. haihhh...
Jadual masa seperti di bawah:

tunggu punya tunggu bas x nampak lagi..
lastly kami ke bustand la senang.. pasti ada bas ...
x bagus sungguh la perkhidmatan bas nih..kalu dalam jadual ada jam 11.00 pagi, wajib la amik kat situ kan???
geram jugak dibuatnya..
sampai2 bastand, ada bas bandar nak ke Mydin Mall dan ke Chendering jer...
itu pun bas terakhir sebab nak sampai waktu Solat Jumaat pulak..
dah alang2 sampai ni mesti nak naik bas jugak...
so ayah decide tunggu di Masjid Terapung... kami naik dari sini...
jam 12.00tghari  bas baru gerak...
kita nak berkejar balik rumah pulak sebab ayah nak solat jumaat...
gambar2 kami di dalam bas...
masa ni ayah xtau yang bas x berpatah balik ke bastand...
punya la dah lepak2 dalam bas...
bas ni ber air-cond... tu yg boleh lepak2 baca paper dalam cuaca panas ni..









sukanya adik dapat naik bas

sebelum naik bas, sempatlah mereka nk beli biskut & air nak makan atas bas.. 
macam la nak berjalan jauh kan..

bas dah gerak
dah sampai kat stadium depan hospital besar Kuala Terengganu



siling dalam bas
kat dalam bas pun x boleh dok diam.. jakun la katakan...
sampai perhentian bas Masjid Terapung ayah dah tunggu kat sana..
 terus balik ke rumah dgn segera sebab ayah nak solat Jumaat pulak..
makanan utk lunch pun ibu beli bungkus jer..haha
x sempat nak makan kat kedai..

adik kata dia happy sangat dapat naik bas..
InsyaAllah, tahun ni opis ibu nak buat lawatan ke Langkawi..
kalu jadi, boleh la adik naik bas lagi :)

2 comments:

  1. anak2 zaman sekarang mmg x merasa susah payah naik bas...x mcm kite dulu2...namun ianya satu kenangan indah...
    Langkawi??nk join blh???

    ReplyDelete
  2. Yer betul..sungguh berdikarinya sy dlu blk asrama, blk umah naik bas jer..hehe..

    Langkawi?? Insyaallah kalu ada seat lbh boleh rasanya..akan diusahakan :)

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...