Ibu ada followers ke??

Tuesday, March 26, 2013

Musim Makan Gulai | Cuti Sekolah

cuti sekolah bermula.. 
24 Mac sampai la 30 Mac 2013..
dan bermula la juga musim makan gulai (versi pantai timur) / kenduri kawen (versi johor)..
seawal 23 Mac, kita dijemput ke 3 tempat untuk makan gulai..
banyak lagi sebenarnya jemputan minggu ni, tapi hari ibu keje so x dapatlah ibu nak gi...
jom layan je 'hari makan daging' kat umah orang..huhu

Lokasi pertama: umah kawan ayah.. adik dia yg kawen..
rumahnya kat kampung kita juga..  Kg. Bukit Kuang..


adik yg bagus, nak pakai baju kurung panas2 buta ni :)
 dapat cekedis terus nak makan... macam x pernah jumpa cekedis kan..
 now, on the way nak ke Kg Binjai Kertas...
Lokasi ke 2.. ke rumah sepupu ayah...
anak sepupu ayah yang bernikah... 
tengok, sepupu ayah nak terima menantu dah.. tapi ayah lambat lagi daaa..

anak2 ibu masih hisap botol?? 
ramai yg tegur..
tapi pada ibu x kisahla anak2 ibu masih nak hisap botol pun..
janji mereka nak minum susu.. 
usia macam ni masih perlu minum susu..
cumanya mereka ni liat sikit nak minum guna cawan.. dah ajar tapi x jalan la..
so selagi mereka nak minum susu, hisap je la botol tu. boleh gitu?? 

ibu amik gambo sendiri.. ni aktiviti wajib ok...hihi
 ayunya anak ibu..sopan je duduk belakang ngan ibu.. siap nak pakai tali kaledar lagi..bagus3..



 ibu & Farah Aqilah
 lalu jambatan kat Kuala Berang ni..
ayah mula la buka cerita dulu ayah selalu lepak2 kat tepi sungai nih dengan kawan2 masa zaman sekolah...
maklumlah, zaman sekolah menengah dah dapat motor RXZ..
 keje merempit je la..haihhh..
janganlah along macam tu ye nak :)

 sampai dah kat rumah sepupu ayah...
jumpa Mak Ngah la pulak kat sini..
Mak Ngah & Makcik awal2 pagi dah sampai sini nak tolong2 rewang..



along bila dah berjumpa dengan makcik dia, terus nak ikut makcik..
x nak dah ikut ibu ke lokasi seterusnya.. haha..
puas ibu kecek dia ajak gi majlis kawan ibu, tapi dia x nak..
 kampung wilayah PAS ni.. banyak betul bendera PAS
 Now, hanya kami bertiga ke lokasi terakhir di Seberang Takir...
rumah kawan ibu, Puan Farah Alwani..
tudung adik pun ntah ke mana... panas katanya :)
Sebenarnya ibu x sempat pun nak bergambar dengan pengantin..
masa ibu datang Cik Wanie tengah bersolek nak tukar persalinan yang ketiga..
gambar bawah ni adalah gambar ihsan dari kawan ibu..
 cantik pelamin.. simple but elegent
 adik pose tanpa abang
comel combination kaler cup cake ni :)
cenderahati kepada tetamu
 sebahagian hantaran
setel 3 tempat... kenyang giler.. tu pun lokasi kedua ibu x makan nasi...
makan bubur kacang jer sebab x muat dah perut..
anak2 ibu x makan mcmana pun.. :)

td dalam keta adik buka tudung, tapi nak gi umah kawan ibu, ibu suruh pakai semula...
mujur dia nak :)
on the way balik ke rumah singgah pet shop kat Kg. Durian Burung..
ayah nak beli makanan burung dia..
sejak akhir2 ni suka sangat bela burung gara2 terpengaruh dengan hobi sepupu ayah...
sian ke burung..  haihhh.. ibu marah pun x guna..
tapi ibu tengok minat ayah ni kejap2 jer..
lama2 dia lepaskan jugak burung tu..
macam sebelum ni bela ikan.. mahal2 beli akuarium tapi skrg akuarium tu disimpan penuhkan stor jer. :(

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...