Nak dijadikan cerita sebenarnya petang sabtu ni, 9.3.2013 kami plan nak pegi makan gulai je kat Tapu..
dekat bebenor la dengan kampung kami..
Pok Zaki dapat menantu.. yeayyy!!
Pok Zaki ni ialah orang yang amik upah motong kebun getah tok.. anak lelaki dia pulak amik upah motong getah kebun ayah...
nak x nak, kena pegi jugak la kan sebab orang kita kenal.... x pegi dosa :)
adik bila dah jumpa 'mak' dia, mula la nak selit bawah ketiak jer..
Mak ngah ni adalah pengasuh adik.. manjanya yang amat...
lepas makan gulai adik nak ikut naik keta mak.. tapi mak kata nak pegi bandar, pegi Jom Heboh!!...
ibu pun x tahu menahu pasal jom heboh...
ayah & ibu memang la x berapa berminat nak ke tempat ramai orang macam tu...
crowded.. pening kepala...
penah dulu pegi jom heboh tahun 2010.. masa tu along usia 3 tahun, adik baru setahun lebih kot..
haduiii la.. seksanya bawak anak kecik jalan kat ramai orang... :(
tapi kali ni ayah kalah jugak dengan pujuk rayu anak2, nak pegi jom heboh jugak...adui la~
faham2 je la kalu ada event besar macam ni, bandar jem giler..
tapi Alhamdulillah, sampai je depan opis ibu, ada parking bermeter yang kosong...
x susah cari parking :)
ramainya la orang.. dah la panas giler..
apa yang nak ditengok pun x tahu kat jom heboh ni..
setakat promosi biskut2/cracker tu kat pasaraya pun boleh beli...
alahai.. turutkan anak punya pasal... :)
memikirkan esok dah start sekolah... kesian jugak kat diorang...
nak jugak gi jalan2 hujung minggu kan?
apa la yg ayah bisik kat along tu??
amik la jugak gambar buat kenangan... ayah yg suruh ni..
ayah kata penat2 drive keta sampai bandar tapi singgah kejap jer..
anak2 pun merengek sebab panas sangat cuaca hari ni...
itu la.. ibu tanya along & adik ''siapa yg nak pegi sangat tadi??''
tersengih2 je budak 2 orang ni..hihi
x habis round lagi nak balik dah..
pemandangan memang la cantik...
Bandaraya Persisir Pantai la katakan...
jual payung memang la laku sangat2 hari ni sebab cuaca panas..
belakang tu ada jual tuala murah... 2 helai RM10..
fabrik ok, jenis serap air... beli la 2 helai... daripada x beli apa2..hahaha
anak2 sibuk memujuk ayah dia nak beli topi..macam2 la budak2 ni..
dah dapat..
x sampai 1 jam pun jalan2 kat jom heboh..
sorg artis pun ibu x nampak sebab sibuk melayan karenah anak2 yang dah kepenatan, berjalan dari tempat parking...
round lak dataran tengok2 orang.. nasib la nak oiii....
ayah pulak kena bergegas balik sebab lembu2 dia dah lapo nak makan... aduyaiii :(
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!