Ibu ada followers ke??

Tuesday, July 30, 2013

berbuka puasa diluar

Sejak 1 Ramadhan 1434H, kita berbuka puasa dirumah jer..
sama ada ibu masak sendiri atau beli lauk (kalu ibu malas nak masak)..
tapi kalu beli lauk pun, ibu rasa x sedap mana jugak.. maklumlah peniaga pun berpuasa jugakkan..
x kena dengan selera ibu, so terpaksa lah masak sendiri... 
dengan Tok yang xde kat rumah sbb berpuasa di Kemaman selama 2 minggu (rumah Ayahde).. 
bertukar angin laut pulak katanya :)
ibu ni pulak, bukannya xde skill memasak..
nama pun anak perempuan sulong, mesti la kena tau masak kan..
cuma bila Tok ada, Tok dah buat belaka.. tu yang ibu jadi tuan puteri sokmo tu..hehe


So pada 28.7.13, Sabtu ayah kata ''hari ni x payah masak.. kita berbuka kat kedai jer..''
kebetulan hari tu jugak nak ke bandar, nak beli kasut raya along & farah, dan juga barang2 sikit utk hari raya..
kita book meja dulu, then terus zoom ke bandar...

setel membeli barang2 yang perlu, kita lepak2 dulu kat playground @ Waterfront..
Biasa la anak2 ibu yang aktif ni nak melepaskan ke'buas'an masing2..hehe

sementara menunggu waktu berbuka, dapat juga ibu ayah rileks2 kat playground nih..
budak 2 orang  yang x puasa ni memanglah ligat bebenor..



along snap gambo kami... 
jauh betul la dia amik lajak nak snap gambo..



kami booked meja kat Restoren Thai Lanang..
Jalan Kuala Trg - Kuala Berang..
dekat sikit nak balik nanti.. satu hala jer..

anak2 minum teh-o ais jer.. (dorang yang request)
ayah 1 jug air tembikai, ibu pulak air jambu batu jer :)
lauk biasa la.. siakap 3 rasa (padahal boleh jer masak sendiri..hihi)
kailan ikan masin, telur dadar..
tomyam campur..
sikit je lauknya .. ayah kata ''macam x cukup jer''
tapi bila dah berbuka, ikan siap x habis lagi.. kami kekenyangan...
maybe minum air banyak kot... tapi kami paksa habiskan jugak.. membazir tu kawan syaitan kan..
lepas berbuka kita ke umah Ayahteh di Bukit Payong, singgah solat Maghrib..

Then pada keesokan harinya, ayah buat plan pulak nak makan beramai2 di Dataran Shahbandar..
timbul idea ni sebabnya ayah nampak ada orang bentang tikar masa kami dok lepak kat playground Waterfront semalam..
ibu pun cerita la yg kat Shahbandar lagi best...
ada bazar & makan kat situ jer sambil dengar bunyi mercun tanda dah masuk waktu berbuka..
ayah pun apa lagi, terus plan esok (Ahad) ibu x payah balik rumah, terus tunggu mereka di Shahbandar..
sian lak kat ibu nak drive balik dulu.. :)
ibu siap2 beli makanan ibu jer... wahh.. banyaknya makan..
ibu decide suruh ayah beli sendiri bahagian dia.. sbb ibu xtahu apa selera ayah kan...
paling bestt, ibu jumpa somtam, favorite ibu tu :)
ibu menanti ayah, dari padang ni kosong sampai la penuh manusia..
sorang2 mengambil tempat..
ayah memang dah kata lewat sikit sampai sebab pegi servis keta..
& ibu pulak kena la beli makanan ayah siap2... bimbang sampai2 dah nak berbuka :)
makanan ibu: nasi kerabu ayam berempah.. somtam, pizza Islam (untuk anak2 ibu), kuih2, air bandung cincau..
Ayah: nasi kukus, nasi pataya ayam berempah, air tembikai 3 bungkus (banyaknya makan..haha)
makan sambil suap anak2..

ramai kan orang? memang happening & best berbuka beramai2..
pengalaman pertama.. ayah kata nak pegi lagi lepas ni :)
anak2 ibu sampai dalam pukul 7.00 malam..
masa ni masih terang walaupun dah nak berbuka..

ibu yang penat menunggu :)
masa ni nak gerak balik dah.. makan cepat2 sebab nak kejar waktu solat Maghrib.. 
kami singgah solat di surau sebelah balai Bomba (depan pasar payang).. dekat
on the way balik, ayah singgah beli durian kampung ni kat pasar payang..
biasa makan durian sendiri jer tapi tahun ni x menjadi la pulak..
ayah memang hantu durian... cerewet pilih nak durian kampung jer..
beli 2 utir RM30... mahal sikit tapi sedapp..

3 comments:

  1. Bestnya nampak yatt..Kat Kelate xtau ada ke tidak bukak puasa beramai-ramai mcm ni..kot aku je yg xtau..hehe..

    ReplyDelete
  2. bukan mercun tapi bedil yg bunyi kat Bukit Putri tanda dah boleh berbuka...kalu kat kg. manir still blh dengo bedil tu...dan sahur juga akan dunyikan 2 kali.

    ReplyDelete
  3. suria: best jugak la sue.. cuma x sempatla nak kejar solat tarawih... umah jauh.. buat sendiri2 jer kat umah (kalu rajin)..

    kak nora: tau, nak tulis bedil tapi betul ke?? hehe.. ingat nak tulis 'meriam'..hahah

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...