Ibu ada followers ke??

Tuesday, July 16, 2013

perasan tak??

salam semua...
hari ni ibu nak share sesuatu untuk perkongsian bersama... 
selamat membaca :)
PERASAN TAK??
Duit $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid..
Tetapi begitu kecik bila dibawa ke Shopping mall etc etc..

PERASAN TAK??
30 min begitu lama untuk berzikir..
Tetapi begitu pendek rasanya menonton drama2 di TV..

PERASAN TAK??
Rasa lama sungguh berada die masjid untuk 2jam..
Tetapi begitu cepat rasanya ketika menonton wayang die cinema..

PERASAN TAK??
Begitu susah untuk menghafal ayat-ayat suci..
Tetapi begitu mudah untuk menghafal lagu-lagu kegemaran kita..

PERASAN TAK??
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak..
Tetapi begitu bosan apabila Imam solat terawih bulan Ramadhan lama & panjang..

PERASAN TAK??
Susah sangat nak baca Al-Quran 1Juz sahaja..
Tetapi baca majalah ataqu novel best seller 1000 halaman boleh habis sekejap sahaja..

PERASAN TAK??
Orang berebut depan untuk menonton bola dan concert ..
Tetapi berebut saf paling belakang apabila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar..



Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
* Waktu
* Kata-kata
* Kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang
* Kemarahan
* Keangkuhan
* Dendam

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang
* Harapan
* Keikhlasan
* Kejujuran

Ada 3 hal yang paling berharga
* Kasih Sayang
* Cinta
* Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
* Kekayaan
* Kejayaan
* Mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak
* Komitment
* Ketulusan
* Kerja keras

Ada 3 hal yang membuat kita sukses
* Tekad
* Kemahuan
* Focus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
* Rezeki
* Umur
* Jodoh


TETAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI
** Tua
** Sakit
** Kematian


3 comments:

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...