Ibu ada followers ke??

Wednesday, July 31, 2013

Sumbangan Aidilfitri Oleh JANT

Seperti biasa, bulan Ramadhan ni ramai orang yang nak beramal jariah..
begitu juga dengan Jabatan ibu.. aktiviti tahunan, kami akan sediakan kotak dipejabat, dan sapa2 yang nak bersedekah akan masukkan duit ke dalam kotak tu...
sampai masa, kami akan kira dan agih2kan mengikut senarai yg telah dipilih.. 
sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan dapur..


pada 28.7.2013 yang lalu ibu, Cik Marita, Cik Yatie Hamat dan En Khairul ke Myadin Mall untuk beli barang2 sumbangan..
ibu terlibat sebab ibu adalah Pengerusi Biro Kebajikan Kelab Kebajikan dan Sosial Audit Trg..
mestilah kena turun padang jugak..
antara barang dapur yg dibeli..
balik opis terus agih2kan.. senang.. Hari Selasa nak hantar dah..

Selasa, 30hb.. sampai masa nak agih barang2 sumbangan..
kita gerak dalam 2 kumpulan
group Pengarah & Timbalan..
ibu ikut group Timbalan Pengarah..
posing tu wajib ok! hehe
Group ibu start ke Pasir Panjang dulu..
keluarga ni telah kehilangan rumah (terbakar) pada 12 Ramadhan.. kesian sangat..
ibu tukang angkat barang..hahah

 ini la rumah yang terbakar..


isteri tuan rumah.. kejadian berlaku jam 6.30 petang, ketika isterinya berniaga di pasar ramadhan..
anak2 je yang ada dirumah..
dipercayai soket terbakar menyebabkan kejadian berlaku..


 En. Awie (driver pejabat ibu)

sumbangan yang x seberapa dari Jabatan Audit..
bergambar bersama sebelum ke lokasi seterusnya
 Kemudian kami ke Manir...
senarai nama penerima ni ibu terima daripada Cik Nora.
Penerima kali ni telah kematian suami pada awal Ramadhan akibat penyakit thyroid..




 tuan rumah (ada anak tudung merah).. namanya puan Faziah.. ada 5 orang anak..
sebelah beliau pulak adalah penerima sumbangan seterusnya, Puan Rohana..
 rumah mereka x berapa jauh..
Puan Rohana juga kehilangan suami sebulan yang lalu akibat penyakit buah pinggang..
beliau ada 8 orang anak..
sayunya hati melihat mereka ni..
tatkala ini ibu rasa bersyukur atas apa yg ibu miliki sekarang ini..




 sumbangan duit dan kad raya dihulur oleh Tuan Timbalan.
seterusnya ke rumah yang disewa oleh Puan Rohana tadi

 ini la Puan Rohana
seterusnya kita gerak ke Kampung Jerung, Marang.
penerima kali ni ada sekali masuk suratkhabar Sinar Harian atas nasib yang menimpa beliau..

 rumah penerima sumbangan, ihsan daripada penduduk kampung..


lihatlah tuan rumah..
badannya berbutir2 tu sbbnya masa beliau kena 'chicken pox' beliau kena air hujan..
itulah kesannya ke atas kulit beliau...
beliau x kisah pun pasal butir2 tu..
masalah sekarang ialah beliau x boleh berjalan dan bekerja sebab kakinya ditimpa dahan/buah kelapa sawit beberapa tahun yg lalu....
dan beberapa tahun juga la beliau terbaring macam ni.. amat simpati..
isteri tuan rumah (baju kuning)..
terpaksa benti kerja sebab nak jaga suami yg sakit..
 banyaknya durian :)
sempat lagi tu tinjau durian orang..
 kami nak balik opis dah..
selesai misi kami tahun ni..
apa yg ibu belajar dari aktiviti ni, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..
susah hidup kita, susah lagi orang lain..
kurangnya kita, kurang lagi orang lain..
cuma kalau usaha lebih, boleh je dapat lebih.. :)

2 comments:

  1. Semoga Allah memberi ganjaran pada mereka yang telah menderma. Nampak kecik sumbangan dimata kita tapi amat besar bagi mereka yang amat memerlukan.

    ReplyDelete
  2. yer betul.. insyaAllah..amin

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...