Ibu ada followers ke??

Friday, August 30, 2013

1st trial | baju kurung berlace

Nak dijadikan cerita, sebenarnya ibu x berape minat dengan baju kurung plain ni..
tambah pulak bila kain baju plain tu kain batik ke, corak abstrak ke dll...
Tapi, raya tahun ni ibu tengok ramai sangat orang pakai baju raya jenis kain plain, pastu letak lace berbunga..
kat fb pun ramai jugak yg mempromote baju2 jenis ni.. ready made..
harganya agak mahal juga.. range RM150-RM240
tengok kat kedai baju depan bastand Kuala Terengganu, harga paling murah RM180..
cantik walaupun agak mahal tapi berbaloi sebab lace tu siap tambah manik2 lagi.. meriah ko..
cuma yang x bestnya, kain jenis x resap peluh & panas..
kalu kain cotton consider ok la..  
cantik kan baju2 kat bawah ni.. 

Sunday, August 25, 2013

Aidilfitri Day 17 | dok umah saje sambil tunggu tetamu

17 Syawal, kita x ke mana2.. dok umah je sambil kemas2 umah..
tengahari ada makan gulai kat kampung kita tapi ibu malas pulak nak pegi.. ayah je wakil..hehe


Friday, August 23, 2013

Aidilfitri Day 16 | Durian Di Bulan Syawal

Pagi nan indah, tenang & aman.. 
 lepak di wakaf depan umah sambil makan2 durian & rambutan..
beli durian semalam x habis makan lagi..



Aidilfitri Day 15 | Jamuan Raya Jabatan Audit Negara Caw Terengganu

Seawal 8.00 pagi terus ke Wisma Persekutuan..
Actually Pej Audit ada 2 opis.. Wisma Persekutuan & di Paya Keladi.. kira HQ di Wisma la.. haha..
Bangunan sendiri masih dalam perancangan nak dibina di Bukit Besar, area dekat ngan Mydin Mall.. peruntukan pun telah diluluskan dan Pengarah Audit Negeri ada bagitahu dalam ucapan beliau masa Jamuan Raya ni, tahun depan kami akan beraya di opis baru.. InsyaAllah..

back to the topic...
ibu sibuk memotong nasi impit utk sate


beraya di SUK Terengganu

Kerja menghias x selesai lagi, kami beramai2 berjalan kaki ke majlis jamuan raya di SUK Neg Terengganu dulu..
kami plan pegi awal sikit dalam pukul 10.45 pagi sebab bimbang makanan habis.. haha
kebiasaan tahun sebelum2 ni, kalu SUK yg anjur jamuan raya,  cepat jer makanan habis sebab jemput orang awam juga..
tekaan kami tepat, kami x sempat pun nak makan ais krim free..haha


persiapan jamuan raya Audit 2013

Jamuan Raya pejabat ibu, Jabatan Audit Negara Caw Terengganu akan diadakan esok...
So hari ni 21.8.13 kami especially AJK Keskat mula dah buat persiapan seperti buat dekorasi dan lain2..
seawal 8.30 pagi kami mulakan tugas menghias..


Monday, August 19, 2013

Aidilfitri Day 9 - 10 | Beraya di Terengganu

Syawal 7 malam baru kita sampai dirumah, balik dari Kemaman..
sejak balik dari Johor, kita x lekat lagi dok kat rumah & beraya ke rumah sedara mara/ kawan..
Syawal ke 8 ibu pulak dah bekerja.. nak ikutkan bos dah bagi cuti tapi sayang pulak sehari tu kalu cuti tanpa sebab...
So, ibu decide Syawal 9 nak start beraya di Terengganu pulak.. rumah sedara mara dan kawan2 ibu..

Aidilfitri Day 5 - 7 | Kami Beraya Di Kemaman

Nak dijadikan cerita, masa majlis tunang Kak G yang lalu, family ayahde x balik kg pun..
katanya makde sakit.. so ibu fikir mesti sakit serius kot sbbnya makde ni memang orang yg rajin bila sedara mara ada buat majlis..
ibu decide nak melawat makde sambil beraya sekali di Kemaman..
Jam 10.00 pagi baru kita gerak ke kemaman, lepas ayah cerut rumput untuk lembu2nya..
sementara tunggu ayah, ibu posing dulu.. jangan marah..haha
 

Aidilfitri Day 4 | Beraya di Kok Lanas, Kelantan

Syawal ke 4, kita turut serta makcik sefamily beraya ke rumah tunang Kak G, Cik Sarhan di Kok Lanas, Kelantan..
gambar bawah ni kita singgah di rumah Maklong Kak G (sebelah ayah dia) di Bukit Payung sebab Maklong dia nak ikut sama..


Aidilfitri Day 3 | Majlis Pertunangan Kak G

rentetan dari kisah merisik Kak G DISINI
seterusnya Majlis Pertunangan... 3 Syawal 1434H


Aidilfitri Day 2 | Balik Terengganu

Day 2 raya kami dah kena balik ke Terengganu sbb keesokan harinya, anak sedara ibu/Kak G/ sepupu along & farah nak bertunang...
pilih sangat tarikh masa raya tu... pilih la hari cuti sekolah ke, cuti Am ke...ermm, apa nak buat..
x puas lagi ibu nak bermesra dengan adik beradik yang lain..


Aidilfitri Day 1 | Selamat Hari Raya!!

SELAMAT HARI RAYA!!!
rutin di pagi raya, kami kaum ibu sibuk2 kat dapur dulu..
then bila anak2 bangun, bergilir siapkan anak masing2...
sebelum tu siapkan ayahnya dulu sbb nak pergi sembahyang raya kan..
baju2 raya siap digosok malam tadi lagi..

Jom layan banyak gambar2 raya, ibu dah pilih2 tapi rasa macam nak masuk belaka je sebab semuanya kenangan manis untuk ibu :)
ni along & sepupu tirinya, Amirul..
mereka juga nak ikut gi sembahyang raya..


Sunday, August 18, 2013

sehari sebelum Aidilfitri 2013

Sehari sebelum raya, xde aktiviti lain selain masak ketupat nasi & lauk pauk untuk diagih2kan ke rumah2 jiran dan saudara mara  terdekat...
ayah & cik Salim bertugas jaga api semasa merebus ketupat ni..


yeayyy balik kampung nak beraya

Masa yang ditunggu dah pun tiba..
kita gerak balik ke kampung ibu di Kluang, Johor pada 6.8.2013, jam 9.00 pagi..

Saturday, August 3, 2013

berbuka puasa berjemaah

Jumaat, 2.8.13 kita sekali lagi berbuka puasa di dataran shahbandar Kuala Terengganu..
kali ni plan nak ajak Tok berbuka sama..
sebelum2 ni ajak gak makan kat luar, tapi biasa la tok.. x nak..
tapi kali ni berjaya pujuk Tok...


Thursday, August 1, 2013

anak2 ibu mengaji

Sementara tunggu waktu berbuka, santapan pun dah siap disedia, mood ibu ttiba nak update blog kita.. malas nak on laptop so guna tab ayah jer.. :)
Ibu nak story pasal anak2 ibu, along dan farah.. sebelum ni along mengaji dgn tok teh depan umah.. tapi sejak kebelakangan ni tok teh selalu x sihat, jadi along pn selalu la x ngaji.. jadinya along kena la mengaji ngan ibu di malam hari..
Adik pulak memang mengaji dgn ibu sejak awal lagi, selain mengaji di pra sekolah setiap pagi. Ibu tengok adik laju sikit berbanding abgnya... mana x nya, adik sekarang dah mula baca 'Quran beso'..  kt Trganu ni kalu baca Muqaddam dorg panggil 'iqra' tapi bila baca Al-Quran dorg panggil 'Quran beso'... Adik habis je Iqra 4 trus masuk Quran beso.. happy sangatla dia, ibu balik keje trus dia hungga nk sampaika berita gembira.. "ibu, adik dah baca quran beso.. 4 org je dlm kelas adik dapat quran beso.. adik, umairah, syafiqa dan najwa".. 2 org 6 tahun, 2 org 5 tahun.. ermmm.
Kita sebagai ibu off coz la tunjukkan rasa menghargai mereka dan memberi puji2an.. happynya la adik.. ♥♥
Along pulak skrg masih Iqra 4... along agak lambat sikit sbb mmg salah ibu pun.. masa along pra dlu ibu x cakna mana.. malam2 ibu x ajo ngaji kat umah.. x macam adik. Tu yg along agak ketinggalan.. tapi xpela.. yg penting along dah pandai baca juga.. habis iqra 4 ni, ibu nak belikan AlQuran baru untuk along.. bagi dia semangat sikit nak kejo adik... chaiyokk along!!! Ibu sokong along 100%..
Apa2 pun ibu sayang along & adik sangat2.. xde yg lbh berharga melainkan kalian.. ibu sanggup buat apa saje untuk kamu berdua... mmuuaahhhhh ♥♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...