Ibu ada followers ke??

Saturday, October 26, 2013

AidilAdha 2013 Day 3 | Jalan2 Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal

 Citer Raya Haji x habis lagi..
Day 3, adik ibu Cik Sarum sampai dari Melaka dengan isteri & mak mertuanya dan sorang anak sedaranya, Akeem.
Yang menjadikan dorang nak datang ke rumah kita sebabnya dorang tengok gambo pokok duku depan umah kita yang merimbun, yg ibu upload di fb.. hahaha.. 
umpan tu namanya, kalu x, x sampai mereka ke sini kan??
ibu suka sangat kalu family ibu datang umah kita.. 
kegembiraan yang x dapat diungkapkan dengan kata2..
sebab, mereka la segala2nya bagi ibu.. :) 
x boleh diganti dah..

dalam pukul 10 pagi kita gerak ke Taman Tamadun Islam..
sbb mak mertua Cik Sarum teringin bebeno nak melawat Masjid Kristal.. x pernah sampai katanya..
So kita pun follow jugak..

(sejak layan Love U Mr Arrogant ni, asyik nak bershawl jer.. nak feel ala2 Zaara gitu..huhu)
sampai dah di TTI.. kita dah bape kali masuk sini..
semua adik beradik ibu yg datang umah kita, mesti ibu bawa mereka jalan2 kat sini dulu..
x banyak pun tempat menarik kat Terengganu ni, selain pulau2nya..
Entry kali ni banyak gambar k.. maklumlah semuanya kenangan berharga antara ibu & adik ibu, Cik Sarum..
bukan mudah nak berjalan bersama2 kan..
dulu masa kecik2 main sama2, tido sebantal, makan sepinggan, tapi bila masing2 dah besar + berkawen, x dapat nak ulangi zaman kanak2 itu lagi.. :(
 seperti pesan Imam Ghazali 'benda yang paling jauh dari kita ialah masa lalu'~
Taman Monumen, TTI..
cuaca agak baik..
Family Cik Sarum dari Melaka.. 
Actually buat masa sekarang Cik Sarum & isterinya Cik Aliani kerja di Sabah..
Raya Haji ni mereka bercuti balik ke Melaka & amik kesempatan jalan2 umah adik beradik :)
ayah tunggu ibu bayar fee masuk dulu..


masuk dalam taman monumen ni kita akan dapat 1 buku informasi berkaitan monumen yang ada kat dalam.. (sorg dapat 1 buku)..
adik call this 'buku yassin'..
banyak dah buku ni kat umah kita tapi masa kemas2 hari tu ibu dah buang..huhu
dalam taman ni boleh pilih sama ada nak jalan kaki or naik mini train..
cuma kalu naik mini train, x dapat lah nak tgk semua monumen secara dekat dan bergambar..
hanya sebahagian tempat je train tu berhenti..
kita decide nak jalan kaki jer sbb mereka nak tengok monumen setiap satu secara dekat sambil baca informasi yang tertera di setiap monumen tersebut..
lagipun cuaca pun ok, x panas sangat & x hujan..



bukan senang kami nak bersama2 macam ni, so wajib ambil gambar bersama yer :)

Cik Sarum, anak yg ke 5 dari 7 orang adik beradik...
ibu bangga dengan dia.. dulu masa belajar buat hal..
buat diploma separuh jalan pastu stop study..
but now gaji dia berganda2 mengalahkan gaji ibu..
sedangkan ibu ada degree..
betul lah orang kata, belajar tinggi pun belum tentu income lebih baik berbanding mereka yang hanya ada SPM..
rezeki setiap orang berbeza2  & Allah yang tentukan segalanya..
Ayah jadi tourist guide yer :)



rehat jap.. penat berjalan

MIL Cik Sarum


















isskk bebudak ni, memanjat la pulak

 


tengok lah gelagat Cik Sarum, mcm2 gaya amik gambo guna handpon dia..
Cik Sarum ni ada DSLR tapi biasa la, mula2 jer excited nak pakai, lama2 malas nak kelek ke hulu ke hilir.. tu belum ada anak lagi tu..huhu
dan itu juga la sbb ayah & ibu x jadi nak beli DSLR even masa tu dah ada kat kedai kamera pun, tinggal nak bayar je... 
last minit 'cancelled'.. gara2 ayah malas nak mengelek katanya.. ibu lagi la~

x boleh memanjat sebenarnya, tapi ermmm ibu pun x terkawal along nih..
adik sibuk nak naik train tu
pokok kurma pun ada disini














berhenti rehat jap..
monumen kaabah




along dah bosan keje amik gambo







along pujuk ibu nak naik basikal macam orang ni naik.. tapi kita nak sampai ke pangkal jalan dah pun.






tayangan sejarah masjid Al-Aqsa







kita ke kincir angin lak



kemudian kita ke Taj Mahal.. disini pun ada tayangan sejarah pembinaan Taj Mahal











Pakcik sedara & anak3 sedara satu kepala


masing2 dah kelaparan & dahaga..
then kita ke beteng konon2 nak lunch tapi nasi berlauk xde..
 ada nasi ayam jer.. x kena dengan selera..
kemudian kita zoom ke Masjid Kristal dulu memandangkan azan Zohor dah berkumandang..
tercapai la hajat MIL Cik Sarum nak solat dalam masjid kristal ni..
ibu pun amik peluang juga bersolat dalam masjid ni :)

telekung disediakan.. tempat selesa dan sejuk



cantik tulisan khatnya

cantik kan??



Cik Aliani nak beli minyak wangi utk kenang2an..
topi along pakai beli kat TTI tadi.. anak2 ibu ni memang.. dah jadi tabiat, pegi mana2 mesti nak 'sesuatu'.. x kisah la apa benda sekalipun... adik pun nak jugak. kaler merah..
Cik Sarum & isteri puas hati dapat bawa maknya ke sini...
bukan pasal masalah kewangan, tapi masalah masa nak bawa maknya yang dah lama teringin nak ke sini..
maknya pula memang kaki jalan... Mekah pun dah sampai :) Alhamdulillah..
pagi Raya Haji Day 4, mereka nak bertolak balik dah..
sebelum tu ayah mcm biasa la, panjat pokok duku nak bawakan sikit untuk dibawa pulang ke Melaka..
Semoga Cik Sarum, Cik Aliani & keluarga x serik datang rumah kita..
pintu rumah kita sentiasa terbuka untuk mereka.. 
dan terima kasih juga kerana sudi datang ke teratak buruk kita ni  :)
tapi buruk2 pun, MIL Cik Sarum kata best tido kat sini, sejuk jer.. dengan suasana yang aman.. x sibuk macam kat Melaka..
macam2 tanaman untuk memasak boleh tanam sendiri especially pokok lada, kunyit, lengkuas, serai, kelapa dll ..
yer! itu memang ibu setuju.. hehe
balik dari rumah kita mereka plan singgah Jerantut, ke rumah Makde..
asalnya ibu plan nak follow jugak tapi makde x dapat cuti..
x nak la menyusahkan family Makde pulak dengan kehadiran kita yang tidak dirancang..
so ibu hanya kirimkan buah duku je ke makde...
InsyaAllah, maybe next time kita sampai jugak ke sana :)
babai Cik Sarum & family.. Semoga kita berjumpa lagi nanti!!

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...