Ibu ada followers ke??

Thursday, November 14, 2013

Lawatan Pra Sekolah | Farah Aqilah 5 Tahun

Berkesempatan ibu nak update kisah lawatan adik dan kawan2nya ke bandar Kuala Terengganu..
sebelum tu kita sempat berposing dulu sebelum ibu hantar anak2 ke sekolah pagi tu, 13.11.2013..
adik bad mood sebab dia yang nak amik gambo..

Adik nak sangat snap gambo.. ok, kami ready!


kat kelas adik..
ibu tunggu sampai adik naik bas..
ibu x habis baca surat lawatan adik ni.. rupanya ibu bapa digalakkan ikut...
maybe cikgu x daya nak pantau semua murid..
pembantu guru pulak sarat mengandung...
cikgu adik, Cikgu Kamariah harap sangat ibu dapat join.. 
berbelah bagi jugak hati ibu ni sebab sekarang ibu tengah sibuk buat kajian Audit di Dungun...
agak berat nak amik cuti walaupun hakikatnya ketua seksyen ibu dah izinkan..
cuma ibu rasa xpe kot x join kali ni.. ibu percaya adik boleh handle diri sendiri..
 tapi adik la kecewa ibu x join.. huhu :(

adik dan kawan2nya





masing2 tengah tunggu bas datang

adik dan kawan karibnya, Umaira (kanan adik)
pelajar cemerlang 6 tahun..

bas dah sampai.. 
masa ni ibu berbelah bagi, nak join ke x.. cuti dah approve..
ayah pun ada masa ni.. ayah kata ''gi keje je la''. haha

dalam bas..
alamak! gambo kabur sebab bas nak jalan dah..

mereka bertolak jam 8.15 pagi..
so sampai bandar awal.. bimbang muzium x buka lagi mereka ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dulu..
adik bergambar dengan kawan2


x tau la kat mana mereka ni.. ibu pun x pernah masuk..
Actually adik bawa kamera.. ibu percayakan adik..




benda apa la ni agaknya


ibu rasa Farah Aqilah yang paling 'semangat'.. haha





gambo bawah ni macam kat pasaraya Giant..


anak dara ibu yang kiut miut & bambam








Seterusnya mereka pergi ke Muzium.. kebetulan ada pameran ular
beraninya budak2 ni pegang ular..



amik gambo seround..

15 orang pelajar pra sekolah, 1 bapa dan 3 orang ibu yang turut serta selain cikgu (tudung hijau)  & pembantu guru (tudung merah)
Seterusnya mereka ke Taman Tamadun Islam (TTI)..
dorang naik mini train jer sebab pembantu guru sarat mengandung..
x larat nak berjalan..


cikgu Kamariah
adik dan Marsya.. 2 orang ni la yg dapat Pelajar Harapan 5 Tahun..
Tahniah!!




masa ni tayangan video kat TTI



dan lokasi terakhir ialah Masjid Kristal..

masing2 kepanasan
Ayah maklum kat ibu yang adik sampai sekolah jam 3.30 petang..
kesian adik, penat berjalan..
tapi rasanya mesti adik seronok sebab dapat berjalan2 dengan kawan2..
selama ni berkepit dengan ibu ayah je kan...
dah lama jugak adik teringin nak naik bas dengan kawan2..
tercapai juga impian adik.. :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...