Ibu ada followers ke??

Thursday, November 21, 2013

Pencapaian Persekolahan Anak-anak Ibu Tahun 2013

Cuti sekolah bermula.. dah seminggu berlalu..
Persekolahan tahun 2013 dah pun tamat..
kali ni ibu nak story pasal prestasi persekolahan anak2 ibu, along & adik.. 
ibu start dengan abang dulu..

Pada 4.11.2013, sekolah mengadakan seminar utk ibu bapa berkaitan bahaya guna dadah..
memandangkan ibu sibuk, ayah pulak sibuk dengan kerja2 tambun tanah, maka kami wakilkan Kak G hadir seminar tu..
x tahu pulak ibu, kelas tahun 1 buat temu murni dengan ibu bapa, sebab xde pun event tu dinyatakan dalam surat..
mujurla Kak G ada, boleh jugak dia jumpa cikgu amik result along..
Mulai tahun 2011, Kementerian Pelajaran perkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), menggantikan UPSR..
No more UPSR.. Pelajar dinilai dari semua sudut.. bukan akademik semata2.. kalu cerdik belajar tapi x aktif sukan, x bekerjasama dengan pelajar lain dan sebagainya, tidak dikira cemerlang.. 
mereka dinilai mengikut band.. band 1-6..

Band 1-2 = lemah
Band 6 = terbaik/cemerlang

jom tengok result along.. x cemerlang pun.. sederhana jer..
tapi bagi ibu ok la.. average kawan2 dia jugak.. kata pun baru nak kenal sekolah.. haha
nak ikutkan masa mula2 masuk darjah 1 dulu pun along masih merangkak membaca..
cikgu pra sekolah sulu kata along ni lambat matang.. 
asyik nak main jer.. x serius dalam kelas..
tapi cikgu kata x semestinya lambat matang tu x cerdik, cuma dia akan berubah mengikut masa..
dan ibu pun salah juga, kurang perhatian kat along masa along pra sekolah dulu..
ibu serah bulat2 kat cikgu untuk ajar along kat sekolah..
so bila dah nampak kesannya, baru la ibu sedar & x kan berulang kat adik pulak..
apa2 pun ibu tetap wish along TAHNIAH sebagai menghargai along sebab dia x lah corot sangat..
cuma x cemerlang jer.. InsyaAllah slowly ibu akan didik along sampai jadi cemerlang soon..
pandai pulak along jeles tengok kawan2 dia naik pentas, amik hadiah cemerlang..
lepas tu tengok adik sendiri amik hadiah.. memangla dengki kan..
katanya tahun depan nak naik pentas jugak..
InsyaAllah, kalu along rajin belajar..

  Cerita pasal adik pulak..
Pada 12.11.2013, diadakan Majlis Kecemerlangan kat sekolah..
ni pun ibu xtahu yang adik akan naik pentas..
x dapat surat dari cikgu..
tau2 adik call ibu kata dapat hadiah.. aduhaiii anak.. mujur Mak Ngah ada datang nak tengok anaknya naik pentas..

gambar ni ihsan dari Kak Ti, pembantu pra sekolah..
ibu yang minta.. gambo ni je la yg ada.. ok la dari xde kan?

dapat beg kertas comel ni isi piala dan alat tulis...
''Pelajar Harapan 5 Tahun..''
Pra sekolah adik ada 8 orang murid 5 Tahun dan hanya 2 orang yang dapat Pelajar Harapan..
Actually pra sekolah ni untuk murid 6 tahun tapi memandangkan Sek Keb Tanggol x ramai, murid 5 tahun pun boleh masuk.. Makanya murid 5 tahun hanya layak dapat 'Pelajar Harapan..'
manakala murid 6 tahun yang cemerlang akan dapat 'Pelajar Cemerlang'..

beg ni pulak isi kain tuala... semua murid pra sekolah dapat..

ibu balik dari keje, terus hungga ke ibu nak tunjuk hadiah dia..
pastu bgtau ibu yang dia nak pakai terus tuala ni.. isskk mana boleh sbb x basuh lagi.. excited nak pakai tuala baru..

then cikgu bagi ibu bapa bawa balik fail aktiviti murid sepanjang tahun... ni dia..
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan oleh KPM dibawah program PBS.. Ia berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai..

Jom tengok apakah komen cikgu tentang adik berasaskan 7 tunjang yang ditetapkan :)



macam ni la je la laporan prestasi pra sekolah..
xde nombor kedudukan dalam kelas macam zaman ibu dulu2..
inilah bezanya anak lelaki dan anak perempuan..
anak lelaki kena lbh guidance masa kecik lebih2 lagi bab belajar..
anak perempuan pulak x perlu disuruh pun dia ada inisiatif nak buat sendiri..
tapi ibu x suka membeza2kan anak2 ibu..
sebab ibu x tahu anak manakah yg akan menjaga ibu ayah masa tua kelak... ibu treat anak2 ibu sama rata..

ibu doakan anak2 ibu berjaya dunia akhirat..

ibu akan cuba buat yang terbaik untuk anak2 ibu lebih2 lagi dari segi meluangkan masa yang lebih dengan anak2 ibu, even masa hari bekerja atau hari cuti...
dan semoga coretan ibu ni akan menjadi kenang2an untuk anak2 ibu bila dewasa kelak.. korang tengok la result korang masa kecik ni..
dan yang paling penting, ibu ayah sayang anak2 ibu sangat2...!! lebih dari segalanya.. ♥♥♥

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...